PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN KOLEJ T6 TUN FATIMAH MELAKA TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3
我今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan Kolej T6 Tun Fatimah Melaka 2021年的考试题目和解答思路。
最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载,仅供参考哦!
请看:
SOALAN 1:
(a)
(i) Perihalkan dua fungsi belanjawan dapat membantu pihak pengurusan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. [2 markah]
(ii) Berikut adalah maklumat yang telah diperoleh dari Syarikat B22 Berhad yang mengeluarkan produk minuman kesihatan dengan menggunakan teknik belanjawan boleh ubah untuk menilai prestasi aktiviti perkilangannya.
Kos berubah seunit bagi produk minuman kesihatan adalah seperti yang berikut:
|
RM |
Bahan langsung |
1.40 |
Buruh langsung |
1.20 |
Overhed perkilangan |
1.50 |
Kos tetap bagi produk minuman kesihatan pula terdiri dari kos-kos berikut:
Belanja bekalan |
RM 0.50 seunit |
Belanja sewa |
RM 30,000 |
Belanja susut nilai mesin |
RM 40,000 |
Belanja penyeliaan |
RM 80,000 |
Pada bulan Jun 2021, sebanyak 10,000 unit produk minuman kesihatan telah dikeluarkan dengan kos sebenar yang berikut:
Kos berubah: |
RM |
Bahan langsung |
14,500 |
Buruh langsung |
11,800 |
Overhed perkilangan |
14,900 |
Kos tetap: |
|
Belanja sewa |
35,000 |
Belanja susut nilai mesin |
40,000 |
Belanja penyeliaan |
70,000 |
Belanja bekalan |
0.55 seunit |
Dikehendaki:
Sediakan laporan prestasi belanjawan Syarikat B22 Berhad bagi bulan Jun 2021. [8 markah]
(b) Yang berikut ialah penyata pendapatan komprehensif Syarikat PK2 Sdn. Bhd.
Syarikat PK2 Sdn. Bhd. Perbandingan
Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 30 Jun |
||
|
2021 |
2020 |
|
RM |
RM |
Hasil jualan |
524,500 |
437,400 |
Tolak: Kos barang dijual |
304,500 |
257,400 |
Untung kasar |
220,000 |
180,000 |
Belanja operasi: |
|
|
Belanja jualan |
91,350 |
90,090 |
Belanja pentadbiran |
60,900 |
51,480 |
Jumlah belanja operasi |
152,250 |
141,570 |
Untung bersih sebelum cukai |
67,750 |
38,430 |
Cukai pendapatan |
16,000 |
8,500 |
Untung bersih selepas cukai |
51,750 |
29,930 |
Syarikat PK2 Sdn. Bhd. Penyata Kedudukan Kewangan Pada 30 Jun |
||
|
2021 |
2020 |
Aset |
RM |
RM |
Aset semasa |
203,000 |
194,500 |
Hartanah, loji, dan
peralatan |
365,300 |
318,000 |
Jumlah aset |
568,300 |
512,500 |
Liabiliti |
|
|
Liabiliti semasa |
92,560 |
84,350 |
Liabiliti jangka panjang |
181,152 |
178,000 |
Jumlah liabiliti |
273,712 |
262,350 |
Ekuiti |
|
|
Saham ekuiti @ RM 2.00
sesaham |
227,500 |
227,500 |
Pendapatan tertahan |
67,088 |
22,650 |
Jumlah ekuiti |
294,588 |
250,150 |
Jumlah liabiliti dan ekuiti |
568,300 |
512,500 |
Dikehendaki:
(i) Hitungkan yang berikut bagi Syarikat PK2 Sdn. Bhd. untuk tahun 2021 dan 2020.
a) Nisbah semasa. [2 markah]
b) Pulangan atas jualan. [2 markah]
c) Nisbah hutang atas aset. [2 markah]
d) Perolehan sesaham. [2 markah]
(ii) Berdasarkan penghitungan anda di b(i), nyatakan tahun mana yang menunjukkan prestasi yang lebih baik? Jelaskan jawapan anda. [2 markah]
SOALAN 2:
(a) Senaraikan tiga hak pemegang syer ekuiti berbanding dengan pemegang syer keutamaan. [3 markah]
(b) Beri satu perbezaan antara
(i) Rizab hasil dengan rizab modal. [1 markah]
(ii) Terbitan hak dengan terbitan bonus. [1 markah]
(c) Yang berikut adalah petikan penyata kedudukan kewangan bagi Syarikat Loh Berhad pada 31 Disember 2021.
Syarikat Loh Berhad Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2021 |
|
Ekuiti Pemegang Syer: |
|
Modal syer diterbitkan: |
|
30,000 unit Syer Ekuiti |
RM 300,000 |
100,000 unit Syer Keutamaan Kumulatif 5% |
RM 200,000 |
Rizab: |
|
Perolehan tertahan |
RM 50,000 |
Urus niaga berikut telah dilaksanakan oleh Syarikat Loh Berhad.
- Pada 2 Januari 2021, syarikat telah menerbitkan syer ekuiti pada nilai terbitan RM 1 sesyer sebagai syer bonus kepada pemegang syer ekuiti pada kadar 1 syer untuk 10 syer yang dipegang.
- Pada 31 Januari 2021, satu terbitan hak diisytiharkan kepada pemegang syer ekuiti pada kadar 1 syer untuk 5 syer yang dipegang pada harga RM 1.00 sesyer. Harga pasaran ialah RM 1.20 sesyer.
- Tawaran terbitan hak dibuat pada 15 Februari telah berbayar penuh semasa permohonan. Semua terbitan hak dilanggan dan dibayar penuh oleh pemegang syer.
- Pada akhir bulan Mac, untuk mendapatkan dana yang diperlukan, satu tawaran awam syer ekuiti sebanyak 200,000 syer dengan RM 1.20 sesyer telah dilaksanakan. Semua syer dalam tawaran awam ini dilanggan dan dibayar penuh pada 31 Mac 2021.
- Pada 15 Julai, syarikat mengisytiharkan dividen syer 2% atas syer ekuiti yang sedia ada dan harga pasaran semasa ialah RM 1.50 sesyer. Dividen ini akan diagihkan pada akhir bulan Oktober.
- Pada awal bulan September, syer keutamaan kumulatif 5% sebanyak 20,000 unit telah diterbitkan untuk memperolehi sebidang tanah yang mempunyai nilai pasaran RM 40,000.
- Pada 31 Disember 2021, lembaga pengarah telah mengisytihar dividen syer keutamaan kumulatif 5% untuk tahun semasa. Dividen sebanyak RM 0.05 per syer juga diisytiharkan untuk semua syer ekuiti pada tarikh yang sama.
- Memindahkan pendapatan bersih untuk tahun semasa sebanyak RM 127,000 kepada keuntungan tertahan.
Dikehendaki:
(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga di atas dalam buku Syarikat Loh Berhad. Tuliskan 'Tiada Catatan' jika ada. [12 markah]
(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik syarikat yang didedahkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021 mengikut format Akta Syarikat 2016. [3 markah]
SOALAN 3:
(a) Apa yang dimaksudkan aliran tunai? Jelaskan kepentingan penyediaan penyata aliran tunai. [3 markah]
(b) Nyatakan pengelasan aktiviti dalam penyediaan penyata aliran tunai. Berikan dua aliran keluar tunai bagi setiap penjelasan aktiviti. [4 markah]
(c) Maklumat berikut dipetik daripada Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 bagi Syarikat Tekun Sdn. Bhd.
|
RM |
Jualan |
2,574,600 |
Kos barang dijual |
1,540,000 |
Belanja operasi |
826,000 |
Untung atas pelaburan |
20,000 |
Cukai pendapatan |
19,000 |
Syarikat Tekun Sdn. Bhd. Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31
Disember 2021 |
||
|
RM |
RM |
Aset |
2021 |
2020 |
Tunai |
201,600 |
141,400 |
Akaun belum terima |
246,400 |
224,000 |
Inventori |
300,600 |
256,200 |
Pelaburan |
- |
160,000 |
Tanah |
140,000 |
- |
Kelengkapan |
854,300 |
704,200 |
Susut nilai terkumpul kelengkapan |
(208,600) |
(159,600) |
|
1,534,300 |
1,326,200 |
Liabiliti dan ekuiti pemilik |
|
|
Akaun belum bayar |
148,800 |
140,000 |
Belanja belum bayar |
10,800 |
14,000 |
Dividen belum bayar |
42,000 |
28,000 |
Nota belum bayar |
200,000 |
- |
Modal syer ekuiti (RM 40
sesyer) |
514,000 |
700,000 |
Rizab penilaian semula |
33,600 |
33,600 |
Perolehan tertahan |
585,100 |
410,600 |
|
1,534,300 |
1,326,200 |
Maklumat Tambahan:
(i) Pelaburan pada kos RM 160,000 dijual secara tunai. Keuntungan telah direkodkan.
(ii) Kelengkapan berkos RM 100,000 (susut nilai terkumpul RM 25,000) telah dijual pada harga RM 65,000.
(iii) Kelengkapan diperolehi dengan menerbitkan nota belum bayar RM 200,000 dan selebihnya secara tunai.
(iv) Belanja susut nilai dan kerugian atas jualan kelengkapan termasuk dalam amaun belanja operasi.
(v) Tanah dibeli secara tunai.
(vi) Dividen diisytiharkan sebanyak RM 35,100.
(vii) Syer disarakan pada nilai RM 40 sesyer.
Dikehendaki:
Sediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. [13 markah]
考试题目和解答思路:
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!