PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 17


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Matlamat Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara adalah untuk

A. menjaga kepentingan negara-negara membangun.

B. mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

C. menyertai pakatan ketenteraan untuk menangani ancaman militan.

D. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan pembangunan serta kebudayaan serantau.

SOALAN 2:

Yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara?

I.      Menubuhkan INNOTECT.

II.     Mewujudkan pusat kajian Bahasa Inggeris.

III.    Memeterai perjanjian penyelidikan berkaitan bahasa.

IV.    Mengadakan hubungan persahabatan melalui perkongsian maklumat pendidikan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Apakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai Komuniti Ekonomi ASEAN?

A. Pemindahan teknologi industri automobil.

B. Penurunan kadar kemiskinan dan buta huruf.

C. Peningkatan kemasukan pelaburan dari negara maju.

D. Perluasan peluang baharu bagi kerjasama perdagangan.

SOALAN 4:

Masalah berkaitan ekonomi rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAN dibincangkan dalam

A. Mesyuarat ASEAN + 3.

B. Forum Serantau ASEAN.

C. Sidang Kemuncak ASEAN.

D. Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN.

SOALAN 5:

Yang manakah tindakan Malaysia dalam menangani isu berkaitan etnik Rohingya?

I.      Mengiktiraf status pelarian Rohingya.

II.     Menerima semua pelarian yang datang ke Malaysia.

III.    Mengendalikan sebuah hospital lapangan di Cox's Bazar.

IV.    Mengutuk kezaliman yang berlaku di peringkat antarabangsa.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 6:

Malaysia telah mengambil langkah berikut dalam menghadapi kesukaran memasuki pasaran negara maju.

A. Meningkatkan industri hiliran.

B. Meliberalisasikan ekonomi negara.

C. Mengadakan pembelian timbal balik.

D. Bekerjasama dengan pengusaha industri lain.

SOALAN 7:

Yang manakah menggambarkan penglibatan Malaysia dalam menyertai misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menghantar tentera di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

A. Melobi jawatan di agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

B. Memenuhi tuntutan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

C. Menyokong usaha menegakkan keamanan dunia.

D. Meningkatkan pengalaman dan keupayaan tentera Malaysia.

SOALAN 8:

Yang manakah peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?

I.      Merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota.

II.     Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama kemiskinan.

III.    Memajukan penggunaan sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota.

IV.    Mengadakan program latihan dan bantuan mengurus syarikat-syarikat insurans.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Menghapuskan jurang perbezaan negara membangun dengan negara maju.

Bagi mencapai matlamat di atas, negara-negara Selatan telah mengusulkan pembentukan

A. Order Baru Ekonomi Dunia.

B. Perundingan Ekonomi Asia Timur.

C. Suruhanjaya Kerjasama Utara-Selatan.

D. Perjanjian am tentang tarif dan perdagangan.

SOALAN 10:

Faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai penubuhan Komanwel adalah untuk 

A. mendapat bantuan ketenteraan.

B. memeterai perjanjian pertahanan dengan negara-negara anggota.

C. menikmati keistimewaan perdagangan dengan negara-negara anggota.

D. menjadi anggota dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

SOALAN 11:

Yang manakah benar tentang tindakan Malaysia dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa?

I.      Menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.

II.     Mengutuk pencerobohan Israel di Tebing Barat dan Gaza.

III.    Mencadangkan sekatan ekonomi terhadap negara Myanmar.

IV.    Mendesak pemerintah negara Thailand supaya menamatkan konflik di Selatan Thailand.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah penglibatan Malaysia dalam isu politik antarabangsa?

A. Menghantar tentera pemerhati ke Palestin.

B. Mencari penyelesaian konflik yang berterusan di Timur Tengah.

C. Memberi bantuan menjaga keamanan wilayah Selatan Thailand yang bergolak.

D. Menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Moro.

SOALAN 13:

f Menggalakkan kerjasama dalam bidang perdagangan, penyelidikan, ekonomi, dan soaial.

f Memberi bantuan kemudahan penyelidikan dan biasiswa.

Pernyataan di atas merujuk kepada objektif penubuhan

A. Suruhanjaya Selatan-Selatan.

B. Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.

C. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

D. Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam.

SOALAN 14:

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengadili kes berkaitan

I.      penghapusan etnik.

II.     pertindihan wilayah.

III.    pencerobohan ketenteraan.

IV.    pertikaian pemilihan ketua negara.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 15:

W  Penipisan lapisan ozon.

W  Penghapusan bahan Ozonsphere.

Pernyataan di atas terkandung dalam

A. Protokol Kyoto.

B. Protokol Madrid.

C. Protokol Montreal.

D. Protokol Cartagena.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1