EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 5


大家好吖,如标题一样,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:

(a) 25 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Yang berikut ialah maklumat tentang jumlah keluaran, harga, dan kos sebuah firma pasaran persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan.

Jumlah keluaran

100 unit

Kos purata

RM 50.00

Kos berubah purata

RM 30.00

Harga

RM 40.00

Berdasarkan maklumat di atas, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh firma tersebut?

A. Meneruskan pengeluaran walaupun mengalami kerugian.

B. Memberhentikan pengeluaran kerana mengalami kerugian.

C. Meneruskan pengeluaran kerana memperoleh untung normal.

D. Memberhentikan pengeluaran kerana kos purata melebihi harga.

SOALAN 2:

Pernyataan yang manakah benar tentang keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek?

A. Firma memperoleh untung lebih normal apabila hasil purata lebih tinggi daripada kos berubah purata.

B. Firma memperoleh untung normal apabila hasil purata sama dengan kos sut minimum.

C. Firma mengalami kerugian apabila hasil purata lebih rendah daripada kos purata

D. Firma memaksimumkan untung apabila hasil purata sama dengan kos purata.

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan kedudukan kos dan hasil bagi sebuah firma persaingan sempurna pada output kesepuluh.

Butiran

RM

Jumlah kos

10,000.00

Kos tetap

2,000.00

Hasil purata

900.00

Apakah tindakan yang patut diambil oleh firma tersebut?

A. Meneruskan operasinya.

B. Memberhentikan operasinya.

C. Menurunkan kos pengeluarannya.

D. Menambah outputnya daripada 10 unit kepada 11 unit.

SOALAN 4:

Kedai Bingkai Gambar Encik X menanggung kos tetap sebanyak RM 800.00, kos berubah purata sebanyak RM 20.00, dan kos purata sebanyak RM 25.00.

Berapakah jumlah bingkai gambar yang dapat dikeluarkan oleh Encik X?

A. 100 unit.

B. 150 unit.

C. 160 unit.

D. 250 unit.

SOALAN 5:

Yang manakah yang tidak menentukan jenis pasaran?

A. Jenis barang.

B. Campur tangan kerajaan.

C. Kuasa menentukan harga.

D. Kebebasan keluar masuk.

SOALAN 6:

Jadual di bawah menunjukkan kos dan hasil bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Butiran

RM

Kos purata

60.00

Kos sut

40.00

Kos berubah purata

42.00

Hasil purata

40.00

Hasil sut

40.00

Berdasarkan kos dan hasil dalam jadual di atas, apakah yang patut dilakukan oleh firma tersebut?

A. Menambah output.

B. Mengurangkan kos.

C. Menutup operasinya.

D. Meneruskan operasinya.

SOALAN 7:

Dalam gambar rajah di bawah, TR ialah keluk jumlah hasil dan TC ialah keluk jumlah kos sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Titik S menunjukkan firma itu mengalami

A. untung normal.

B. titik tutup firma.

C. untung lebih normal.

D. untung kurang normal.

SOALAN 8:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah firma.

Berapakah jumlah kos berubah apabila firma tersebut memaksimumkan untung?

A. RM 18.40

B. RM 42.00

C. RM 66.00

D. RM 76.00

SOALAN 9:

Andaikan keluaran sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna berada pada tingkat di mana kos sut lebih besar daripada harga. 

Bagi memaksimumkan untung, firma itu sepatutnya

A. mengurangkan keluaran.

B. meningkatkan keluaran.

C. meningkatkan keluaran dan harga.

D. meningkatkan keluaran dan mengurangkan harga.

SOALAN 10:

Gambar rajah di bawah menunjukkan MC ialah keluk kos sut, AC ialah kos purata, dan AVC ialah kos berubah purata.

Keluk penawaran firma ialah

A. PQRS.

B. QRS.

C. PQR.

D. RS.

SOALAN 11:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma persaingan sempurna dalam jangka pendek.

Pada tingkat keseimbangan, firma akan mengalami kerugian sebanyak 

A. RM 30.00

B. RM 39.00

C. RM 50.00

D. RM 78.00

SOALAN 12:

Satu daripada kebaikan pasaran persaingan sempurna ialah ekonomi beroperasi

A. pada tingkat guna tenaga penuh.

B. tanpa mengalami pengangguran.

C. tanpa mengalami keadaan inflasi.

D. pada tingkat kecekapan peruntukan.

SOALAN 13:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah firma.

Pada tingkat keseimbangan, firma ini mengalami

A. kerugian sebanyak RM 240.00.

B. kerugian sebanyak RM 300.00.

C. keuntungan sebanyak RM 360.00.

D. keuntungan sebanyak RM 500.00.

SOALAN 14:

Firma monopoli mencapai keseimbangan apabila

A. jumlah hasil adalah maksimum.

B. harga sama dengan kos purata.

C. hasil purata sama dengan kos sut.

D. perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos adalah maksimum.

SOALAN 15:

Butiran di bawah adalah tentang pengeluaran sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti keseimbangan (unit)

80 unit

Harga keseimbangan (RM)

RM 12.00 per unit

Kos berubah (RM)

RM 8.00

Jumlah kerugian (RM)

RM 2,400.00

Jumlah kos tetap bagi firma tersebut ialah 

A. RM 5,600.00

B. RM 6,400.00

C. RM 9,600.00

D. RM 12,000.00

SOALAN 16:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi pasaran monopoli.

Andaikan bahawa kerajaan mengawal monopoli dengan menetapkan harga sama dengan kos sut.

Keadaan ini akan menyebabkan monopoli

A. terpaksa menurunkan harga daripada P3 kepada P2.

B. terpaksa menambah keluaran daripada Q2 kepada Q3.

C. menanggung kerugian sebanyak P1P2 per unit keluaran.

D. menanggung kerugian sebanyak P1P4 per unit keluaran.

SOALAN 17:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah hasil dan jumlah kos bagi sebuah firma.

Kuantiti (unit)

10

11

12

13

14

15

Jumlah hasil (RM)

200

209

216

221

224

225

Jumlah kos (RM)

120

123

127

132

139

147

Berapakah kuantiti keseimbangan? 

A. 10 unit.

B. 11 unit.

C. 13 unit.

D. 14 unit.

SOALAN 18:

Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan sempurna memperoleh untung normal kerana

A. firma boleh mengubah skel pengeluarannya.

B. terdapat kebebasan keluar masuk dalam pasaran.

C. firma mengalami ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan.

D. kos purata jangka pendek sama dengan kos purata jangka panjang.

SOALAN 19:

Faktor yang manakah tidak dapat digunakan untuk membezakan monopoli daripada persaingan sempurna?

A. Jenis keluaran.

B. Matlamat firma.

C. Syarat kemasukan.

D. Bentuk keluk permintaan.

SOALAN 20:

Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang perbandingan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli?

A. Harga pasaran persaingan sempurna lebih rendah berbanding dengan pasaran monopoli.

B. Lebihan pengguna dalam pasaran persaingan sempurna lebih kecil berbandingan dengan pasaran monopoli.

C. Pasaran persaingan sempurna mengeluarkan tingkat keluaran yang lebih cekap berbanding dengan pasaran monopoli.

D. Peruntukan sumber dalam pasaran persaingan sempurna lebih kecil berbandingan dengan pasaran monopoli. 

SOALAN 21:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi pasaran monopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma itu mengalami

A. untung lebih normal sebanyak P0P1RE.

B. untung kurang normal sebanyak P0P2SE.

C. untung kurang normal sebanyak P2P3TS.

D. untung lebih normal sebanyak P1P2SR.

SOALAN 22:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) sebuah firma pasaran bermonopoli dalam jangka pendek.

Berapakah jumlah hasil firma itu pada tingkat keseimbangan

A. 0P3WQ0.

B. 0P2XQ1.

C. 0P1YQ2.

D. 0P0ZQ3.

SOALAN 23:

Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang monopoli?

A. Monopoli boleh menetapkan harga keluarannya.

B. Monopoli boleh menetapkan kuantiti keluarannya.

C. Monopoli boleh menetapkan harga dan kuantiti keluarannya.

D. Monopoli boleh menetapkan harga atau kuantiti keluarannya.

SOALAN 24:

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana firma itu

A. memperoleh untung maksimum.

B. mengeluarkan output yang paling banyak.

C. mengeluarkan output pada kos purata minimum.

D. mengeluarkan output pada tingkat harga paling rendah.

SOALAN 25:

Bagi firma dalam pasaran persaingan bermonopoli, jika perbezaan jumlah hasil dengan jumlah kos adalah sifar, maka firma ini akan

A. berhenti beroperasi.

B. mengalami kerugian.

C. mendapat untung normal.

D. mendapat untung lebih normal.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Andaikan sebuah negara mengeluarkan barang pertanian dan barang perkilangan. Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan terhadap keluk kemungkinan pengeluaran apabila berlaku:

(a) kemajuan teknologi yang lebih pesat dalam sektor perkilangan berbanding dengan sektor pertanian. [4 markah]

Keluk kemungkinan pengeluaran yang asal ialah X0Y0. Keluk kemungkian pengeluaran beralih ke kanan secara tidak selari, iaitu dari X0Y0 ke X1Y1. Pertambahan barang pertanian daripada X0 kepada X1 lebih kecil daripada pertambahan barang perkilangan daripada Y0 kepada Y(X0X1 < Y0Y1).

(b) peningkatan pelaburan dalam semua sektor pengeluaran. [3 markah]

Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara selari, iaitu dari X0Y0 ke X1Y1. Pertambahan barang pertanian daripada X0 kepada X1 adalah sama dengan pertambahan barang perkilangan daripada Y0 kepada Y(X0X1 sama dengan Y0Y1).

(c) kemasukan buruh asing dalam sektor perkilangan. [3 markah]

Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara tidak selari, iaitu dari X0Y0 ke X0Y1. Barang pertanian tidak bertambah, iaitu tetap pada X0 manakala barang perkilangan bertambah daripada Y0 kepada Y1.

SOALAN 2:

(a) Takrifkan keanjalan penawaran. [2 markah]

Keanjalan penawaran merujuk kepada tindak balas perubahan kuantiti ditawarkan sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang tersebut. 

Keanjalan penawaran diukur berdasarkan nisbah peratusan perubahan kuantiti ditawarkan kepada peratusan perubahan harga.

(b) Apakah empat faktor utama yang mempengaruhi keanjalan penawaran? [8 markah]

Empat faktor utama yang mempengaruhi keanjalan penawaran:

(a) Kewujudan input berubah.

Semakin pendek jangka masa, semakin tak anjal penawaran.

Semakin panjang jangka masasemakin anjal penawaran.

(b) Jangka masa pengeluaran.

Semakin sukar memperoleh input berubah, semakin tak anjal penawaran.

Semakin mudah memperoleh input berubah, semakin anjal penawaran.

(c) Bahagian kos input berbanding dengan jumlah kos pengeluaran.

Semakin kecil bahagian kos input daripada jumlah kos pengeluaran, semakin tak anjal penawaran.

Semakin besar bahagian kos input daripada jumlah kos pengeluaran, semakin anjal penawaran.

(d) Bilangan firma dalam industri.

Semakin sedikit bilangan firma dalam industri, semakin tak anjal penawaran.

Semakin banyak bilangan firma dalam industri, semakin anjal penawaran.

SOALAN 3:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga? [2 markah]

Keanjalan permintaan harga (Ep) mengukur kadar atau peratus perubahan dalam kuantiti diminta akibat peratus perubahan harga barang itu.

Rumus Ep = Peratusan perubahan Qdx / Peratusan perubahan Px

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara permintaan anjal dengan permintaan tak anjal. [8 markah] 

(i) Kecerunan keluk permintaan.

Keluk permintaan yang anjal bercerun landai. Keluk permintaan yang tak anjal bercerun curam.

(ii) Kadar perubahan kuantiti diminta.

Bagi permintaan anjal, kadar perubahan kuantiti diminta melebihi kadar perubahan harga barang itu.

Bagi permintaan tak anjal, kadar perubahan kuantiti diminta kurang daripada kadar perubahan harga barang itu.

(iii) Nilai keanjalan.

Nilai keanjalan permintaan anjal adalah tinggi dan melebihi satu.

Nilai keanjalan permintaan tak anjal adalah rendah dan kurang satu.

SOALAN 4:

(a) Dengan memberi contoh yang sesuai, terangkan maksud kos tetap dan kos berubah. [4 markah]

Kos tetap merujuk kepada bayaran terhadap input tetap yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan merupakan kos yang ditanggung walaupun output sifar. Sebagai contoh merupakan sewa kilang.

Kos berubah merujuk kepada bayaran terhadap input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan tiada kos berubah pada output sifar. Contoh kos berubah adalah upah buruh.

(b) Apakah kesan pertambahan output terhadap

(i) kos tetap purata? [2 markah]

Apabila output bertambah, kos tetap purata menurun.

(ii) kos berubah purata? [2 markah]

Apabila output bertambah, kos berubah purata mula-mula menurun tetapi kemudian meningkat disebabkan hukum pulangan berkurangan.

(iii) kos purata jangka pendek? [2 markah]

Apabila output bertambah, kos purata mula-mula menurun tetapi kemudian meningkat disebabkan hukum pulangan berkurangan. Keluk AC diperoleh dengan menggabungkan keluk AFC dan AVC.

SOALAN 5:

(a) Huraikan dua cara firma pasaran persaingan tak sempurna menjalankan persaingan bukan harga. [4 markah]

Dua cara firma pasaran persaingan tak sempurna menjalankan persaingan bukan harga:

A) Pengiklanan.

Pengiklanan dapat mempengaruhi pengguna untuk menganggap keluaran mempunyai kualiti yang berbeza. Pengiklanan juga dapat menyebarkan kebaikan dan keunikan keluaran.

B) Pembungkusan.

Keluaran dibeza-bezakan dari segi cara pembungkusan dan sifat luarannya. Cara pembungkusan yang menarik dan unik dapat menarik perhatian pengguna.

(b) Terangkan tiga keburukan persaingan bukan harga. [6 markah]

Tiga keburukan persaingan bukan harga:

(I) Kenaikan harga keluaran.

Firma akan menaikkan harga keluaran bagi menampung kos pengiklanan yang tinggi.

(II) Persaingan tidak sihat.

Pengiklanan besar-besaran mewujudkan persaingan yang tidak sihat antara firma dan mewujudkan kuasa monopoli.

(III) Maklumat yang kurang tepat.

Pengiklanan mungkin memberikan maklumat yang kurang tepat, iaitu keluaran sebenar yang dijual tidak menyerupai keluaran yang diiklankan.

SOALAN 6:

Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh bagi firma persaingan sempurna diterbitkan. [10 markah]

Keluk permintaan buruh bagi firma persaingan sempurna ialah bahagian keluk MRP yang menurun dan bermula daripada ARP maksimum.

Bagi firma persaingan sempurna, ACF = MCF = Upah. Keseimbangan asal firma dicapai pada titik e0 apabila MRP = MCF0 = Upah pada W0 dan kuantiti buruh diminta L0

Jika upah menurun ke W1, keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila MRP = MCF1 pada kuantiti buruh L1

Sebaliknya, jika upah meningkat ke W2, keseimbangan baharu dicapai pada titik e2 apabila MRP = MCF2 pada kuantiti buruh L2

Namun, jika upah meningkat ke W3, firma mengalami kerugian sebab ARP kurang daripada ACF atau upah dan kuantiti buruh diminta adalah sifar.

Apabila titik-titik keseimbangan e0e1, dan e2 disambungkan, maka terbentuk keluk permintaan buruh DL yang menunjukkan hubungan antara upah dengan kuantiti buruh diminta.

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos.

Output (unit)

Jumlah kos (RM)

0

20

1

40

2

45

3

48

4

56

5

68

6

83

7

100

8

120

(a) Hitung

(i) kos berubah purata. [2 markah]

Output (unit)

Jumlah kos (RM)

Kos berubah (RM)

Kos berubah purata (RM)

0

20

0

-

1

40

20

20.00

2

45

25

12.50

3

48

28

9.33

4

56

36

9.00

5

68

48

9.60

6

83

63

10.50

7

100

80

11.43

8

120

100

12.50

(ii) kos purata. [2 markah]

Output (unit)

Jumlah kos (RM)

Kos purata (RM)

0

20

-

1

40

40.00

2

45

22.50

3

48

16.00

4

56

14.00

5

68

13.60

6

83

13.83

7

100

14.29

8

120

15.00

(iii) kos sut. [2 markah]

Output (unit)

Jumlah kos (RM)

Kos sut (RM)

0

20

-

1

40

20

2

45

5

3

48

3

4

56

8

5

68

12

6

83

15

7

100

17

8

120

20

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis rajah yang menunjukkan keluk-keluk kos berubah purata, kos purata, dan kos sut. [4 markah]

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran barang Z bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Output barang Z (unit)

Jumlah kos (RM)

1

50.00

2

65.00

3

75.00

4

90.00

5

110.00

6

140.00

(a) Hitung kos purata dan kos sut barang Z. [2 markah]

Output barang Z (unit)

Kos purata (RM)

Kos sut (RM)

1

50.00

-

2

32.50

15.00

3

25.00

10.00

4

22.50

15.00

5

22.00

20.00

6

23.33

30.00

(b) Jika harga per unit barang Z ialah RM 20.00, hitung tingkat keuntungan firma itu. [2 markah] 

Pada tingkat harga RM 20.00, output keseimbangan ialah 5 unit, iaitu AR = MR = MC bagi firma persaingan sempurna.

Untung atau Rugi = TR - TC

Untung atau Rugi = (RM 20.00 x 5 unit) - RM 110.00

Untung atau Rugi = RM 100.00 - RM 110.00

Kerugian = RM -10.00

(c) Berdasarkan jawapan dalam (b),

(i) adakah firma baharu akan memasuki industri ini dalam jangka panjang? [1 markah]

Tidak, firma akan bergerak keluar dari industri dalam jangka panjang sebab mengalami untung kurang normal atau kerugian.

(ii) berapakah harga per unit barang Z dalam jangka panjang? [1 markah]

Dalam jangka panjang, firma persaingan sempurna akan mengalami untung normal, iaitu apabila P = AC minimum = RM 22.00.

(iii) berapakah jumlah hasil firma itu dalam jangka panjang? [2 markah]

Jumlah hasil = RM 22.00 x 5 unit

Jumlah hasil = RM 110.00

(d) Nyatakan tingkat output yang ditawarkan oleh firma itu pada harag RM 30.00. [2 markah]

Pada harga RM 30.00, tingkat output yang ditawarkan ialah 6 unit, iaitu AR = MR = MC.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1