EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 3
(a) 35 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
另外,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta untuk teh dan kopi.
Teh |
Kopi |
||
Harga (RM) |
Kuantiti (unit) |
Harga (RM) |
Kuantiti (unit) |
10.00 |
10,000 |
6.00 |
8,000 |
10.00 |
14,000 |
8.00 |
4,000 |
Berapakah nilai keanjalan permintaan silang antara teh dengan kopi berubah daripada RM 6.00 kepada RM 8.00?
A. 1.20
B. 1.50
C. -1.20
D. -1.50
SOALAN 2:
Permintaan tak anjal apabila
A. perubahan harga lebih kecil daripada perubahan kuantiti diminta.
B. perubahan harga lebih besar daripada perubahan kuantiti diminta.
C. peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti diminta.
D. peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta.
SOALAN 3:
Jadual di bawah menunjukkan harga barang X dan kuantiti diminta terhadap barang Y dan barang Z.
Harga (RM) |
Kuantiti Diminta (unit) |
|
Barang Y |
Barang Z |
|
5.00 |
12 |
30 |
10.00 |
15 |
25 |
Jika harga barang X meningkat daripada RM 5.00 kepada RM 10.00, keanjalan permintaan silang barang Y dan barang Z masing-masing ialah
A. 0.25 dan -0.17.
B. 0.12 dan -0.20.
C. -0.50 dan 0.85.
D. -4.00 dan 6.00.
SOALAN 4:
Permintaan terhadap suatu barang dikatakan tak anjal apabila
A. perubahan harga lebih kecil daripada perubahan kuantiti diminta.
B. perubahan harga lebih besar daripada perubahan kuantiti diminta.
C. peratusan perubahan harga lebih kecil daripada peratusan perubahan kuantiti diminta.
D. peratusan perubahan harga lebih besar daripada peratusan perubahan kuantiti diminta.
SOALAN 5:
Jika nisbah perbelanjaan terhadap pendapatan pengguna bagi suatu barang adalah lebih besar, permintaan menjadi semakin
A. anjal.
B. tak anjal.
C. anjal sempurna.
D. tak anjal sempurna.
SOALAN 6:
Andaikan fungsi permintaan adalah P = 400 - Qd, dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit).
Jika harga meningkat daripada RM 4.00 kepada RM 8.00, maka permintaan barang itu adalah
A. anjal.
B. tak anjal.
C. anjal sempurna.
D. tak anjal sempurna.
SOALAN 7:
Pengeluar akan menurunkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil keluarannya. Ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap keluaran tersebut adalah
A. anjal.
B. anjal satu.
C. tak anjal.
D. tak anjal sempurna.
SOALAN 8:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta terhadap barang X dan barang Y pada pelbagai tingkat harga barang X.
Harga X (RM) |
Kuantiti Diminta X (unit) |
Kuantiti Diminta Y (unit) |
3.00 |
20 |
15 |
4.00 |
16 |
12 |
5.00 |
10 |
9 |
6.00 |
8 |
6 |
Berapakah nilai keanjalan silang apabila harga barang X meningkat daripada RM 4.00 kepada RM 5.00, dan apakah kaitan antara barang X dengan barang Y?
A. -1.65 dan barang pengganti.
B. -1.00 dan barang penggenap.
C. 1.33 dan barang penggenap.
D. 1.50 dan barang pengganti.
SOALAN 9:
Jadual di bawah menunjukkan jumlahh pendapatan dan jumlah perbelanjaan seorang pengguna terhadap suatu barang pada tahun 2008 dan 2009.
Tahun |
Jumlah Pendapatan (RM) |
Jumlah Perbelanjaan
(RM) |
2008 |
10,000.00 |
2,000.00 |
2009 |
15,000.00 |
3,000.00 |
Jika harga barang tidak berubah, apakah jenis barang tersebut?
A. Barang normal.
B. Barang bawahan.
C. Barang pengganti.
D. Barang penggenap.
SOALAN 10:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap teh dan kopi dalam pasaran.
Berapakah keanjalan silang bagi teh apabila harga kopi meningkat daripada RM 8.00 kepada RM 10.00?
A. 0.19
B. 2.29
C. 2.86
D. 5.33
SOALAN 11:
Jika keanjalan permintaan harga bagi perkhidmatan kaunseling ialah -3.30, maka jumlah hasil boleh dipertingkatkan dengan
A. menurunkan harga perkhidmatan kaunseling.
B. meningkatkan harga perkhidmatan kaunseling.
C. mengurangkan kuantiti perkhidmatan kaunseling.
D. meningkatkan kuantiti perkhidmatan kaunseling.
SOALAN 12:
Barang X dan barang Y ialah barang pengganti.
Jika harga barang X meningkat, maka
A. permintaan barang Y akan menurun.
B. permintaan barang Y akan meningkat.
C. kuantiti diminta barang Y akan menurun.
D. kuantiti diminta barang Y akan meningkat.
SOALAN 13:
Sekiranya penggunaan barang X mudah diganti dengan barang lain, ini menunjukkan permintaan terhadap barang X
A. anjal.
B. tak anjal.
C. anjal sempurna.
D. tak anjal sempurna.
SOALAN 14:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga barang X dengan kuantiti diminta barang Y.
Harga Barang X (RM) |
Kuantiti Diminta
Barang Y (unit) |
5.00 |
500 |
8.00 |
1,000 |
Jika barang X meningkat, maka barang Y bersifat
A. anjal dan pengganti kepada barang X.
B. anjal dan penggenap kepada barang X.
C. tak anjal dan pengganti kepada barang X.
D. tak anjal dan penggenap kepada barang X.
SOALAN 15:
Nilai keanjalan permintaan harga bagi suatu barang ialah sifar.
Pada tingkat harga RM 12.00 per unit, kuantiti diminta ialah sebanyak 130 unit. Sekiranya harga barang tersebut meningkat kepada RM 15.00 per unit, berapakah kuantiti diminta yang baharu?
A. 0 unit.
B. 97.50 unit.
C. 104 unit.
D. 130 unit.
SOALAN 16:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi suatu barang.
Jika harga barang meningkat melebihi P0, jumlah perbelanjaan pengguna akan
|
Harga Barang X (RM) |
Kuantiti Diminta
Barang Y (unit) |
A. |
meningkat |
meningkat |
B. |
berkurang |
berkurang |
C. |
berkurang |
meningkat |
D. |
meningkat |
berkurang |
SOALAN 17:
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta barang T serta kuantiti diminta bagi barang U.
Harga (RM) |
Kuantiti Diminta
Barang T (unit) |
Kuantiti Diminta
Barang U (unit) |
2.00 |
12 |
10 |
4.00 |
9 |
12 |
6.00 |
3 |
14 |
Jika harga barang T meningkat daripada RM 2.00 kepada RM 4.00, berapakah nilai keanjalan silang bagi barang U?
A. -0.25
B. -0.20
C. 0.20
D. 0.25
SOALAN 18:
Persamaan permintaan bagi suatu barang ialah Qd = 15 - P, dengan Qd ialah kuantiti permintaan (unit), dan P ialah harga (RM).
Jika harga barang tersebut meningkat daripada RM 5.00 kepada RM 10.00, maka jumlah hasil
A. kekal sebanyak RM 10.00.
B. kekal sebanyak RM 50.00.
C. meningkat sebanyak RM 10.00.
D. meningkat sebanyak RM 50.00.
SOALAN 19:
Permintaan terhadap barang X telah meningkat sebanyak 30% apabila pendapatan pengguna bertambah daripada RM 3,000.00 kepada RM 3,600.00.
Nilai keanjalan pendapatan dan jenis barang X ialah
|
Nilai Keanjalan |
Jenis Barang |
A. |
0.60 |
Barang bawahan. |
B. |
1.50 |
Barang mewah. |
C. |
1.67 |
Barang biasa. |
D. |
5.56 |
Barang mesti. |
SOALAN 20:
Dalam gambar rajah di bawah, SS ialah keluk penawaran suatu barang.
Apakah faktor yang menyebabkan keluk penawaran berubah darjah keanjalannya dari S0S0 ke S1S1?
A. Perkembangan teknologi.
B. Pengguna lebih menyukai barang tersebut.
C. Jangka masa untuk mengeluarkan barang tersebut.
D. Semakin besar bahagian pendapatan yang dibelanjakan.
SOALAN 21:
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang.
Harga (RM) |
Kuantiti (unit) |
18.00 |
150 |
13.00 |
120 |
9.00 |
90 |
6.00 |
60 |
4.00 |
30 |
Penawaran terhadap barang tersebut anjal apabila harga turun daripada
A. RM 6.00 kepada RM 4.00.
B. RM 9.00 kepada RM 6.00.
C. RM 13.00 kepada RM 9.00.
D. RM 18.00 kepada RM 13.00.
SOALAN 22:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran SS bagi suatu barang.
Jika keanjalan penawaran harga bagi barang tersebut ialah 1.50, berapakah kuantiti X sekiranya harga barang tersebut meningkat?
A. 228 unit.
B. 180 unit.
C. 150 unit.
D. 138 unit.
SOALAN 23:
Jika harga barang X meningkat daripada RM 2.00 kepada RM 4.00 dan kuantiti ditawarkan barang X adalah tetap pada 30 unit, maka keanjalan penawaran harga barang X adalah
A. anjal.
B. tak anjal
C. anjal sempurna.
D. tak anjal sempurna.
SOALAN 24:
Permintaan terhadap sesuatu faktor pengeluaran bergantung pada
A. penawaran faktor pengeluaran tersebut.
B. keanjalan penawaran bagi barang pengganti.
C. keanjalan penawaran bagi barang penggenap.
D. permintaan bagi barang yang akan dikeluarkan oleh faktor tersebut.
SOALAN 25:
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang.
Harga (RM) |
Kuantiti Ditawarkan
(unit) |
6.00 |
180 |
7.00 |
185 |
8.00 |
190 |
Berapakah keanjalan penawaran jika harga meningkat daripada RM 6.00 kepada RM 7.00?
A. 0.14
B. 0.17
C. 0.19
D. 6.00
SOALAN 26:
Fungsi penawaran barang Y ialah Qs = 25 + 8P.
Jika harganya menurun daripada RM 3.00 kepada RM 2.00, berapakah nilai keanjalan penawaran barang Y?
A. 0.33
B. 0.39
C. 0.49
D. 0.59
SOALAN 27:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran (SS) suatu barang.
Berapakah nilai keanjalan penawaran jika harga barang X turun daripada RM 15.00 kepada RM 10.00?
A. 1.20
B. 1.80
C. 2.50
D. 4.50
SOALAN 28:
Persamaan penawaran barang X ialah Qs = 20 + 25P dengan Qs ialah kuantiti ditawarkan (unit) dan P ialah harga (RM).
Berapakah keanjalan penawaran apabila harga barang X meningkat daripada RM 1.00 kepada RM 2.00?
A. 0.14
B. 0.56
C. 0.86
D. 1.80
SOALAN 29:
Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran.
Titik keseimbangan asal adalah di E0.
Apabila kerajaan memberikan subsidi, titik keseimbangan akan berpindah ke
A. E1.
B. E2.
C. E3.
D. E4.
SOALAN 30:
Yang manakah pernyataan yang benar apabila dasar kawalan harga minimum dilaksanakan?
A. Harga lebih rendah daripada harga pasaran bebas.
B. Harga cenderung menurun akibat penawaran berlebihan.
C. Harga cenderung meningkat akibat permintaan berlebihan.
D. Kerajaan terpaksa membeli lebihan penawaran untuk membantu pengeluar.
SOALAN 31:
Kerajaan melaksanakan kawalan harga dengan tujuan untuk membantu pengguna melalui
A. dasar harga minimum.
B. dasar harga maksimum.
C. dasar diskriminasi harga.
D. dasar kawalan pengeluaran.
SOALAN 32:
Tujuan utama kerajaan membuat peraturan dan undang-undang adalah untuk
A. mengawal inflasi.
B. mengeluarkan barang awam.
C. mencapai tingkat guna tenaga penuh.
D. mengawal kesan eksternaliti negatif.
SOALAN 33:
Kuantiti yang ditawarkan dalam pasaran ikan bertambah akibat daripada
A. eksport ikan berkurang.
B. import ikan bertambah.
C. kenaikan harga ikan.
D. musim tengkujuh.
SOALAN 34:
Pertambahan permintaan suatu barang dengan kadar yang lebih kecil daripada pertambahan dalam penawaran akan menyebabkan
A. harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat.
B. harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.
C. harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.
D. harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
SOALAN 35:
Yang manakah tidak akan mengalihkan keluk permintaan bagi teh?
A. Kejatuhan harga teh.
B. Kenaikan harga gula.
C. Kenaikan harga kopi.
D. Pertambahan penduduk.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Berbantukan contoh, jelaskan konsep
(a) Kekurangan. [3 markah]
Bagi pengguna, konsep kekurangan berkaitan dengan pendapatan pengguna yang terhad. Sebagai contoh, pengguna mempunyai pendapatan RM 50.00 yang terhad untuk membeli kesemua barang yang dikehendaki.
Bagi pengeluar, konsep kekurangan berkaitan dengan sumber ekonomi yang terhad. Contohnya, seorang pengeluar mempunyai sebidang tanah yang terhad untuk menjalankan proses pengeluaran.
(b) Pilihan. [3 markah]
Bagi pengguna, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk membeli barang yang memaksimumkan kepuasannya.
Bukti yang paling jelas adalah pengguna memilih untuk membeli sehelai baju atau sepasang kasut.
Bagi pengguna, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk mengeluarkan jenis barang atau teknik pengeluaran yang memaksimumkan untung.
Sebagai contoh, pengeluar memilih untuk mengeluarkan padi atau jagung.
(c) Kos lepas. [4 markah]
Maksud kos lepas adalah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan apabila pilihan terbaik dibuat oleh pengguna dan pengeluar.
Sebagai contoh, pengguna memilih membeli baju, kos lepasnya ialah kasut.
Pengeluar memilih mengeluarkan padi, kos lepasnya adalah jagung.
SOALAN 2:
Barang M dan barang N merupakan pengganti. Dengan menggunakan rajah, jelaskan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan barang N jika penawaran barang M meningkat. [10 markah]
Keseimbangan asal pasaran barang N dicapai di e0 apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
Peningkatan penawaran barang M menyebabkan kejatuhan harga barang M dan kuantiti diminta barang M akan meningkat.
Maka, permintaan barang N akan berkurang sebab barang M dan barang N merupakan barang pengganti.
Keluk permintaan barang N beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1.
Keseimbangan baharu dicapai di titik e1 apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D1D1 pada harga P0 dan kuantiti Q1.
Oleh itu, harga barang N menurun dari P0 ke P1 dan kuantiti barang N menurun daripada Q0 kepada Q1.
SOALAN 3:
Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan hukum pulangan berkurangan. Apakah andaian-andaian hukum tersebut? [10 markah]
Hukum pulangan berkurangan menjelaskan bahawa apabila input berubah ditambah terus-menerus kepada satu input tetap, jumlah keluaran pada mulanya akan bertambah dengan kadar meningkat tetapi kemudian jumlah keluaran bertambah dengan kadar menurun.
Apabila input berubah ditambah daripada 0 hingga L0, jumlah keluaran (TP) mula-mula bertambah dengan kadar meningkat.
Ini ditunjukkan oleh bahagian keluk keluaran sut (MP) yang meningkat.
Selain itu, daripada input berubah L0 hingga L2, jumlah keluaran bertambah dengan kadar menurun.
Ini ditunjukkan oleh bahagian keluk MP yang menurun.
Oleh itu, hukum pulangan berkurangan bermula pada input berubah L0 apabila MP maksimum.
Bahagian keluk MP yang menurun tetapi positif menjelaskan hukum pulangan berkurangan.
Selepas input berubah L2, iaitu selepas jumlah keluaran mencapai tingkat maksimum, pertambahan input berubah akan menyebabkan jumlah keluaran berkurangan dan MP bernilai negatif.
Andaian-andaian ialah:
(a) wujud input tetap dan input berubah.
(b) semua input berubah adalah homogen.
(c) tingkat teknologi adalah tetap.
SOALAN 4:
(a) Bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan tak ekonomi bidangan dalaman. [4 markah]
Ekonomi bidangan dalaman adalah faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang berkurangan kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri.
Manakala, tak ekonomi bidangan dalaman adalah keburukan atau masalah yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang bertambah kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri.
(b) Huraikan tiga faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan dalaman. [6 markah]
Tiga faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan dalaman:
a) Ekonomi pengkhususan.
Dengan pertambahan output, firma menjalankan pengeluaran besar-besaran yang membolehkan pengkhususan kerja dijalankan.
Maka, kemahiran atau kecekapan buruh akan meningkat dan seterusnya, meningkatkan produktiviti buruh.
Oleh itu, kos purata berkurangan dari segi kos buruh kesan daripada pengkhususan.
b) Ekonomi teknikal.
Dengan menjalankan pengeluaran secara besar-besaran, firma mampu menggunakan jentera yang berteknologi tinggi dan canggih serta menggunakan jentera tersebut dengan kapasiti yang optimum.
Proses pengeluaran dipercepat dan kos purata turut berkurangan dari segi kos penggunaan mesin.
c) Ekonomi pengurusan.
Firma yang menjalankan pengeluaran secara besar-besaran mampu menggaji pekerja pengurusan yang lebih cekapp dan berpengalaman supaya operasi pengeluaran berjalan dengan lancar.
Melalui pihak pengurusan yang cekap, perhubungan antara majikan dengan pekerja dapat dieratkan dan meningkatkan produktiviti pekerja.
Kelancaran operasi pengeluaran serta komunikasi yang baik antara majikan dengan pekerja akan menambah kecekapan firma dan mengurangkan kos.
SOALAN 5:
Bagaimanakah firma monopoli menentukan tingkat output dan harga keseimbangan berdasarkan pendekatan hasil sut dan kos sut? [10 markah]
Keseimbangan firma monopoli dicapai apabila hasil sut sama dengan kos sut, iaitu MR = MC.
Keseimbangan firma monopoli dicapai di titik e apabila MR = MC pada tingkat output Q0 dan harga keseimbangan P0.
Jika firma mengeluarkan output Q1, iaitu kurang daripada Q0, hasil sut melebihi kos sut (MR > MC).
Maka, firma digalakkan menambah output apabila tambahan hasil melebihi tambahan kos, iaitu sehingga Q0 dan hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC).
Sebaliknya, jika firma mengeluarkan output Q2, iaitu melebihi Q0, kos sut melebihi hasil sut (MC > MR).
Maka, firma akan mengurangkan output apabila tambahan kos melebihi tambahan hasil, iaitu sehingga Q0 dan hasil sut sama dengan kos sut (MC > MR).
Oleh itu, harga keseimbangan dicapai di P0 dan output keseimbangan dicapai pada Q0 apabila tambahan hasil sama dengan tambahan kos, iaitu MC > MR.
SOALAN 6:
Jelaskan lima faktor yang mengalihkan keluk permintaan terhadap buruh. [10 markah]
Lima faktor yang mengalihkan keluk permintaan terhadap buruh:
i) Perubahan daya pengeluaran buruh.
Apabila daya pengeluaran buruh meningkat, keluk permintaan buruh akan beralih ke kanan.
Sebaliknya, daya pengeluaran buruh yang menurun akan mengalihkan keluk permintaan buruh ke kiri.
ii) Perubahan teknik pengeluaran.
Jika firma memilih teknik pengeluaran insentif buruh, permintaan terhadap buruh bertambah dan mengalihkan keluk permintaan buruh ke kanan.
Sebaliknya, jika firma mengubah teknik pengeluaran daripada kaedah intensif buruh kepada kaedah intensif modal, permintaan terhadap buruh akan berkurangan. Keluk permintaan buruh akan beralih ke kiri.
iii) Perubahan permintaan barang.
Jika wujud pertambahan permintaan barang yang dikeluarkan oleh buruh, keluk permintaan buruh akan beralih ke kanan.
Sebaliknya, jika permintaan barang tersebut berkurangan, keluk permintaan buruh akann beralih ke kiri.
iv) Perubahan harga input lain.
Jika harga input pengganti buruh naik, permintaan terhadap buruh akan bertambah dan keluk permintaan buruh beralih ke kanan.
Sebaliknya, kejatuhan harga input pengganti buruh akan mengalihkan keluk permintaan buruh ke kiri.
v) Perubahan bilangan firma.
Apabila bilangan firma bertambah, permintaan terhadap buruh turut bertambah dan mengalihkan keluk permintaan buruh ke kanan.
Sebaliknya, bilangan firma yang berkurangan akan mengalihkan keluk permintaan buruh ke kiri.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah kos pada pelbagai tingkat output bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan bermonopoli.
Output (unit) |
Harga (RM) |
Jumlah kos (RM) |
0 |
30.00 |
20.00 |
1 |
27.50 |
22.50 |
2 |
25.00 |
25.00 |
3 |
22.50 |
27.50 |
4 |
20.00 |
30.00 |
5 |
17.50 |
32.50 |
6 |
15.00 |
35.00 |
(a) Sediakan jadual yang menunjukkan jumlah hasil, hasil sut, dan kos sut firma pada pelbagai tingkat output. [3 markah]
Output (unit) |
Jumlah hasil (RM) |
Hasil sut (RM) |
Kos sut (RM) |
0 |
0 |
- |
- |
1 |
27.50 |
27.50 |
2.50 |
2 |
50.00 |
22.50 |
2.50 |
3 |
67.50 |
17.50 |
2.50 |
4 |
80.00 |
12.50 |
2.50 |
5 |
87.50 |
7.50 |
2.50 |
6 |
90.00 |
2.50 |
2.50 |
(b) Berapakah harga dan output pada pada tingkat keseimbangan? [2 markah]
Keseimbangan dicapai pada tingkat output 6 unit dan harga RM 15.00 apabila MR = MC.
(c) Hitung jumlah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan. [3 markah]
Jumlah keuntungan = RM 90.00 - RM 35.00
Jumlah keuntungan = RM 55.00
(d) Dalam jangka masa apakah firma ini beroperasi? Berikan alasan anda. [2 markah]
Jangka masa pendek sebab firma persaingan bermonopoli menikmati untung lebih normal.
SOALAN 2:
Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur kos bagi firma dalam pasaran persaingan sempurna.
(a) Pada tingkat output keseimbangan, hitung
(i) jumlah hasil. [2 markah]
Jumlah hasil = AR x Q
Jumlah hasil = RM 40.00 x 40 unit
Jumlah hasil = RM 1,600.00
(ii) jumlah kos. [2 markah]
Jumlah kos = AC x Q
Jumlah kos = RM 30.00 x 40 unit
Jumlah kos = RM 1,200.00
(iii) jumlah kos tetap. [1 markah]
Jumlah kos tetap = AFC x Q
Jumlah kos tetap = (AC - AVC) x Q
Jumlah kos tetap = RM (30.00 - 16.00) x 40 unit
Jumlah kos tetap = RM 560.00
(iv) jumlah untung. [1 markah]
Jumlah untung = Jumlah hasil - Jumlah kos
Jumlah untung = RM 1,600.00 - RM 1,200.00
Jumlah untung = RM 400.00
(b) Hitung sewa kuasi yang dibayar kepada faktor pengeluaran. [2 markah]
Sewa kuasi = Jumlah hasil - Jumlah kos berubah
Sewa kuasi = RM 1,600.00 - (RM 16.00 x 40 unit)
Sewa kuasi = RM 1,600.00 - RM 640.00
Sewa kuasi = RM 960.00
(c) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan (b), terangkan hubungan antara sewa kuasi dengan kos tetap. [2 markah]
Sewa kuasi melebihi jumlah kos tetap apabila firma mengalami untung lebih normal.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!