PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN KT6PJ TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3


如标题所见,我今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan KT6PJ 2021年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

Berikut adalah baki-baki akaun Perkongsian Epal dan Oren pada 1 Oktober 2021.

Ekuiti Pemilik

RM

Akaun modal

 

    Epal

264,000

    Oren

132,000

Akaun semasa

 

    Epal

54,000

    Oren

18,000

Perjanjian perkongsian menetapkan bahawa pembahagian untung dan rugi antara Epal dan Oren adalah mengikut nisbah modal. Setelah enam bulan beroperasi, perkongsian menunjukkan baki-baki aset dan liabiliti pada 31 Mac 2022 seperti berikut:

 

RM

RM

Peralatan (nilai bersih)

 

324,000

Kenderaan (nilai bersih)

 

96,000

Inventori

60,800

 

Akaun belum terima

242,400

 

Bank

102,000

 

Tolak: Akaun belum bayar

(198,000)

 

 

 

207,200

 

 

627,200

Sepanjang enam bulan yang pertama ini, Epal telah membuat ambilan sebanyak RM 3,200 dan Oren sebanyak RM 5,600. Untung bersih yang boleh dibahagikan bagi enam bulan yang pertama ini adalah RM 168,000.

Pada 1 April 2022, kedua-dua rakan kongsi memutuskan untuk menerima pengurus kewangan perkongsian iaitu Kiwi sebagai rakan kongsi dengan menerima 1/4 pembahagian untung. Epal dan Oren akan membahagi baki untung dan rugi secara sama rata. Dengan kemasukan Kiwi, peralatan dinilai semula pada nilai RM 308,000, kenderaan pada RM 76,000, dan inventori pada RM 53,600.

Perjanjian perkongsian menetapkan bahawa, muhibah perlu dinilaikan apabila kemasukan rakan kongsi baharu. Muhibah pada 1 April 2022 telah dinilaikan pada RM 96,000 dan semua rakan kongsi bersetuju supaya muhibah tidak dikekalkan dalam buku akaun dan semua pelarasan dibuat dalam akaun modal.

Kiwi akan membawa masuk peralatan bernilai RM 216,00, kenderaan bernilai RM 90,000 dan cek bernilai RM 60,000 sebagai modal. Modal tetap Epal dan Oren disamakan dengan modal tetap Kiwi. Sebarang lebihan modal dipindahkan ke akaun semasa dan sebarang kurangan akan dicukupkan dengan bayaran cek rakan kongsi.

Dikehendaki sediakan:

i. akaun semasa rakan kongsi lama pada 31 Mac 2022. [4 markah]

ii. akaun modal rakan kongsi sebelum dan selepas kemasukan Kiwi. [12 markah]

iii. penyata kedudukan kewangan perkongsian pada 1 April 2022 selepas kemasukan Kiwi. [4 markah]

SOALAN 2:

Baki-baki akaun Syarikat Lexis Berhad pada 1 Disember 2021 adalah seperti yang berikut:

 

RM

Ekuiti Pemilik

 

900,000 unit syer ekuiti

1,800,000

180,000 unit syer keutamaan 6%

900,000

Pendapatan tertahan

844,430

Rizab penilaian semula

180,000

Liabiliti Bukan Semasa

 

Bon belum bayar 8%

390,000

Urus niaga Syarikat Lexis Berhad sepanjang bulan Disember 2021 yang belum diambil kira adalah seperti berikut:

  1. Premis pada kos RM 800,000 dengan susut nilai terkumpul RM 136,000 telah dinilai semula pada harga semasa RM 984,000. Perbezaan nilai ini telah dimasukkan ke dalam rizab modal.
  2. Pada 26 Disember 2021, syarikat menerbitkan 75,000 unit syer keutamaan 6% untuk menebus bon belum bayar 8%. Faedah bon dibayar 2 kali setahun secara tunai iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember. Faedah yang masih tertunggak akan dijelaskan kepada pemegang bon.
  3. Lembaga Pengarah mengisytiharkan satu terbitan hak pada kadar 1:10 untuk 900,000 unit syer ekuiti yang dipegang pada harga RM 2.50 sesyer. Harga pasaran ialah RM 2.90 sesyer. Semua terbitan hak telah dilanggan dan dibayar sepenuhnya pada 27 Disember 2021.
  4. Pada 28 Disember 2021, syarikat juga telah melaksanakan terbitan bonus pada kadar 1:5 untuk syer yang dipegang sebelum terbitan hak. Syer bonus diterbitkan pada RM 2.00 sesyer. Terbitan ini dilaksanakan dengan menggunakan rizab hasil syarikat.
  5. Pada 29 Disember 2021, syarikat telah mengambil sebidang tanah pada harga RM 59,450 di Rawang, Negeri Selangor. Untuk pembiayaan tanah ini, syarikat telah menerbitkan 20,500 unit syer ekuiti pada harga pasaran.
  6. Pada akhir tempoh perakaunan, syarikat telah merekodkan untung bersih sebanyak RM 422,800. Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen akhir bagi syer keutamaan yang dipegang pada 1 Disember 2021.
  7. Pada 10 Disember 2021, syarikat telah mengisytiharkan dividen syer sebanyak 10% bagi syer ekuiti yang sedia ada pada awal bulan Disember 2021. Harga pasaran syer semasa ialah RM 2.90 sesyer. Dividen ini diagihkan pada 10 Januari 2022.

Dikehendaki:

a. Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga Syarikat Lexis Berhad. [13 markah]

b. Sediakan bahagian ekuiti pemilik Syarikat Lexis Berhad selepas mengambil kira semua urus niaga di atas. [7 markah]

SOALAN 3:

Yang berikut ialah penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan bagi Syarikat FunStones Berhad.

Syarikat FunStones Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember

 

2020 (RM)

2021 (RM)

Jualan bersih

456,000

414,000

Tolak: Kos barang dijual

(241,300)

(235,800)

Untung kasar

214,700

178,200

Belanja operasi

(103,750)

(99,000)

Untung daripada operasi

110,950

79,200

Tolak: Rugi atas pelupusan peralatan

-

(4,800)

 

110,950

74,400

Tambah: Dividen pelaburan

2,875

2,700

               Laba atas jualan pelaburan

-

6,000

Untung bersih sebelum cukai

113,825

83,100

Belanja cukai

(16,300)

(12,000)

Untung bersih selepas cukai

97,525

71,100

Tolak: Dividen dicadang

(17,240)

(13,500)

Pendapatan tertahan

80,285

57,600


Syarikat FunStones Berhad 

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

 

2020 (RM)

2021 (RM)

Aset

 

 

Akaun belum terima (bersih)

47,280

58,920

Inventori

43,440

82,680

Bank

102,728

139,120

Bangunan dan peralatan (nilai bersih)

184,800

204,400

Pelaburan

54,000

-

 

432,248

485,120

Liabiliti dan ekuiti pemilik

 

 

Akaun belum bayar (bersih)

35,280

18,120

Cukai belum bayar

7,368

11,200

Dividen belum bayar

7,200

8,200

Debentur 7%

48,000

-

Syer keutamaan

80,000

80,000

Syer ekuiti

144,000

183,600

Rizab penilaian semula

-

16,000

Pendapatan tertahan

110,400

168,000

 

432,248

485,120

Maklumat Tambahan:

  1. Semua debentur telah ditebuskan pada awal bulan Januari.
  2. Sebuah peralatan lama dengan harga kos RM 60,000 telah dijual pada harga RM 31,200. Jumlah susut nilai peralatan bagi tahun semasa ialah RM 56,400.
  3. Bangunan telah dinilai semula pada akhir tahun dan perbezaan telah dimasukkan ke dalam rizab.
  4. Terbitkan hak pada kadar satu unit syer ekuiti yang baharu bagi setiap empat unit syer ekuiti yang dipegang telah dilaksanakan pada harga RM 1.10 sesaham. Harga seunit syer ekuiti sebelum terbitan ialah RM 1.00.

Dikehendaki:

(i) Hitung yang berikut bagi Syarikat FunStones Berhad bagi tahun 2020 dan 2021:

  1. Nisbah semasa. [2 markah]
  2. Nisbah cepat. [2 markah]
  3. Margin untung kasar atas jualan. [1 markah]
  4. Margin untung bersih atas jualan. [1 markah]

(ii) Sediakan penyata aliran tunai Syarikat FunStones Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. [14 markah]

考试题目和解答思路:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN KT6PJ TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1