EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 4


大家好吖,如标题一样,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:

(a) 15 题的 Soalan Objektif

(b) 6 题的 Soalan Esei

(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif

Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1:

Dalam teori pengeluaran, jangka pendek ialah suatu tempoh

A. yang kurang daripada satu tahun.

B. apabila input berubah boleh diubah.

C. apabila input tetap tidak boleh diubah.

D. apabila input berubah tidak boleh diubah.

SOALAN 2:

Yang berikut ialah faktor pengeluaran yang digunakan dan jumlah kos yang ditanggung oleh pengeluar Z.

Faktor Pengeluaran

Jumlah Kos (RM)

Buruh

4,000.00

Bahan mentah

10,000.00

Kilang yang dimilikinya

3,000.00

Mesin

2,000.00

Lori yang dimilikinya

3,000.00

Berapakah kos eksplisit dan kos implisit?

 

Kos Eksplisit

Kos Implisit

A.

RM 6,000.00

RM 16,000.00

B.

RM 8,000.00

RM 14,000.00

C.

RM 14,000.00

RM 8,000.00

D.

RM 16,000.00

RM 6,000.00

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos sut (MC), dan keluk kos berubah purata (AVC).

Kos tetap purata pada keluaran Q ialah

A. QW.

B. QY.

C. YZ.

D. WY.

SOALAN 4:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), dan keluk kos sut (MC) dalam jangka pendek.

Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat kuantiti 120 unit?

A. RM 240.00

B. RM 600.00

C. RM 840.00

D. RM 960.00

SOALAN 5:

Dalam teori pengeluaran, jangka panjang merujuk kepada jangka masa di mana 

A. semua input boleh berubah.

B. tingkat pengeluaran boleh berubah.

C. faktor pengeluaran digunakan secara cekap.

D. pengeluaran beroperasi secara besar-besaran.

SOALAN 6:

Dalam jangka pendek, output dapat ditingkatkan dengan

A. menambah bilangan loji yang digunakan.

B. meningkatkan penggunaan loji yang ada.

C. menggunakan teknik pengeluaran yang terkini.

D. menggunakan sebuah loji yang lebih besar saiznya.

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara output dengan jumlah kos bagi sebuah firma.

Output (unit)

Jumlah Kos (RM)

600

2,052.00

800

2,320.00

1,000

2,500.00

1,200

3,000.00

1,400

3,640.00

Pada tingkat output yang manakah kos sut akan menyamai kos purata?

A. 600 unit.

B. 800 unit.

C. 1,200 unit.

D. 1,400 unit.

SOALAN 8:

Firma dikatakan beroperasi dalam jangka pendek apabila

A. menggunakan modal yang kecil.

B. beroperasi kurang daripada satu tahun.

C. pengeluaran dibuat secara besar-besaran.

D. terdapat input tetap dalam pengeluarannya.

SOALAN 9:

Pertambahan satu unit buruh menyebabkan kos meningkat sebanyak RM 10.00 dan output meningkat sebanyak 20 unit.

Kos sut output tersebut ialah 

A. RM 0.50

B. RM 2.00

C. RM 10.00

D. RM 20.00

SOALAN 10:

Sebuah firma berada dalam jangka pendek apabila firma itu

A. menggunakan input berubah dan input tetap dalam pengeluarannya.

B. menggunakan input berubah sahaja dalam pengeluarannya.

C. menggunakan input tetap sahaja dalam pengeluarannya.

D. beroperasi dalam tempoh kurang daripada setahun.

SOALAN 11:

Firma yang dibina dalam kawasan perindustrian akan menikmati

A. kecekapan peruntukan.

B. kecekapan pengeluaran.

C. ekonomi bidangan luaran.

D. ekonomi bidangan dalaman.

SOALAN 12:

Kos eksplisit sebuah firma merujuk kepada

A. kos minimum firma apabila beroperasi.

B. kos tetap yang ditanggung dalam proses pengeluaran.

C. semua perbelanjaan untuk mendapatkan faktor pengeluaran.

D. kos lepas untuk mendapatkan tambahan satu unit faktor pengeluaran.

SOALAN 13:

Yang berikut ialah faktor yang menyebabkan ekonomi bidangan dalaman, kecuali

A. pengurusan yang lebih efektif.

B. penggunaan mesin yang semakin cekap.

C. penempatan firma dalam lokasi strategik.

D. penyelidikan dan pembangunan dalam firma.

SOALAN 14:

Dalam teori pengeluaran, jangka pendek merujuk kepada keadaan apabila

A. pengeluaran melibatkan masa kurang daripada satu tahun.

B. kos pengeluaran terdiri daripada kos berubah dan kos sut.

C. pengeluaran dilakukan dengan semua input boleh ditambah. 

D. pengeluaran melibatkan penggabungan input tetap dan input berubah.

SOALAN 15:

Ekonomi bidangan dalaman akan menyebabkan

A. kos purata menurun hingga tingkat kos purata minimum.

B. kos purata meningkat hingga tingkat kos purata minimum.

C. kos purata menurun hingga tingkat kos sut minimum.

D. kos purata menurun pada setiap tingkat output.

SOALAN ESEI

SOALAN 1:

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara K yang mengeluarkan barang X dan barang Y.

(a) Terangkan apa akan berlaku kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari 

(i) titik S ke titik Q dan ke titik R. [3 markah]

Titik S, Q, dan R terletak di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung.

Jadi, apabila menambah seunit barang X, jumlah barang Y yang dilepaskan akan meningkat, iaitu pengurangan barang Y semakin tinggi. Oleh itu, kos lepas meningkat.

(ii) titik P ke titik R. [3 markah]

Titik P terletak di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. 

Kombinasi ini menunjukkan ekonomi menghadapi masalah pengangguran, iaitu sumber ekonomi belum digunakan sepenuhnya.

Jadi, apabila menambah seunit barang X dari titik P ke titik R, tiada barang Y yang dilepaskan tetapi jumlah barang Y turut meningkat. Oleh itu, kos lepas sifar atau tiada kos lepas.

(b) Jelaskan dua faktor yang boleh menyebabkan titik T dicapai. [4 markah]

Dua faktor yang boleh menyebabkan titik T dicapai:

a) Kuantiti sumber ekonomi bertambah.

Pertambahan kuantiti sumber ekonomi membolehkan sebuah negara mengeluarkan lebih banyak barang.

b) Kualiti sumber ekonomi bertambah.

Pertambahan kualiti sumber ekonomi akan menyebabkan pertambahan dalam pengeluaran barang. Buruh yang lebih cekap dapat menyumbang kepada pertambahan pengeluaran barang.

SOALAN 2:

(a) Terangkan perbezaan antara

(i) barang percuma dengan barang ekonomi. [2 markah]

Barang percuma merujuk kepada barang yang tidak mempunyai harga sebab tidak melibatkan kos pengeluaran dan barang ekonomi merujuk kepada barang yang mempunyai harga sebab melibatkan kos pengeluaran.

(ii) barang awam dengan barang persendirian. [2 markah]

Barang awam melibatkan prinsip tiada pengecualian, iaitu faedah barang tersebut dinikmati oleh semua golongan sama ada membayar atau tidak membayar. Manakala, barang persendirian melibatkan prinsip pengecualian, iaitu faedah barang tersebut dinikmati oleh golongan yang mampu membayar sahaja. Golongan yang tidak membayar dikecualikann daripada menikmati faedah barang tersebut.

(b) Buruh dan usahawan merupakan dua sumber ekonomi yang berkaitan dengan sumber manusia. Huraikan tiga perbezaan antara buruh dengan usahawan. [6 markah]

Tiga perbezaan antara buruh dengan usahawan:

(a) Peranan.

Buruh merujuk kepada sumber tenaga kerja kepada proses pengeluaran dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan manakala usahawan menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain, iaitu tanah, buruh, dan modal bagi mengeluarkan sesuatu barang dan berupaya membuat keputusan mengenai proses pengeluaran.  

(b) Inovasi.

Buruh menjalankan tugas mengikut arahan dan tidak menyumbang kepada inovasi atau reka cipta baharu. Manakala, usahawan melibatkan diri dalam kegiatan inovasi seperti membaiki teknik pengeluaran dan meningkatkan mutu keluaran.

(c) Tanggungan risiko.

Buruh tidak menanggung sebarang risiko kerana dia akan menerima upah walaupun firma mengalami kerugian dan usahawan menanggung risiko yang tidak boleh diinsuranskan, misalnya kerugian perniagaan akibat perubahan cita rasa pengguna

SOALAN 3:

(a) Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi kopi dan teh.

Berdasarkan rajah tersebut, jelaskan hubungan antara kopi dengan teh jika harga asal kopi ialah P0.

Pada harga kopi asal P0, kuantiti kopi diminta ialah Q0 dan permintaan teh ialah Q2.

Apabila harga kopi turun dari P0 ke P1, kuantiti kopi diminta meningkat daripada Q0 kepada Q1.

Maka, permintaan teh akan berkurangan.

Keluk permintaan teh beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1.

Kuantiti teh menurun daripada Q2 kepada Q3 pada harga tetap P0.

Oleh itu, wujud hubungan positif atau terus antara harga kopi dengan permintaan teh.

Apabila harga kopi turun, permintaan tetap berkurangan kerana kopi dan teh adalah barang pengganti. 

(b) Mengapakah minuman teh dianggap mempunyai keanjalan permintaan lebih daripada satu?

Minuman teh mempunyai keanjalan permintaan lebih daripada satu, iaitu permintaan teh beranjal. Kadar perubahan kuantiti diminta melebihi kadar perubahan harga, iaitu apabila harga teh naik, kuantiti teh diminta akan menurun dengan kadar yang tinggi. Keadaan ini disebabkan minuman teh mudah digantikan dengan minuman lain, iaitu wujud banyak pengganti.

SOALAN 4:

(a) Terangkan perbezaan antara kos eksplisit dan kos implisit. [4 markah]

Kos eksplisit adalah kos sebenar yang ditanggung oleh pengeluar, iaitu bayaran terhadap faktor pengeluaran milik orang lain. Manakala, kos implisit adalah kos yang sepatutnya ditanggung oleh pengeluar, iaitu bayaran yang tidak dilakukan terhadap faktor pengeluaran milik sendiri.

Contoh kos eksplisit merupakan kos bahan mentah dan kos buruh atau upah manakala contoh kos implisit adalah sewa yang tidak dibayar apabila rumah sendiri digunakan sebagai kedai dan upah yang tidak dibayar kepada ahli keluarga sendiri.

(b) Berbantukan contoh berangka, huraikan keadaan sebuah firma yang mengalami untung ekonomi yang negatif walaupun menikmati untung perakaunan yang positif. [6 markah]

Untung perakaunan adalah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit sahaja, manakala untung ekonomi adalah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit dan kos implisit.

Maka, firma mengalami untung ekonomi negatif tetapi untung perakaunan positif disebabkan nilai kos implisit yang tinggi dan melebihi untung perakaunan.

Contoh berangkanya:

Jumlah hasil adalah RM 1,000.00

Kos eksplisit adalah RM 400.00

Kos implisit adalah RM 800.00

Untung perakaunan = Jumlah hasil - Kos eksplisit

Untung perakaunan = RM 1,000.00 - RM 400.00

Untung perakaunan = RM 600.00

Untung ekonomi = Jumlah hasil - (Kos eksplisit + Kos implisit)

Untung ekonomi = RM 1,000.00 - (RM 400.00 + RM 800.00)

Untung ekonomi = RM -200.00

Oleh itu, untung perakaunan positif sebab mengambil kira kos eksplisit sahaja tetapi untung ekonomi negatif sebab mengambil kira kos eksplisit dan kos implisit.

SOALAN 5:

Huraikan kebaikan dan keburukan pasaran persaingan bermonopoli jika dibandingkan dengan pasaran persaingan sempurna. [10 markah]

Kebaikan pasaran persaingan bermonopoli berbanding dengan pasaran persaingan sempurna:

(a) Jenis keluaran.

Keluaran pasaran persaingan bermonopoli mempunyai banyak pengganti hampir yang dibeza-bezakan mengikut jenama, mutu, dan cara pembungkusan. Jadi, pengguna mempunyai banyak pilihan berbanding dengan keluaran pasaran persaingan sempurna yang homogen.

(b) Kewujudan persaingan bukan harga.

Pasaran persaingan bermonopoli giat menjalankan pelbagai bentuk persaingan bukan harga seperti pengiklanan dan perkhidmatan selepas jualan. Jadi, pengguna menikmati banyak faedah daripada kegiatan persaingan bukan harga. Dalam pasaran persaingan sempurna, persaingan bukan harga tidak diperlukan disebabkan keluarannya yang homogen.

Keburukan pasaran persaingan bermonopoli berbanding dengan pasaran persaingan sempurna:

(a) Tingkat output.

Firma persaingan bermonopoli mengeluarkan tingkat output yang lebih rendah disebabkan harga keluarannya yang lebih tinggi. Ini berbeza daripada firma persaingan sempurna yang mengeluarkan tingkat output yang lebih tinggi sebab harga keluarannya lebih rendah.

(b) Harga keluaran.

Firma persaingan bermonopoli mempunyai sedikit kuasa menentukan harga bagi keluarannya yang tidak homogen. Jadi, tingkat harga lebih tinggi berbanding dengan firma persaingan sempurna yang tidak berkuasa menentukan harga.

(c) Tingkat kecekapan pengeluaran.

Firma pasaran persaingan bermonopoli tidak cekap sebab output dikeluarkan pada tingkat kos purata yang menurun, iaitu kos purata bukan minimum. Firma persaingan sempurna adalah cekap sebab output jangka panjang dikeluarkan pada tingkat kos purata minimum.

SOALAN 6:

Dengan menggunakan rajah, terangkan bagaimana sebuah firma persaingan sempurna menentukan kuantiti input digunakan untuk memaksimumkan untung. [10 markah]

Firma persaingan sempurna merupakan pengambil harga input atau kos faktor yang ditentukan oleh pasaran. Maka, kos purata faktor sama dengan kos sut faktor, iaitu ACF = MCF.

Keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dicapai pada titik e apabila MRP = MCF pada harga input W0 dan kuantiti input L0, iaitu kuantiti input yang digunakan untuk memaksimumkan untung.

Jika firma menggunakan input L1, keluaran hasil sut melebihi kos sut faktor (MRP > MCF), iaitu tambahan hasil lebih tinggi daripada tambahan kos apabila firma menambah seunit input. 

Maka, firma digalakkan menambah input sehingga MRP = MCF pada kuantiti input L0 untuk memaksimumkan untung.

Sebaliknya, jika firma menggunakan input L2, kos sut faktor melebihi keluaran hasil sut (MCF > MRP), iaitu tambahan kos lebih tinggi daripada tambahan hasil apabila firma menambah seunit input.

Maka, firma akan mengurangkan input sehingga MRP = MCF pada kuantiti input L0.

Oleh itu, firma pasaran persaingan sempurna memaksimumkan untung dengan menggunakan kuantiti input L0 apabila keluaran hasil sut sama dengan kos sut faktor, iaitu MRP = MCF. 

SOALAN KUANTITATIF

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input berubah dengan jumlah keluaran.

Input berubah (unit)

Jumlah Keluaran (unit)

0

0

1

6

2

14

3

24

4

32

5

37

6

41

7

44

8

46

9

46

10

45

(a) Hitung keluaran purata dan keluaran sut. [4 markah]

Input berubah (unit)

Keluaran Purata (unit)

Keluaran Sut (unit)

0

-

-

1

6.00

6.00

2

7.00

8.00

3

8.00

10.00

4

8.00

8.00

5

7.40

5.00

6

6.83

4.00

7

6.29

3.00

8

5.75

2.00

9

5.11

0.00

10

4.50

-1.00

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis rajah yang menunjukkan keluaran purata dan keluaran sut. [3 markah]

(c) Jelaskan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut. [3 markah]

Hubungan antara keluaran purata (AP) dengan keluaran sut (MP):

- Apabila AP meningkat, MP melebihi AP.

- Apabila AP menurun, MP kurang daripada AP.

- Apabila AP maksimum, MP sama dengan AP.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input dengan jumlah keluaran fizikal bagi sebuah firma persaingan sempurna.

Input (unit)

Jumlah keluaran fizikal (kg)

0

0

1

100

2

160

3

210

4

250

5

280

6

300

7

310

(a) Hitung keluaran fizikal sut pada setiap tingkat input. [2 markah]

Input (unit)

Jumlah Keluaran Fizikal (kg)

Keluaran Fizikal Sut (kg)

0

0

-

1

100

100

2

160

60

3

210

50

4

250

40

5

280

30

6

300

20

7

310

10

(b) Sekiranya, harga per kg keluaran ialah RM 4.00, sediakan jadual yang menunjukkan keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut. [4 markah]

Input

(unit)

Jumlah hasil

 (RM)

Keluaran Hasil Purata

 (RM)

Keluaran Hasil Sut

(RM)

0

0

-

-

1

400

400

400

2

640

320

240

3

840

280

200

4

1,000

250

160

5

1,120

224

120

6

1,200

200

80

7

1,240

177.14

40

(c) Jika kos purata buruh ialah RM 160.00, berapakah bilangan input yang memaksimumkan untung? [2 markah]

Kos purata buruh sama dengan MCF sama dengan upah bagi firma persaingan sempurna. Bilangan input yang memaksimumkan untung ialah 4 unit sebab MRP = MCF = Upah.

(d) Hitung untung atau rugi yang diperoleh firma tersebut. [2 markah]

Untung atau Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos

Untung atau Rugi = RM 1,000.00 - (RM 160.00 x 4 unit)

Untung atau Rugi = RM 1,000.00 - RM 640.00

Untung = RM 360.00

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1