PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN PENANG TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3
如标题所见,我今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan Penang 2021年的考试题目和解答思路。
最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)
废话不多说,请看:
SOALAN 1:
(a) Memerihalkan langkah-langkah dalam penyediaan belanjawan. [2 markah]
(b) Syarikat Looi Berhad menjalankan perniagaan memproses minuman jus buah-buahan.
Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan Jabatan Z. Buruh tak langsung, dan overhed berubah lain dikenakan kepada produk berdasarkan jam buruh langsung.
Berikut adalah kos-kos dibelanjawankan yang diperoleh dengan mengandaikan 60,000 jam buruh langsung bakal terbabit untuk menghasilkan 30,000 unit:
Bahan langsung |
RM 3.40 seunit |
Bahan tak langsung |
RM 1.50 seunit |
Buruh langsung |
RM 2.65 seunit |
Buruh tak langsung |
RM 1.90 seunit |
Overhed berubah lain |
RM 1.10 seunit |
Jumlah kos tetap |
RM 52,580 |
Pada bulan April 2022, pengeluaran sebenar ialah 18,000 unit dan jam buruh langsung yang digunakan ialah 32,000 jam. Maklumat kos adalah seperti berikut:
Bahan langsung |
RM 3.80 seunit |
Bahan tak langsung |
RM 1.70 seunit |
Buruh langsung |
RM 2.90 seunit |
Buruh tak langsung |
RM 1.80 seunit |
Overhed berubah lain |
RM 1.45 seunit |
Jumlah kos tetap |
RM 52,580 |
Dikehendaki:
Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel bagi Syarikat Looi Berhad pada 30 April 2022. [8 markah]
SOALAN 2:
(a) Pada 31 Disember 2017, Syarikat Beng Sang Berhad menerbitkan 400,000 unit syer ekuiti pada harga RM 1.20 sesyer dan 80,000 unit saham keutamaan kumulatif 8% pada harga RM 4.00 sesyer. Baki akaun pendapatan tertahan pada 31 Disember adalah seperti yang berikut:
|
RM |
Rizab penilaian semula aset |
60,000 |
Pendapatan tertahan |
1,500,000 |
Debentur 5% |
400,000 |
Urus niaga yang berlaku sepanjang tempoh perakaunan yang berakhir pada 31 Disember 2018 adalah seperti yang berikut:
Tarikh |
Urus Niaga |
10 Jan |
Membeli bangunan yang
bernilai pasaran RM 800,000. Untuk pembiayaan aset ini, syarikat telah
menerbitkan 400,000 unit syer ekuiti. |
25 Feb |
Menerbitkan 30,000 unit syer
keutamaan kumulatif 8% untuk menjelaskan nota belum bayar 6% berjumlah RM
120,000. |
25 Mac |
Lembaga Pengarah telah
mengambil keputusan untuk menyusun semula struktur modal syarikat. Bagi tujuan
tersebut, terbitan hak pada kadar satuu unit saham biasa yang baharu bagi
setiap lima unit saham biasa yang dipegang telah diterbitkan pada harga RM
1.05 sesaham. Semua terbitan hak telah dilanggan dan dibayar sepenuhnya. |
2 April |
Menerbitkan 80,000 unit syer
keutamaan kumulatif 8% pada harga RM 4.50. Semua terbitan saham ini dilanggan
dan dibayar penuh. |
29 Julai |
Memindahkan pendapatan
bersih kepada keuntungan tertahan, iaitu |
5 Disember |
Melaksanakan terbitan bonus
pada 1:4 baharu bagi unit syer ekuiti yang dipegang selepas terbitan hak. Terbitan
bonus diterbitkan pada RM 0.80 sesyer. |
Dikehendaki:
(i) Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga Syarikat Beng Sang Berhad. [12 markah]
(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik Syarikat Beng Sang Berhad selepas mengambil kira semua urus niaga di atas. [4 markah]
(b) Nyatakan dua kumpulan pengguna penyata kewangan, dan jelaskan dengan ringkas mengapa maklumat penyata kewangan diperlukan oleh setiap kumpulan itu. [2 markah]
(c) Jelaskan dua kegunaan rizab hasil. [2 markah]
SOALAN 3:
(a) Maklumat berikut ialah petikan penyata kewangan Syarikat Ang Berhad bagi tahun berakhir 2021 dan 2020.
Syarikat Linda
Berhad Penyata Pendapatan
Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember |
||
|
2021 |
2020 |
|
RM |
RM |
Perolehan
|
740,000 |
850,000 |
Kos
barang dijual |
200,000 |
350,000 |
Belanja
operasi |
85,900 |
90,000 |
Belanja
jualan dan pentadbiran |
150,000 |
170,000 |
Jumlah
belanja |
435,900 |
610,000 |
Belanja
cukai |
20,800 |
27,000 |
Pendapatan
bersih |
283,300 |
213,000 |
Syarikat Linda
Berhad Penyata Kedudukan Kewangan
pada 31 Disember |
||
|
2021 |
2020 |
|
RM |
RM |
Aset
bukan semasa: |
|
|
Harta tanah, loji, dan peralatan (bersih)
|
680,000 |
520,000 |
Pelaburan |
96,000 |
70,000 |
Aset
semasa: |
|
|
Inventori |
170,000 |
130,000 |
Sekuriti boleh pasar |
80,000 |
50,000 |
Bank |
127,000 |
160,000 |
Akaun belum terima |
148,000 |
100,000 |
Insurans prabayar |
10,000 |
6,000 |
|
535,000 |
446,000 |
Liabiliti
semasa: |
|
|
Akaun belum bayar |
160,000 |
200,000 |
Nota belum bayar 8% |
90,000 |
55,000 |
|
250,000 |
255,000 |
Aset
semasa bersih |
285,000 |
191,000 |
|
1,061,000 |
781,000 |
Dibiayai
oleh: |
|
|
Saham biasa (RM 4.00 sesaham) |
340,000 |
320,000 |
Pendapatan tertahan |
694,300 |
411,000 |
Bon belum bayar 10% |
26,700 |
50,000 |
|
1,061,000 |
781,000 |
Maklumat Tambahan:
- 60% daripada jumlah jualan adalah secara kredit.
- Jumlah inventori dan akaun belum terima pada awal tahun 2020 masing-masing ialah RM 120,000 dan RM88,000.
- Jumlah aset dan ekuiti syarikat pada awal tahun 2020 masing-masing ialah RM 790,000 dan RM 520,000. Bilangan unit saham diterbitkan bagi tahun 2019 adalah sama dengan tahun 2020.
- Harga pasaran sesyer pada akhir tahun 2021 dan 2020 adalah RM 21.80 dan RM 17.50.
Dikehendaki:
Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Ang Berhad bagi tahun 2021 dan 2020. Berikan ulasan bagi setiap nisbah yang dihitung.
(i) Nisbah semasa. [2 markah]
(ii) Nisbah cepat. [2 markah]
(iii) Nisbah hutang atas aset. [2 markah]
(iv) Nisbah hutang atas ekuiti. [2 markah]
(v) Pusing ganti inventori. [2 markah]
(vi) Pusing ganti akaun belum terima. [2 markah]
(vii) Pulangan atas aset. [2 markah]
(viii) Perolehan sesaham. [2 markah]
(b) Berikan dua nisbah yang mungkin digunakan oleh setiap pengguna yang berikut dalam membuat keputusan
(i) Pelabur. [1 markah]
(ii) Bank. [1 markah]
(c) Apakah perbezaan di antara analisis mendatar dengan analisis menegak? [2 markah]
考试题目和解答思路:
PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN PENANG TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!