PERAKAUNAN - NOTA PENYATA ALIRAN TUNAI


NOTA PENYATA ALIRAN TUNAI

PENGENALAN:

Kejayaan sesebuah perniagaan dapat diukur dari segi keuntungan yang dicapai. Keuntungan tidak dapat dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak diuruskan dengan baik. Penyata Kedudukan Kewangan melaporkan baki tunai pada akhir tempoh. Dengan membandingkan baki tunai bagi dua tempoh kita dapat menyatakan semada tunai berkurang atau bertambah tetapi tidak dapat menyatakan bagaimana aliran tunai masuk dan keluar. Penyata Pendapatan Komprehensif menyenaraikan hasil dan belanja tetapi tidak dapat menjelaskan secara terperinci sama ada tunai bertambah atau berkurang.

MAKSUD ALIRAN TUNAI:

Maksud aliran tunai adalah aliran masuk dan aliran tunai keluar dan setara tunai. Penyata yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai. Penyata Aliran Tunai adalah satu daripada komponen penyata kewangan.

TUJUAN DAN KEPENTINGAN:

Tujuan utama Penyata Aliran Tunai adalah untuk menyediakan maklumat penerimaan dan pembayaran tunai bagi sesuatu tempoh mengikut aktiviti operasi, aktiviti pelaburan, dan aktiviti pembiayaan. Laporan mengenai sebab-sebab perubahan tunai ini penting kepada pihak yang berminat seperti pelabur dan pemiutang atau akaun belum bayar untuk mengetahui perubahan sumber perniagaan yang paling cair iaitu tunai.

KEGUNAAN:

  • Menilai struktur kewangan sesebuah entiti termasuk kecairan dan kemampuan untuk membayar.
  • Melihat atau Mengukur kemampuan menjana aliran tunainya pada masa depan.
  • Melihat ketepatan aliran tunai masa lepas ke atas aliran tunai pada masa depan.
  • Menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan kemampuan membayar faedah dan hutang kepada pemiutang atau pembiaya.
  • Menilai perubahan aset bersih sesebuah entiti.

MAKSUD DAN KLASIFIKASI ALIRAN TUNAI:

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI:

TUNAI

Tunai bermaksud tunai di tangan dan deposit-deposit permintaan seperti cek tunai, wang tunai di bank, draf bank, dan wang pos.

SETARA TUNAI

  • Pelaburan yang sangat mudah cair dalam jangka pendek.
  • Tersedia pada bila-bila masa untuk ditukarkan kepada sejumlah tunai.
  • Dipegang untuk tujuan memenuhi komitmen tunai jangka pendek dan bukan untuk tujuan pelaburan atau kegunaan lain.

PENGELASAN ITEM ALIRAN TUNAI:

AKTIVITI OPERASI

Aktiviti operasi adalah tunai yang terhasil daripada urus-urus niaga mewujudkan hasil dan belanja atau urus niaga yang terlibat dalam penentuan pendapatan bersih.

Aliran Masuk Tunai

Aliran Keluar Tunai

ª      Jualan barang dan perkhidmatan.

ª      Kutipan daripada pelanggan.

ª      Hasil faedah.

ª      Dividen diterima.

ª      Bayaran kepada pembekal.

ª      Gaji atau upah kakitangan.

ª      Belanja kepada pihak luar.

ª      Bayaran cukai.

ª      Bayaran faedah.

AKTIVITI PELABURAN

Aktiviti pelaburan meliputi urus niaga memperoleh dan melupuskan pelaburan jangka panjang (saham dan bon) dan hartanah, loji, dan peralatan.

Aliran Masuk Tunai

Aliran Keluar Tunai

Jualan aset tetap perniagaan.

Membeli aset tetap perniagaan.

Jualan pelaburan yang bukan kesetaraan tunai.

Jualan pelaburan yang bukan kesetaraan tunai.

Jualan hutang (bon dan debentur) atau saham yang dibeli daripada entiti lain.

Membeli hutang (bon dan debentur) atau saham daripada entiti lain.

AKTIVITI PEMBIAYAAN

  • Melibatkan penerimaan tunai daripada pelabur atau pemberi pinjaman bagi membiayai perniagaan.
  • Berkaitan dengan penambahan dan pengurangan dalam ekuiti pemilik dan liabiliti jangka panjang.

Aliran Masuk Tunai

Aliran Keluar Tunai

Terbitan saham modal.

Bayaran dividen.

Penerbitan hutang jangka panjang seperti bon, debentur, dan nota belum bayar.

Penebusan hutang jangka panjang seperti saham, debentur, dan nota belum bayar.

Pinjaman.

Pembayaran balik pinjaman.  

PERBEZAAN ANTARA PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN (KUNCI KIRA-KIRA) DENGAN PENYATA ALIRAN TUNAI:

Penyata Kedudukan Kewangan

Penyata Aliran Tunai

Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik pada satu titik masa iaitu tarikh akhir tempoh perakaunan sahaja.

Menunjukkan pergerakan tunai dalam satu tempoh.

Berasaskan akruan atau tunai dan bukan tunai.

Berasaskan tunai.

Hanya melaporkan baki tunai pada akhir tempoh perakaunan iaitu baki tunai sahaja.

Pergerakan tunai dapat diketahui. Dapat menunjukkan sama ada tunai berkurang atau bertambah dengan membandingkan baki tunai bagi dua tempoh perakaunan.

Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik.

Menunjukkan aktiviti operasi, pelaburan, dan pembiayaan.

Tidak menunjukkan bagaimana tunai syarikat telah diperolehi dan bagaimana tunai telah digunakan.

Mendedahkan secara terperinci semua sumber tunai dan juga semua penggunaan tunai.

FORMAT PENYATA ALIRAN TUNAI:

Syarikat XXX Berhad

Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir ...

Aliran tunai dari aktiviti operasi

RM

RM

Penerimaan akaun belum terima

 

XX

Bayaran kepada akaun belum bayar

 

(XX)

Bayar semua belanja

(kecuali belanja susut nilai, hutang ragu, rugi pelupusan AT, dan hutang lapuk)

 

 

(XX)

Hasil diterima

(kecuali hasil pengurangan hutang ragu dan untung pelupusan AT)

 

 

XX

Bayar belanja cukai

 

(XX)

Terima dividen

(rujuk bahagian Kt. Akaun Untung Rugi)

 

 

XX

Faedah pinjaman dibayar

 

(XX)

Aliran tunai bersih dari aktiviti operasi

 

XXX

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan

 

 

Belian aset tetap (secara tunai)

(XX)

 

Jualan aset tetap (secara tunai)

XX

 

Jualan pelaburan (berkurangan)

XX

 

Memberi pinjaman (aset) / nota belum terima (meningkat)

(XX)

 

Terimaan daripada pinjaman (aset) / nota belum terima (berkurangan)

XX

 

Pelaburan (meningkat)

(XX)

 

Aliran tunai bersih dari aktiviti pelaburan

 

XXX

Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan

 

 

Tebusan debentur / bon

(XX)

 

Tebusan syer terutama boleh tebus

(XX)

 

Bayaran dividen terutama (Dividen dicadangkan)

(XX)

 

Bayaran dividen biasa (Dividen dicadangkan)

(XX)

 

Bayaran dividen interim (Tahun semasa)

(XX)

 

Terbitan syer ekuiti (Syer tunai)

XX

 

Terbitan syer terutama (Syer tunai)

XX

 

Terbitan bon belum bayar (meningkat)

XX

 

Pembayaran balik nota belum bayar (berkurangan)

(XX)

 

Pinjaman (bertambah)

XX

 

Bayaran pinjaman (berkurangan)

(XX)

 

Aktiviti tunai bersih dari aktiviti pembiayaan

 

XXX

Pertambahan / (Pengurangan) tunai bersih

 

XXX

Baki tunai awal

 

XX

Baki tunai akhir

 

XXX

CONTOHNYA:

Contoh 1:

Kelaskan setiap urus niaga di bawah mengikut jenis aliran tunai (aktiviti operasi, pelaburan, dan pembiayaan).

Urus Niaga

Cadangan Jawapan

Menerbitkan bon.

Pembiayaan

Menerbitkan saham biasa.

Pelaburan

Menjual pelaburan jangka panjang.

Pembiayaan

Membayar dividen tunai.

Pelaburan

Menjual peralatan.

Pelaburan

Membeli bangunan.

Pelaburan

Membayar pembekal secara tunau.

Operasi

Penerimaan dividen daripada pelaburan.

Operasi

Membayar balik bon jangka panjang.

Pembiayaan

Jualan tunai.

Operasi

Contoh 2:

Analisis ke atas Penyata Kedudukan Kewangan berbanding dengan Penyata Pendapatan tahun semasa dan akaun-akaun lejar Syarikat Setia Rahsia Berhad. telah menemukan perkara-perkara yang berikut. Andaikan semua item melibatkan tunai melainkan jika dinyatakan sebaliknya (bukan tunai).

Urus Niaga

Jenis Aktiviti

Bayaran faedah atas nota belum bayar.

Operasi

Pertukaran tanah dengan paten.

Buku Tunai

Jualan bangunan pada nilai buku.

Pelaburan

Bayaran dividen kepada pemegang saham.

Pembiayaan

Penerimaan dividen atas pelaburan saham.

Operasi

Penerimaan faedah atas nota belum terima.

Operasi

Penerbitan modal saham.

Pembiayaan

Penerbitan bon untuk memperoleh saham.

Buku Tunai

Belian tanah.

Pelaburan

Pertukaran bon kepada saham biasa.

Buku Tunai

Persaraan bon.

Pembiayaan

Belian barang niaga.

Operasi

下载PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!! 

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1