PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 20
大家好噢,我是 Tina 酱~
SOALAN 1:
Pembentukan dasar luar negara dipengaruhi oleh
I. faktor geostrategik.
II. wawasan pemimpin Malaysia.
III. situasi politik serantau dan antarabangsa.
IV. pertubuhan antarabangsa yang dianggotai.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah strategi kerjasama pembangunan wilayah kecil Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)?
A. Dialog Serantau ASEAN.
B. Komuniti Ekonomi ASEAN.
C. Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga.
D. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.
SOALAN 3:
ü Mesyuarat Asia-Eropah. ü ASEAN + 3. |
Kerjasama di atas membawa kepada peningkatan
I. kerjasama ekonomi antara benua.
II. dialog Kerjasama Selatan-Selatan.
III. pelaburan dari negara-negara maju.
IV. pembangunan wilayah di sempadan antarabangsa.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 4:
Mengelakkann campur
tangan kuasa-kuasa besar di rantau Asia Tenggara. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Forum Serantau ASEAN.
B. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali.
C. Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara.
D. Kawasan Perdagangan Bebas Asia Tenggara.
SOALAN 5:
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam menegakkan keamanan dan kestabilan politik serantau?
I. Pengawalan penularan penyakit berjangkit.
II. Kegagalan menangani isu berkaitan Rohingya.
III. Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA).
IV. Sikap tidak menghormati keputusan-keputusan ASEAN.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 6:
Yang manakah antara berikut menjejaskan kerjasama ekonomi ASEAN?
A. Perbezaan sistem pemerintahan.
B. Mengutamakan kepentingan nasional.
C. Keengganan mewujudkan pasaran bersama.
D. Kekangan dari segi undang-undang Imigresen.
SOALAN 7:
Yang manakah jawatan yang pernah disandang oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
I. Setiausaha Agung.
II. Ahli Majlis Keselamatan.
III. Pengerusi Majlis Peramanahan.
IV. Pengerusi Perhimpunan Agung.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 8:
v Keganasan terhadap wanita. v Wanita dan situasi bencana. |
Pernyataan di atas adalah berkaitan
A. Deklarasi Bogor.
B. Deklarasi Hanoi.
C. Deklarasi Bangkok.
D. Deklarasi Putrajaya.
SOALAN 9:
Yang manakah benar tentang objektif D-8?
I. Menggalakkan gencatan senjata.
II. Menggalakkan kerjasama pembangunan.
III. Meningkatkan hubungan politik negara Islam.
IV. Memasarkan konsep dan pengamalan takaful.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 10:
¾ Menentukan semula syarat perdagangan dari segi cukai. ¾ Memberi bantuan teknologi dan pemindahan teknologi. |
Pernyataan di atas adalah berkaitan
A. hubungan Utara-Utara.
B. hubungan Utara-Selatan.
C. Order Baru Ekonomi Dunia.
D. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
SOALAN 11:
Antara kejayaan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) semasa di bawah pimpinan Malaysia ialah
A. menegakkan hak-hak asasi sejagat.
B. memperkasakan pembangunan wanita.
C. menghapuskan kemiskinan di Asia Timur.
D. membina hubungan dinamik dengan negara maju.
SOALAN 12:
A. Mengadakan hubungan kerjasama politik.
B. Mengusahakan projek ekonomi dengan negara maju.
C. Menguruskan ekonomi antarabangsa dengan berjaya.
D. Merancang cara untuk bersaing dengan negara Eropah.
SOALAN 13:
Rio de Jeneiro –
Persidangan Pembangunan Lestari |
Persidangan di atas berkaitan dengan
A. ekologi alam sekitar.
B. politik antarabangsa.
C. trend baru ekonomi dunia.
D. senjata pemusnah besar-besaran.
SOALAN 14:
Peranan Malaysia dalam bidang pendidikan di bawah panji Pertubuhan Persidangan Negara Islam telah berhasil menubuhkan perkara-perkara berikut:
I. Syarikat Insurans Takaful.
II. Universiti Islam Antarabangsa.
III. Pertubuhan kebajikan mahasiswa Islam.
IV. Pertubuhan Kebudayaan Sains dan Pendidikan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 15:
Kepentingan ASEAN mengamalkan konsep Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) ialah
I. memperkukuh kerjasama ahli.
II. menentukan nasib negara sendiri.
III. membina pusat keselamatan serantau.
IV. mengekalkan kedaulatan Asia Tenggara.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!