PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 18


大家好噢,我是 Tina 酱~

如标题所见,这篇文章是 Sem 3 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看:

SOALAN 1:

Malaysia melaksanakan misi kemanusiaan ke Myanmar kerana

A. prinsip hidup bersama.

B. kedudukan geografi.

C. dasar berkecuali.

D. sikap prihatin.

SOALAN 2:

Yang manakah faktor Malaysia menyertai Dialog Antarabangsa Langkawi?

A. Keanggotaan dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

B. Kestabilan geopolitik.

C. Kepentingan ekonomi.

D. Keamanan sejagat.

SOALAN 3:

Matlamat penglibatan Malaysia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk

A. menghormati persamaan ras.

B. menegakkan keadilan sejagat.

C. menjamin pertumbuhan ekonomi.

D. mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

SOALAN 4:

Malaysia merupakan perunding keamanan dalam Timor Leste

A. mengusahakan kemerdekaan.

B. menyelesaikan isu Bangsamoro di Filipina.

C. menjadikann Myanmar sebuah negara demokrasi.

D. memperjuangkan hak penduduk Selatan Thailand.

SOALAN 5:

Penyertaan Malaysia dalam beberapa misi pengaman adalah untuk

A. menyelesaikan konflik antarabangsa.

B. meningkatkan keselamatan serantau.

C. menjaga kepentingan negara-negara membangun.

D. memastikan rakyat Malaysia di luar dilindungi.

SOALAN 6:

a Kod Tatacara berkaitan dengan pertikaian di Laut China Selatan.

a Pelarian Rohingya.

Malaysia turut sama membincangkan isu di atas dalam

A. ASEAN + 3.

B. Pertubuhan Komanwel.

C. Pertubuhan Persidangan Islam.

D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

SOALAN 7:

Antara pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam menangani konflik pada peringkat global ialah

A. bekerjasama dalam semua bidang dengan negara jiran.

B. menghormati prinsip luar negara.

C. berpegang kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

D. menyertai pakatan ketenteraan untuk menangani ancaman militan.

SOALAN 8:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu Antartika?

I.      Malaysia menentang Perjanjian Antartika yang tidak demokratik.

II.     Kawasan Antartika diisytiharkan sebagai kawasan yang bebas ujian senjata nuklear.

III.    Malaysia mahu hasil penyelidikan di Antartika dinikmati bersama dengan negara-negara di dunia.

IV.    Malaysia membenarkan pembangunan dan eksploitasi di Antartika jika Malaysia turut terlibat.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah perkara yang mengharumkan Malaysia di mata dunia?

I.      Berkecuali dalam Perang Bosnia Herzegovina.

II.     Menjadi jurucakap Pertubuhan Kerjasama Islam.

III.    Prestasi tentera Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

IV.    Menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

A. I dan III

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 10:

z  Mengadakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

z  Menawarkan kepakaran dalam bidang pertanian dan teknikal kepada negara-negara membangun.

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia pada peringkat

A. Negara-Negara Komanwel.

B. Kerjasama Selatan-Selatan.

C. Pertubuhan Persidangan Islam.

D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

SOALAN 11:

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan 

A. keadaan geografi.

B. kelemahan maklumat risikan.

C. kurang kerjasama negara-negara jiran.

D. kesediaan rondaan pasukan keselamatan.

SOALAN 12:

Yang manakah cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan konsep kesederhanaan dalam politik antarabangsa?

A. Manipulasi senario politik antarabangsa oleh pihak ketiga.

B. Ketidakstabilan politik di negara sedang membangun. 

C. Krisis politik di negara Islam.

D. Masalah politik negara jiran.

SOALAN 13:

Yang manakah inisiatif Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain dalam mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

A. Mengisytiharkan kawasan sebagai berisiko tinggi.

B. Menempatkan misi pengaman di kawasan konflik.

C. Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik.

D. Menyertai pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan sempadan.

SOALAN 14:

Situasi yang manakah yang menunjukkan kesan kepada ekonomi akibat kelemahan kawalan sempadan negara?

A. Penjualan senjata api berleluasa.

B. Pengaliran keluar mata wang negara.

C. Kemasukan dadah secara tidak terkawal.

D. Penyeludupan barangan secara besar-besaran.

SOALAN 15:

Yang manakah kesan sekiranya sekatan perdagangan dikenakan terhadap Malaysia oleh negara-negara perindustrian

I.      pasaran bagi barangan eksport Malaysia menjadi kecil. 

II.     imbangan dagangan Malaysia akan mengalami defisit.

III.    produktiviti sektor pengeluaran Malaysia terjejas.

IV.    pelaburan asing Malaysia merosot.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1