PERAKAUNAN - NOTA PENILAIAN INVENTORI


NOTA PENILAIAN INVENTORI

MAKSUD INVENTORI

Inventori merujuk kepada barang niaga yang dimiliki untuk dijual semula dan merupakan aset semasa bagi sesebuah perniagaan.

Bagi perkilangan, inventorinya yang terdiri daripada bahan mentah, barang separuh siap, dan barang siap.

SISTEM INVENTORI

Sistem inventori yang terdiri daripada sistem inventori berkala dan sistem inventori berterusan.

SISTEM INVENTORI BERKALA:

  • Dalam sistem inventori berkala, peniaga tidak menyimpan rekod inventori yang keluar dan masuk. 
  • Inventori akan ditentukan pada akhir suatu tempoh perakaunan.
  • Pengiraan inventori akan dijalankan secara manual iaitu menghitung inventori satu persatu.
  • Sistem tersebut yang digunakan oleh perniagaan berskala kecil dan sederhana.
  • Inventori awal dalam Imbangan Duga.
  • Inventori akhir di bawah Imbangan Duga iaitu dalam maklumat tambahan.

SISTEM INVENTORI BERTERUSAN:

  • Dalam sistem ini, peniaga akan dapat mengesan pergerakan keluar dan masuk bagi setiap inventori perniagaannya.
  • Melalui sistem ini, rekod inventori akan mempamerkan kuantiti, kos seunit, jumlah kos belian, dan kos jualan inventori serta baki akhir inventori.
  • Nilai dan kuantiti inventori sentiasa dikemas kini. Ini membolehkan pesanan inventori yang baharu dapat dilakukan dengan mudah pada masa yang tepat dan mengikut kuantiti yang diperlukan.
  • Pergerakan inventori akan direkodkan secara terperinci. Ini kerana setiap inventori barang niaga akan dilekatkan kod bar yang akan diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Sistem ini biasanya digunakan oleh pasar raya besar seperti Lotus, AEON, dan Mydin.
  • Inventori akhir dalam Imbangan Duga.
  • Kos barang jualan dalam Imbangan Duga atau Untung kasar dalam Imbangan Duga.

PENILAIAN INVENTORI AKHIR

Bagi memudahkan urusan penilaian inventori, peniaga yang menggunakan sistem inventori berkala perlu menyediakan kad inventori. Setiap urus niaga yang melibatkan pergerakan inventori akan direkodkan dalam kad inventori. Peniaga akan mengetahui harga kos inventorinya melalui kad inventori ini. Inventori akhir akan dinilai mengikut nilai yang terendah antara harga kos dengan harga pasaran.

CONTOH KAD INVENTORI:

Bil.

Tarikh

Dokumen

No. Dokumen

Masuk

Keluar

Baki

 

 

 

 

Kuantiti

Harga

Amaun

Kuantiti

Harga

Amaun

Kuantiti

Harga

Amaun

 

 

 

 

 

RM

RM

 

RM

RM

 

RM

RM

SISTEM INVENTORI BERKALA:

Akaun Inventori

Butiran

RM

Butiran

RM

Baki b/b (Stok awal)

XX

Akaun perdagangan

#XX#

Akaun perdagangan

*XX*

Baki h/b (Stok akhir)

XX

Baki b/b

XX

 

 


Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

Butiran

RM

Butiran

RM

Stok awal

XX

Stok akhir

*XX*

Tolak: Stok akhir

Letak di debit Akaun Perdagangan kerana perlu cari kos barang jualan, maka perlu ditolak (-).

#XX#

 

 

Kos barang jualan

 

 

 

SISTEM INVENTORI BERTERUSAN:

Akaun Inventori

Butiran

RM

Butiran

RM

Baki b/b (Stok awal)

XX

Kos barang jualan

XX

Bank / Pemiutang

XXX

Baki h/b (Stok akhir)

XXX

Baki b/b

XX

 

 

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1