PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SET 1 TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3
如标题所见,我今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan Set 1 2021年的考试题目和解答思路。
最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)
废话不多说,请看:
SOALAN 1:
(a)
Pengurus Pengeluaran Syarikat Perkilangan Megah Berhad telah mengemukakan Laporan Prestasi Belanjawan Tetap bagi tahun berakhir 30 April 2021 seperti yang berikut:
Butiran |
Belanjawan |
Sebenar |
Varians |
|
RM |
RM |
RM |
Unit pengeluaran |
33,600 |
35,520 |
1,920 (TM) |
Kos perkilangan berubah |
|
|
|
Bahan mentah |
218,400 |
230,080 |
11,680 (TM) |
Buruh langsung |
277,200 |
291,620 |
14,420 (TM) |
Overhed berubah |
|
|
|
Buruh tak langsung |
54,430 |
60,030 |
5,600 (TM) |
Bekalan |
19,150 |
17,760 |
1,390 (TM) |
Pembaikan |
11,090 |
12,790 |
1,700 (TM) |
Jumlah kos berubah |
580,270 |
612,280 |
32,010 (TM) |
Kos perkilangan tetap |
|
|
|
Insurans |
3,840 |
4,030 |
190 (TM) |
Sewa |
11,250 |
11,250 |
- |
Susut nilai |
9,600 |
9,600 |
- |
Gaji penyeliaan |
20,160 |
20,640 |
480 (TM) |
Jumlah kos tetap |
44,850 |
45,520 |
670 (TM) |
Jumlah kos pengeluaran |
625,120 |
136,100 |
32,680 (TM) |
Pengurus Besar Syarikat sangat tidak berpuas hati atas laporan tersebut dan meminta supaya laporan alternatif yang lebih baik disediakan.
Dikehendaki:
(i) Cadangkan satu laporan prestasi alternatif kepada Pengurus Besar Syarikat dan bagi alasan anda mengapa laporan itu dianggap lebih baik daripada laporan prestasi belanjawan tetap di atas. [2 markah]
(ii) Sediakan laporan prestasi belanjawan cadangan anda. [6 markah]
(b) Berikut adalah petikan maklumat kewangan bagi dua pesaing, Syarikat AA Berhad dan Syarikat JJ Berhad bagi tahun 2021:
Penyata Pendapatan bagi tahun
berakhir 31 Ogos 2021 |
||
|
Syarikat AA Berhad |
Syarikat JJ Berhad |
Jualan |
628,000 |
695,000 |
Kos jualan |
292,000 |
330,000 |
Pendapatan operasi sebelum
cukai |
170,200 |
174,600 |
Belanja cukai |
42,550 |
43,650 |
Pendapatan bersih |
127,650 |
130,950 |
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31
Ogos 2021 |
||
|
Syarikat AA Berhad |
Syarikat JJ Berhad |
Aset bukan semasa |
500,000 |
458,000 |
Aset semasa |
302,000 |
401,000 |
Aset semasa bersih |
226,200 |
344,200 |
Liabiliti bukan semasa |
88,000 |
47,000 |
Syer ekuiti (RM 1.00 sesyer) |
400,000 |
500,000 |
Pendapatan tertahan |
238,200 |
255,200 |
Maklumat Tambahan:
Baki pada 31 Ogos 2020 adalah seperti yang berikut:
|
Syarikat AA Berhad |
Syarikat JJ Berhad |
Jumlah aset |
843,500 |
856,000 |
Syer ekuiti (RM 1.00 sesyer) |
400,000 |
500,000 |
Dikehendaki:
(i) Sediakan analisis menegak bagi Penyata Pendapatan Syarikat AA Berhad dan Syarikat JJ Berhad. (guna nilai jualan sebagai asas). [2 markah]
(ii) Hitung setiap berikut untuk kedua-dua syarikat bagi tahun 2021. Berikan ulasan bagi setiap perbezaan.
(1) Nisbah semasa. [2 markah]
(2) Margin untung kasar. [2 markah]
(3) Hutang atas ekuiti. [2 markah]
(4) Pulangan atas aset. [2 markah]
(5) Perolehan sesyer. [2 markah]
SOALAN 2:
(a) Anisa, Betty, dan Cat menjalankan perniagaan Perkongsian ABC yang berkongsi untung dan rugi pada nisbah 2:1:1. Kedudukan kewangan perniagaan pada 30 Jun 2021 adalah seperti yang berikut:
|
RM |
RM |
Premis |
90,000 |
|
Kenderaan (nilai bersih) |
30,000 |
120,000 |
Inventori |
25,000 |
|
Akaun belum terima |
18,000 |
|
Bank |
15,000 |
58,000 |
|
|
178,000 |
Modal Anisa |
80,000 |
|
Betty |
40,000 |
|
Cat |
40,000 |
160,000 |
Akaun belum bayar |
|
18,000 |
|
|
178,000 |
Anisa telah membuat keputusan untuk bersara dari perkongsian pada 30 Jun 2021 dan semua pihak telah mencapai persetujuan berikut:
- Premis dinilai kepada RM 120,000, inventori dinilai kepada RM 19,000 dan terdapat sejumlah RM 3,000 hutang akaun belum terima yang telah dipastikan tidak dapat dikutip.
- Muhibah dinilai kepada RM 40,000. Pelarasan dibuat melalui akaun modal dan semua rakan kongsi bersetuju menghapuskan muhibah tersebut.
- Anisa dibayar RM 10,000 dan bakinya ditinggalkan sebagai pinjaman dengan faedah sebanyak 8% setahun.
Dikehendaki:
(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusan persaraan Anisa. [10 markah]
(ii) Akaun Modal Rakan Kongsi. [7 markah]
(b) Pada 1 Julai 2021, Perkongsian Betty dan Cat telah mengambil Diva sebagai pekongsi baru mereka dan nama perkongsian ditukar kepada Perkongsian BCDi. Diva bersetuju membayar RM 65,250 dalam bentuk tunai untuk memperolehi satu pertiga (1/3) daripada hak kepentingan perkongsian baru.
Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusan kemasukan rakan baru pada 1 Julai 2021. [3 markah]
SOALAN 3:
(a) Jelaskan perkara-perkara yang berikut:
(i) Syer Keutamaan Boleh Tebus. [1 markah]
(ii) Syer Keutamaan Boleh Tukar. [1 markah]
(iii) Empat ciri pemilikan syarikat. [2 markah]
(b) Berikut adalah petikan Penyata Kewangan Syarikat Highlands Berhad pada 31 Disember 2021.
25,000 unit Syer Keutamaan
5% Boleh Tebus |
RM 50,000 |
150,000 unit Syer Ekuiti |
RM 150,000 |
Pendapatan Tertahan |
RM 350,000 |
Urus niaga berikut sepanjang tahun 2021:
1 Jan - Membayar dividen tunai RM 0.10 sesyer untuk Syer Ekuiti dan dividen tunai untuk Syer Keutamaan. Pengisytiharan dividen tunai telah dibuat pada bulan Dis 2020.
15 Jan - Menebus semua Syer Keutamaan Boleh Tebus dengan lebihan RM 0.20 sesyer. Untuk tujuan penebusan syer tersebut, syarikat telah menerbitkan 25,000 unit Syer Ekuiti pada harga pasaran RM 2.00 sesyer pada 3 Jan 2021.
5 Feb - Mengisytiharkan terbitan hak pada kadar 1:5 dengan harga RM 1.80 sesyer.
10 Mac - Melaksanakan terbitan hak. Semua terbitan telah dilanggan dan dibayar penuh.
30 Dis - Mendapat sebidang tanah bernilai RM 150,000 sebagai tapak bangunan dengan pertukaran sebanyak 30,000 unit Syer Keutamaan Kumalatif 6%.
31 Dis - Untung bersih sebelum dividen berjumlah RM 235,000 bagi tahun semasa. Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen tunai RM 0.35 sesyer dan pada tarikh yang sama juga mengisytiharkan Terbitan Syer Bonus 20% untuk semua Syer Ekuiti yang dipegang pada harga RM 2.00. Dividen tunai dan syer bonus akan diagih pada awal tahun 2022.
Dikehendaki:
(i) Catatan jurnal untuk merekod urus niaga di atas. [9 markah]
(ii) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Dis 2021 (bahagian ekuiti pemegang syer sahaja). [7 markah]
考试题目和解答思路:
PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SET 1 TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!