EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:

(a) 35 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Gambar rajah di bawah menunjukkan DD ialah keluk permintaan bagi pasaran kamera.

Jika harga filem meningkat, maka

A. keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D1D1.

B. keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D2D2.

C. permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik X.

D. permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik Z.

SOALAN 2:

Yang berikut adalah faktor yang mempengaruhi permintaan kecuali

A. daya pengeluaran meningkat.

B. kerajaan meningkatkan cukai.

C. keadaan ekonomi dijangka meleset.

D. minat pengguna terhadap barang tempatan meningkat.

SOALAN 3:

Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan terhadap suatu barang.

Berdasarkan gambar rajah di atas, pernyataan yang manakah yang benar?

A. Permintaan terhadap petrol meningkat kerana harga kereta turun.

B. Kuantiti diminta terhadap durian meningkat kerana harganya turun.

C. Permintaan terhadap mentega meningkat kerana harga marjerin turun.

D. Kuantiti diminta terhadap gas meningkat kerana harga dapur gas naik.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan buah-buahan.

Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk permintaan buah-buahan dari D0D0 ke D1D1?

A. Kejatuhan harga buah-buahan. 

B. Pertambahan bilangan pengeluar buah-buahan.

C. Perkembangan teknologi penanaman buah-buahan.

D. Peningkatan kepentingan buah-buahan dalam diet pengguna.

SOALAN 5:

Keluk penawaran bagi kereta tempatan akan beralih ke kiri jika

A. harga kereta tempatan dinaikkan.

B. harga kereta tempatan diturunkan.

C. cukai terhadap kereta import dinaikkan.

D. cukai terhadap pengeluaran kereta tempatan dinaikkan.

SOALAN 6:

Mengapakah keluk penawaran beralih ke kiri?

A. Kos pengeluaran meningkat.

B. Bilangan pengeluaran bertambah.

C. Harga barang berkenaan meningkat.

D. Teknologi pengeluaran berkembang.

SOALAN 7:

Andaikan terdapat 10 buah firma di pasaran yang mengeluarkan barang Y. Fungsi penawaran setiap firma adalah sama, iaitu Qs = 20 + 5P, dengan Qs ialah kuantiti ditawar dan P ialah harga. Berapakah kuantiti ditawarkan di pasaran jika harga barang Y ialah RM 2.00? 

A. 30 unit.

B. 200 unit.

C. 250 unit.

D. 300 unit.

SOALAN 8:

Yang manakah yang akan menyebabkan keluk permintaan teh beralih ke kiri?

A. Kenaikan harga teh.

B. Penurunan harga gula.

C. Penurunan harga kopi.

D. Kenaikan pendapatan pengguna.

SOALAN 9:

Penurunan harga suatu barang menyebabkan kuantiti diminta meningkat kerana 

A. utiliti sut meningkat.

B. kos lepas meningkat.

C. pendapatan benar meningkat.

D. barang penggenap menjadi mahal.

SOALAN 10:

Diberi bahawa fungsi permintaan Qd = 30 - 4P, dengan Qd dan P masing-masing ialah kuantiti diminta (unit) dan harga (RM). Harga asal ialah RM 5.00 per unit. Sekiranya harga turun sebanyak 20% dengan faktor-faktor lain tidak berubah, permintaan akan meningkat sebanyak 

A. 2 unit.

B. 4 unit.

C. 10 unit.

D. 14 unit.

SOALAN 11:

Faktor yang menyebabkan pengurangan permintaan pasaran terhadap barang X ialah peningkatan harga 

A. barang modal.

B. barang neutral.

C. barang bawahan.

D. barang penggenap.

SOALAN 12:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran kereta.

Peralihan keluk penawaran kereta dari S0S0 ke S1S1 mungkin disebabkan oleh peningkatan

A. harga kereta. 

B. subsidi petrol.

C. cukai eksais kereta.

D. bilangan pengedar kereta.

SOALAN 13:

Mengapakah keluk penawaran beralih ke kiri?

A. Kos pengeluaran meningkat.

B. Bilangan pengeluaran bertambah.

C. Harga barang berkenaan meningkat.

D. Teknologi pengeluaran berkembang.

SOALAN 14:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk (DD) terhadap suatu barang.

Apakah persamaan permintaan terhadap barang tersebut?

A. Qd = 4 - 20P

B. Qd = 5 - 20P

C. Qd = 20 - 4P

D. Qd = 20 - 5P

SOALAN 15:

Kuantiti yang ditawar dalam pasaran akan berkurangan akibat daripada 

A. musim perayaan.

B. kejatuhan harga ayam.

C. import ayam bertambah.

D. eksport ayam bertambah.

SOALAN 16:

Persamaan permintaan dan penawaran bagi suatu barang diberikan sebagai Qs = 33 + 15P dan Qd = 75 - 15P dengan Qs = kuantiti penawaran (unit), Qd = kuantiti permintaan (unit), dan P = harga (RM). 

Kuantiti keseimbangan ialah

A. 42 unit.

B. 48 unit.

C. 54 unit.

D. 60 unit.

SOALAN 17:

Kuantiti barang Z yang ditawarkan akan bertambah apabila

A. Harga barang Z meningkat.

B. Harga input barang Z meningkat.

C. Permintaan barang Z bertambah.

D. Pendapatan pengguna bertambah.

SOALAN 18:

Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi suatu barang.

Keseimbangan asal adalah di E0

Kemajuan teknologi dan pengurangan cukai pendapatan individu akan menyebabkan

A. harga tetap di P0 dan kuantiti bertambah ke Q3.

B. harga turun ke P1 dan kuantiti bertambah ke Q2.

C. harga naik ke P2 dan kuantiti bertambah ke Q1.

D. harga naik ke P3 dan kuantiti tetap di Q0.

SOALAN 19:

Persamaan permintaan dan penawaran untuk suatu barang diberikan sebagai

Qd = 100 - 20P

Qs = 40 + 10P

Dengan Qd = kuantiti diminta (unit), Qs = kuantiti ditawar (unit), P = harga (RM).

Disebabkan perkembangan teknologi, fungsi penawaran telah berubah menjadi Qs = 70 + 10P.

Pada tingkat keseimbangan yang baru,

A. harga tidak berubah dan kuantiti menjadi 90 unit.

B. harga akan turun daripada RM 6.00 kepada RM 3.00 dan kuantiti tidak berubah.

C. harga akan naik daripada RM 4.70 kepada RM 5.70 dan kuantiti bertambah daripada 87 unit kepada 127 unit.

D. harga akan turun daripada RM 2.00 kepada RM 1.00 dan kuantiti bertambah daripada 60 unit kepada 80 unit.

SOALAN 20:

Pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran pada kadar yang sama akan menyebabkan 

A. harga dan kuantiti meningkat.

B. harga meningkat dan kuantiti tetap.

C. harga menurun dan kuantiti keseimbangan.

D. harga meningkat dan kuantiti menurun.

SOALAN 21:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ayam yang diminta dan ditawarkan pada pelbagai tingkat harga.

Harga Ayam

(RM)

Kuantiti Diminta

(unit)

Kuantiti ditawarkan

(unit)

3.00

250

120

4.00

210

152

5.00

160

184

6.00

135

216

7.00

115

248

Sebagai akibat selsema burung, permintaan dan penawaran ayam telah menurun masing-masing sebanyak 20% dan 50%.

Harga keseimbangan yang baharu ialah

A. RM 4.00

B. RM 5.00

C. RM 6.00

D. RM 7.00

SOALAN 22:

Andaikan bahawa permintaan terhadap suatu barang ialah Qd = Y - 3P dan fungsi penawaran ialah Qs = 2P - 30, dengan Qd, Qs, dan P masing-masing ialah kuantiti diminta, kuantiti ditawarkan, dan harga.

Berapakah nilai Y jika harga keseimbangan ialah RM 20.00?

A. 60

B. 70

C. 84

D. 90

SOALAN 23:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu barang. 

Keluk DD dan keluk SS yang asal adalah D0D0 dan S0S0.

Jika pendapatan pengguna meningkat, titik keseimbangan yang baharu ialah 

A. H.

B. J.

C. K.

D. M.

SOALAN 24:

Jadual di bawah menunjukkan harga, permintaan, dan penawaran barang X di pasaran.

Harga

(RM)

Permintaan

(unit)

Penawaran

(unit)

10.00

180

145

20.00

160

160

30.00

140

175

40.00

120

190

50.00

100

205

Kenaikan pendapatan telah meningkatkan permintaan terhadap barang X sebanyak 25% pada setiap tingkat harga dalam pasaran.

Berapakah harga keseimbangan selepas kenaikan pendapatan?

A. RM 20.00

B. RM 30.00

C. RM 40.00

D. RM 50.00

SOALAN 25:

Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang masing-masing ialah 

P = 50 - 2Q 

P = 10 + 3Q

Dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit).

Jika persamaan permintaan berubah menjadi P = 40 - 3Q, harga keseimbangan akan 

A. menurun sebanyak RM 3.00.

B. menurun sebanyak RM 9.00.

C. meningkat sebanyak RM 25.00.

D. meningkat sebanyak RM 34.00.

SOALAN 26:

Dalam pasaran sesuatu barang, harga keseimbangan akan meningkat manakala kuantiti keseimbangan akan menurun jika pertambahan permintaan

A. melebihi pengurangan penawaran.

B. melebihi pertambahan penawaran.

C. lebih kecil daripada pertambahan penawaran.

D. lebih kecil daripada pengurangan penawaran. 

SOALAN 27:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada suatu tingkat harga.

Harga

(RM)

Kuantiti Diminta

(unit)

Kuantiti ditawarkan

(unit)

10.00

960

600

20.00

920

800

Apakah tingkat harga yang menghasilkan lebihan penawaran sebanyak 600 unit?

A. RM 30.00

B. RM 40.00

C. RM 50.00

D. RM 60.00

SOALAN 28:

Andaikan fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi sesuatu barang masing-masing adalah Qd = 100 - 5P dan Qd = 60 + 3P, dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit).

Apabila kos pengeluaran meningkat dan fungsi penawaran yang baharu adalah Qs = 30 + 2P, maka kuantiti keseimbangan akan menurun sebanyak 

A. 10 unit.

B. 25 unit.

C. 50 unit.

D. 75 unit.

SOALAN 29:

Jadual di bawah menunjukkan harga, permintaan individu R dan individu S, serta penawaran firma M dan firma N bagi suatu barang di pasaran.

Harga

(RM)

Permintaan Individu

Harga

(RM)

Penawaran Firma

R

S

M

N

1.00

47

43

4.00

43

47

2.00

33

37

3.00

38

42

3.00

29

27

2.00

31

39

4.00

25

20

1.00

27

18

Pada tingkat keseimbangan pasaran, kuantiti barang tersebut yang dijual beli ialah 

A. 45 unit.

B. 70 unit.

C. 80 unit.

D. 90 unit.

SOALAN 30:

Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta serta kuantiti ditawarkan bagi suatu barang.

Harga

(RM)

Kuantiti Diminta

(unit)

Harga

(RM)

Kuantiti ditawarkan

(unit)

1.00

210

6.00

180

2.00

180

5.00

150

3.00

150

4.00

120

4.00

120

3.00

90

5.00

90

2.00

60

6.00

60

1.00

30

Pada harga RM 5.00, berlaku

A. lebihan permintaan sebanyak 60 unit dan harga akan turun.

B. lebihan penawaran sebanyak 60 unit dan harga akan turun.

C. lebihan permintaan sebanyak 60 unit dan harga akan naik.

D. lebihan penawaran sebanyak 60 unit dan harga akan turun naik.

SOALAN 31:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran bagi suatu barang.

Keseimbangan asal adalah pada titik E.

Jika pendapatan pengguna bertambah dan kos pengeluaran juga meningkat, keseimbangan baharu adalah pada

A. titik J.

B. titik K.

C. titik L.

D. titik M.

SOALAN 32:

Pertambahan penawaran suatu barang dengan kadar yang lebih kecil daripada pertambahan dalam permintaan akan menyebabkan

A. harga dan kuantiti keseimbangan menurun.

B. harga dan kuantiti keseimbangan meningkat. 

C. harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.

D. harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat.

SOALAN 33:

Seseorang pengguna boleh menikmati lebihan pengguna sekiranya harga yang sanggup dibayar

A. sama dengan harga pasaran.

B. sama dengan harga maksimum.

C. lebih tinggi daripada harga pasaran.

D. lebih rendah daripada harga pasaran.

SOALAN 34:

Pada harga RM 5.00 per unit, kuantiti barang Y yang diminta ialah 40 unit dan meningkat menjadi 60 unit apabila harganya turun. 

Berapakah jumlah hasil yang baru jika nilai keanjalannya -2.50?

A. RM 50.00

B. RM 200.00

C. RM 240.00

D. RM 300.00

SOALAN 35:

Sebuah syarikat menjual suatu barang pada harga RM 1.20 per unit dan mendapat hasil sebanyak RM 450.00 sehari. 

Jika syarikat itu menurunkan harga barang tersebut kepada RM 1.00 per unit, jumlah hasilnya ialah RM 400.00 sehari. 

Permintaan bagi barang itu adalah 

A. anjal. 

B. tak anjal.

C. anjal satu.

D. anjal sempurna.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

(a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran? [2 markah]


(b) Bagaimanakah kos lepas mempengaruhi bentuk keluk kemungkinan pengeluaran? [8 markah] 

Dua bentuk keluk kemungkinan pengeluaran ditentukan oleh jenis kos lepas.

i) Kos lepas meningkat.

Kombinasi

Barang X

(unit)

Barang Y

(unit)

Kos Lepas Seunit Barang X

(unit barang Y)

A

0

10

-

B

1

9

10 – 9 = 1

C

2

7

9 – 7 = 2

D

3

4

7 – 4 = 3

E

4

0

4 – 0 = 4

Kos lepas seunit barang X semakin meningkat sebab jumlah barang Y yang dilepaskan semakin banyak.

Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung atau melengkung keluar.

ii) Kos lepas malar.

Kombinasi

Barang X

(unit)

Barang Y

(unit)

Kos Lepas Seunit Barang X

(unit barang Y)

A

0

10

-

B

1

8

10 – 8 = 2

C

2

6

8 – 6 = 2

D

3

4

6 – 4 = 2

E

4

2

4 – 2 = 2

F

5

0

2 – 0 = 2

Kos lepas seunit barang X malar sebab jumlah barang Y yang dilepaskan adalah sama.

Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk garisan lurus yang mencerun ke bawah.

SOALAN 2:

Bagaimanakah sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi? [10 markah]

Tiga cara sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi:

a) Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan.

Jenis barang, iaitu apa yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga. Kuasa besar atau permintaan pengguna menjadi petunjuk kepada pengeluar mengenai jenis barang yang hendak dikeluarkan. Jumlah barang yang dikeluarkan, iaitu penawaran barang ditentukan oleh kos pengeluaran.

b) Bagaimana barang dikeluarkan.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, teknik pengeluaran ditentukan oleh pengeluar berdasarkan penggunaan sumber secara cekap. Matlamat pengeluar merupakan meminimumkan kos pengeluaran dengan menggunakan sumber yang lebih murah dan menghasilkan keluaran yang banyak.

c) Untuk siapa barang dikeluarkan.

 Sistem ekonomi pasaran bebas menentukan cara agihan barang berdasarkan kuasa beli pengguna, iaitu tingkat pendapatan pengguna. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak barang yang dapat dimiliki dan dinikmati oleh golongan tersebut disebabkan kemampuan membayar yang lebih tinggi.

SOALAN 3:

(a) Terangkan maksud 

(i) Lebihan penawaran. [1 markah]

Lebihan penawaran adalah keadaan apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta pada satu tingkat harga tertentu.

(ii) Lebihan permintaan. [1 markah]

Lebihan permintaan adalah keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan pada satu tingkat harga tertentu.

(b) Bagaimanakah keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila wujud lebihan permintaan atau lebihan penawaran? [8 markah]

Keseimbangan pasaran dapat dicapai apabila kuantiti ditawarkan sama dengan kuantiti diminta pada satu tingkat harga tertentu. Maka, tiada lebihan penawaran atau lebihan permintaan berlaku.

Keseimbangan pasaran dicapai pada titik e apabila keluk SS bersilang dengan keluk DD pada harga P0 dan kuantiti Q0.

Jika harga dicapai pada P1, kuantiti ditawarkan ialah Q2 dan kuantiti diminta ialah Q1.

Maka, wujud lebihan penawaran sebanyak Q1Qpada tingkat harga P1.

Harga cenderung menurun sehingga mencapai keseimbangan pada P0.

Sebaliknya, pada harga P2, kuantiti ditawarkan ialah Q1 dan kuantiti diminta ialah Q2

Maka, wujud lebihan permintaan sebanyak Q1Qpada tingkat harga P2.

Harga cenderung meningkat sehingga mencapai keseimbangan pada P0.

Oleh itu, harga keseimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0.

SOALAN 4:

Huraikan maksud kos purata dan kos sut dan jelaskan hubungan antara kedua-duanya. [10 markah]

Kos purata mengukur jumlah kos yang ditanggung bagi seunit keluaran.

Rumus Kos Purata (AC) = Jumlah Kos (TC) x Keluaran (Q) 

Kos sut mengukur perubahan dalam jumlah kos akibat tambahan seunit keluaran.

Rumus Kos Sut (MC) = Perubahan Kos (TC) x Perubahan Keluaran (Q) 

Apabila keluk AC menurun antara output 0 hingga Q0keluk MC lebih rendah daripada keluk AC.

Apabila keluk AC mencapai tingkat minimum pada output Q0keluk MC sama dengan keluk AC.

Apabila keluk AC meningkat selepas output Q0keluk MC lebih tinggi daripada keluk AC.

SOALAN 5:

Adakah firma monopoli serupa dengan firma persaingan bermonopoli? Terangkan. [10 markah]

Tidak, firma monopoli berbeza daripada firma persaingan bermonopoli dari segi yang berikut:

i) Bilangan firma.

Dalam pasaran monopoli, hanya wujud satu firma sahaja, iaitu pengeluar tunggal. Maka, firma monopoli mewakili seluruh industri atau pasaran monopoli.

Dalam pasaran persaingan bermonopoli, wujud banyak firma. Maka, sebuah firma persaingan bermonopoli merupakah salah satu unit kecil dalam seluruh pasaran.

ii) Jenis keluaran.

Oleh sebab firma monopoli merupakan pengeluar tunggal, keluarannya tidak homogen dan tidak mempunyai sebarang pengganti.

Bagi firma persaingan bermonopoli, keluarannya tidak homogen tetapi mempunyai banyak pengganti hampir.

iii) Kebebasan masuk keluar firma.

Dalam pasaran monopoli, tiada kebebasan masuk keluar firma, iaitu wujud banyak halangan terhadap kemasukan firma baharu. Sebagai contoh, faktor kewangan dan teknologi.

Namun dalam pasaran persaingan bermonopoli, wujud kebebasan masuk keluar firma.

iv) Keanjalan permintaan.

Keluaran firma monopoli mempunyai permintaan tak anjal sebab tiada pengganti bagi keluarannya.

Keluaran firma persaingan bermonopoli mempunyai permintaan beranjal disebabkan kewujudan banyak pengganti hampir.

v) Keuntungan jangka panjang.

Firma monopoli dapat menikmati untung lebih normal disebabkan halangan kemasukan firma baharu.

Sebaliknya, firma persaingan bermonopoli menikmati untung normal sahaja kerana wujud kebebasan masuk keluar firma.

SOALAN 6:

(a) Huraikan tiga peranan untung dalam sebuah ekonomi. [6 markah]

Tiga peranan untung dalam sebuah ekonomi:

(a) Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber.

Firma yang biasanya mendapat untung tinggi merupakan firma yang cekap dalam proses pengeluaran. Maka, untung akan menggalakkan firma menggunakan kaedah yang cekap dalam proses pengeluaran untuk meminimumkan kos pengeluaran.

(b) Menggalakkan inovasi dan penyelidikan.

Firma yang menikmati untung yang tinggi akan mempunyai sumber kewangan untuk melakukan banyak penyelidikan. Maka, untung menggalakkan lebih banyak inovasi atau reka cipta baharu.

(c) Menggalakkan pelaburan. 

Firma yang menikmati untung yang tinggi akan memberi keyakinan kepada firma sendiri dan firma lain. Maka, untung membolehkan firma mendapat sumber kewangan untuk memperluas perniagaan atau sebagai modal pusingan.

(b) Nyatakan dua perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi. [4 markah]

Dua perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi:

(i) Untung perakaunan mengambil kira kos eksplisit sahaja tetapi untung ekonomi mengambil kira kos eksplisit dan kos implisit.

Rumus untung perakaunan = Jumlah hasil - Jumlah eksplisit

Rumus untung ekonomi = Jumlah hasil - (Kos eksplisit - Kos implisit)

(ii) Untung perakaunan lebih tinggi daripada untung ekonomi.

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM)

Kuantiti Diminta (unit)

Kuantiti Ditawarkan (unit)

2.00

60

0

4.00

50

20

6.00

40

40

8.00

30

60

10.00

20

80

12.00

10

100

(a) Pada kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [3 markah]

(b) Berdasarkan rajah dalam (a), tunjuk dan tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [2 markah]

Harga keseimbangan adalah RM 6.00 dan kuantiti keseimbangan adalah 40 unit.

(c) Andaikan cukai jualan sebanyak RM 3.00 dikenakan bagi setiap unit output terhadap pengeluar.

(i) Berdasarkan rajah dalam (a), tentukan dan nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu. [2 markah]

(ii) Hitung beban cukai pengguna dan pengeluar masing-masing. [2 markah]

Beban cukai pengguna = RM (8.00 - 6.00) x 30 unit

Beban cukai pengguna = RM 2.00 x 30 unit

Beban cukai pengguna = RM 60.00

Beban cukai pengeluar = RM (6.00 - 5.00) x 30 unit

Beban cukai pengeluar = RM 1.00 x 30 unit

Beban cukai pengeluar = RM 60.00

(iii) Berapakah jumlah hasil yang diperoleh kerajaan. [1 markah]

Jumlah hasil kerajaan = RM 3.00 x 30 unit

Jumlah hasil kerajaan = RM 90.00

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang X dan jumlah kos jangka panjang bagi sebuah firma persaingan sempurna.

Output Barang X (unit)

Jumlah Kos (RM)

1

200.00

2

225.00

3

255.00

4

296.00

5

350.00

6

420.00

7

511.00

8

624.00

(a) Sediakan jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut. [4 markah]

Output Barang X (unit)

Kos Purata (RM)

Kos Sut (RM)

1

200.00

-

2

112.50

25.00

3

85.00

30.00

4

74.00

41.00

5

70.00

54.00

6

70.00

70.00

7

73.00

91.00

8

78.00

113.00

(b) Jika harga pasaran ialah RM 41.00 per unit, 

(i) Hitung tingkat keuntungan firma. [2 markah]

Output keseimbangan ialah 4 unit apabila AR = MR = MC.

Keuntungan / Kerugian = RM (41.00 x 4) - RM 296.00

Keuntungan / Kerugian = RM 164.00 - RM 296.00

Kerugian = RM -132.00

(ii) Adalah firma ini berada dalam keseimbangan jangka panjang? Jelaskan. [2 markah]

Tidak, firma mengalami kerugian atau untung kurang normal.

(c) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan jangka panjang bagi firma ini. [2 markah]

Firma akan memperoleh untung normal dalam jangka panjang, iaitu P = AC minimum = RM 70.00. Pada tingkat kos purata minimum, output ialah 6 unit. Maka, harga keseimbangan ialah RM 70.00 dan kuantiti keseimbangan ialah 6 unit.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1