PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 11


Halo,Tina 我又来更新了~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri

I.      Mengawal pergerakan manusia dan barangan.

II.     Memperluas sumber kekayaan negara.

III.    Menguruskan pilihan raya umum.

IV.    Menjamin keselamatan negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 2:

Wanita A:

f Warganegara Indonesia.

f Bersuamikan seorang warganegara Malaysia.

f Berkelakuan baik dan bermaustautin Malaysia sejak tahun 2010.

Wanita A di atas boleh mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui kaedah

A. pendaftaran.

B. masukan.

C. percantuman wilayah.

D. penguatkuasaan undang-undang.

SOALAN 3:

Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

I.      Kabinet meluluskan undang-undang.

II.     Mahkamah membatalkan undang-undang.

III.    Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.

IV.    Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama.

A. I dan II

B. I dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

SOALAN 4:

Yang manakah tepat mengenai kes sivil?

A. Tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi sahaja.

B. Pendakwa dan Peguam bela terlibat dalam perbicaraan.

C. Melibatkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan hak.

D. Kes dikemukakan oleh penguatkuasa.

SOALAN 5:

Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.

Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

A. Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen.

B. Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.

C. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen.

D. Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen.

SOALAN 6:

Yang manakah yang berikut memenuhi syarat untuk seseorang bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri?

A. Bertugas sebagai penjawat awam.

B. Menetap di luar kawasan pilihan raya.

C. Dicadangkan oleh sesebuah parti sebagai calon.

D. Berumur lebih 21 tahun pada hari penamaan calon. 

SOALAN 7:

Yang manakah yang benar tentang pengundi yang layak mengundi secara pos?

A. Banduan yang sedang menjalankan hukuman penjara.

B. Anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas di luar negara.

C. Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta di luar negara.

D. Palajar yang sedang mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara.

SOALAN 8:

Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

I.      Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun.

II.     Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan.

III.    Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

IV.    Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.

A. I dan II

B. I dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

SOALAN 9:

I

Mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

II

Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri.

III

Kementerian merangka dasar rang undang-undang.

Berdasarkan pernyataan di atas, urutan yang manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-undang negara?

A.

I

III

II

B.

II

I

III

C.

III

II

I

D.

III

I

II

SOALAN 10:

Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di bawah:

Teguran:

Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan.

A. Jabatan Audit Negara.

B. Jabatan Akauntan Negara.

C. Jawatankuasa Akaun Awam.

D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

SOALAN 11:

Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan 

A. Sultan.

B. Ketua Kerajaan Negeri.

C. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

SOALAN 12:

Yang manakah kesan pewujudan perbadanan awam dalam sistem pentadbiran Malaysia?

I.      Mengurangkan beban kewangan kerajaan.

II.     Mengurangkan pembaziran sumber ekonomi.

III.    Meningkatkan pembangunan teknologi terkini.

IV.    Meningkatkan penglibatan kerajaan dalam bidang sosioekonomi.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 13:

Menyelia pelaksanaan dan menilai kemajuan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi merupakan bidang tugas

A. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

B. Majlis Pembangunan Negara.

C. Jabatan Audit Negara.

D. Kabinet.

SOALAN 14:

Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?

A. Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari laur.

B. Meningkatkan imej perkhidmatan awam.

C. Mencapai misi nasional yang ditetapkan.

D. Merancakkan pembangunan negara.

SOALAN 15:

Yang manakah cabaran bagi tadbir urus baik dalam menghadapi era globalisasi?

I.      Karenah birokrasi.

II.     Pembangunan modal insan.

III.    Pengurangan perbelanjaan awam.

IV.    Pengaruh teknologi maklumat dan telekomunikasi.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1