PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 15
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?
I. Memperjuangkan hak negara-negara Selatan.
II. Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan.
III. Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi.
IV. Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-negara Utara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?
A. Memelihara kedaulatan negara.
B. Mewujudkan keamanan sejagat.
C. Melindungi negara-negara miskin.
D. Mengekalkan penguasaan ekonomi.
SOALAN 3:
Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?
A. Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel.
B. Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara.
C. Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad.
D. Hubungan akrab dengan prodemokrasi.
SOALAN 4:
Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?
A. Forum Serantau ASEAN.
B. Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
C. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali.
D. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand.
SOALAN 5:
Perisytiharan "Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali" oleh ASEAN bertujuan untuk
A. menjadikan Asia Tenggara Zon Senjata Nuklear.
B. menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan.
C. mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara.
D. menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara.
SOALAN 6:
Perundingan
multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan dalam memelihara keamanan
dan kestabilan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Mesyuarat Asia-Eropah.
B. Forum Serantau ASEAN.
C. Sidang Kemuncak Asia Timur.
D. Dialog Antarabangsa Langkawi.
SOALAN 7:
Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
A. Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia.
B. Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan.
C. Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam.
D. Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka.
SOALAN 8:
Malaysia memberikan bantuan
untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian
pengalaman pembangunan. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Rancangan Colombo.
B. Dialog Antarabangsa Langkawi.
C. Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
D. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand.
SOALAN 9:
Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk
A. menggalakkan kerjasama antara benua.
B. meluaskan pasaran barangan Malaysia.
C. menjadi peneraju bagi Negara-Negara Selatan.
D. mengatasi masalah ekonomi yang dialami Negara-Negara Selatan.
SOALAN 10:
7 Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehawal
negara. 7 Menghormati hak asasi. |
Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam
A. Pertubuhan Persidangan Islam.
B. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
C. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
D. Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.
SOALAN 11:
Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN?
I. Pencegahan penyakit AIDS.
II. Keselamatan makanan.
III. Peraturan pilihan raya.
IV. Membanteras rasuah.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 12:
A. Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq.
B. Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekerasan.
C. Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselamatan.
D. Menggesa negara maju lebih iltizam dalam menyelesaikan isu alam sekitar global.
SOALAN 13:
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi hijau?
I. Kos yang tinggi.
II. Kurang insentif daripada kerajaan.
III. Tiada sumber tenaga yang mencukupi.
IV. Teknologi bergantung kepada negara maju.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 14:
Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?
A. Ancaman pencemaran jerebu.
B. Pembebasan gas rumah hijau.
C. Kekurangan bekalan makanan dunia.
D. Keselamatan makanan yang diubah genetik.
SOALAN 15:
Sidang Kemuncak
Copenhagen 2009 |
Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai hasrat persetujuan dalam perkara di atas?
A. Kesedaran mengenai hak asasi.
B. Kekurangan sumber tenaga manusia.
C. Integriti rakyat mengenai alam sekitar.
D. Kelemahan sistem pendidikan negara.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!