PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN IPOH METHODIST ACS TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3


今天要分享的是Akaun Soalan Percubaan Ipoh Methodist ACS 2021年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

废话不多说,请看:

SOALAN 1:

(a) Fazleen, Anees, dan Naylee telah menjalankan perniagaan perkongsian dengan nisbah perkongsian 3:2:1. Perjanjian perkongsian mereka telah menetapkan syarat-syarat berikut:

i.) Fazleen dan Anees menerima gaji masing-masing RM 2,000 sebulan.

ii.) Naylee menerima gaji RM 1,000 sebulan dan bonus sebanyak 5% daripada jualan bersih.

Berikut ialah draf Penyata Kedudukan Kewangan perkongsian tersebut pada 31 Disember 2021.

Perkongsian FAN

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021

 

RM

Aset bukan semasa bersih

380,000

Aset semasa: Bank

60,000

                      Akaun belum terima

50,000

                      Inventori

44,000

 

534,000

 

 

Akaun modal: Fazleen

90,000

                        Anees

60,000

                        Naylee

30,000

 

 

Akaun semasa: Fazleen

20,000

                         Anees

10,000

                         Naylee

6,000 (dt)

 

 

Untung bersih

272,000

Liabiliti semasa

58,000

 

534,000

Maklumat Tambahan:

  1. Untung bersih RM 272,000 diperolehi daripada jualan kasar RM 450,000. Pelarasan belum dibuat terhadap pulangan jualan sebanyak RM 10,000.
  2. Pada 1 Januari 2022, Eisyah dibawa masuk sebagai rakan kongsi baharu. Aset berikut dinilai semula:

    Aset bukan semasa

    RM 400,000

    Akaun belum terima

    RM 38,000

    Inventori

    RM 48,000


  3. Muhibah telah dinilai sebanyak RM 120,000 bagi tujuan kemasukan Eisyah. Perkongsian bersetuju akaun muhibah tidak diwujudkan.
  4. Sebagai rakan kongsi baharu, Eisyah dikehendaki membawa tunai sebanyak RM 50,000 sebagai modal. Selepas kemasukan Eisyah, nisbah perkongsian untung antara Fazleen, Anees, Naylee, dan Eisyah ialah 4:3:2:1.

Dikehendaki:

i) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dan akaun semasa pekongsi. [6 markah]

ii) Akaun modal rakan kongsi baharu. [5 markah]

iii) Nyatakan sebab-sebab pembubaran perkongsian. [2 markah]

(b) Syarikat Arjuna Beta Bhd. mengeluarkan produk kecantikan, iaitu Vivo. Berikut ialah data kos bagi pengeluaran bulan Jun 2021.

 

Kos Piawai Sedozen

Kos Sebenar Sedozen

Bahan mentah langsung

RM 25.00

RM 26.00

Buruh langsung

RM 14.00

RM 13.50

Overhed berubah

RM 36.00

RM 34.80

Kos tetap bagi tahun 2021 ialah seperti berikut:

Insurans kilang

RM 420,000

Kadar bayaran

RM 255,000

Susut nilai mesin

RM 300,000

Gaji pekerja pentadbiran

RM 96,000

Maklumat Tambahan:

Jumlah pengeluaran sebenar bagi bulan Jun 2021 ialah sebanyak 1,200 dozen.

Dikehendaki:

(i) Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Arjuna Beta Bhd. bagi bulan Jun 2021. [5 markah]

(ii) Berikan ulasan tentang laporan prestasi belanjawan yang disediakan di (i), dan syorkan langkah penambahbaikan bagi pengeluaran produk. [2 markah]

SOALAN 2:

(a) Syarikat Afina Berhad mempunyai ekuiti pemegang syer sebanyak RM 3,730,000 seperti yang ditunjukkan oleh di bawah:

Ekuiti Pemegang Syer dan Liabiliti

RM

300,000 unit syer keutamaan 10%

900,000

900,000 unit syer ekuiti

2,250,000

Pendapatan tertahan

580,000

Debentur 6%

300,000

Maklumat Tambahan:

(1) Lembaga Pengarah telah mengambil keputusan untuk menyusun semula struktur modal syarikat. Bagi tujuan tersebut, terbitan hak pada kadar satu unit syer ekuiti yang baharu bagi setiap lima unit syer ekuiti yang dipegang telah diterbitkan pada harga RM 3.00 sesyer. Semua terbitan hak telah dilanggan dan dibayar sepenuhnya.

(2) Selain terbitan hak, syarikat juga telah melaksanakan terbitan bonus pada kadar satu unit syer ekuiti bagi setiap lima unit syer ekuiti yang dipegang selepas terbitan hak. Syer bonus diterbitkan pada nilai RM 2.00 sesyer.

(3) Syarikat mengambil keputusan untuk menebus 40,000 unit syer keutamaan 10% boleh tebusnya pada RM 3.20 sesyer. Syer keutamaan ini telah diterbitkan pada harga RM 3.00 sesyer. Penebusan syer keutamaan ini telah diterbitkan pada harga RM 3.00 sesyer. Penerbitan syer keutamaan ini dibiayai dengan terbitan syer ekuiti. Pada tarikh penebusan, harga pasaran syer ekuiti ialah RM 2.00 sesyer.

(4) Debentur 6% telah ditebus pada nilai par. Bayaran penuh berserta faedah telah dilangsaikan pada tarikh penebusan.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga Syarikat Afina Berhad. [9 markah]

(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik Syarikat Afina Berhad selepas mengambil kira semua urus niaga di atas. [3 markah]

(b) Petikan tentang maklumat kewangan Syarikat Afina Berhad bagi tahun 2021 dan 2020 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Ariana Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember

 

2021

2020

 

RM

RM

Jualan

870,000

810,000

Kos barang dijual

620,000

575,000

Untung kasar

250,000

235,000

Belanja operasi

217,000

183,000

Untung bersih

33,000

52,000


Syarikat Ariana Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

 

2021

2020

 

RM

RM

Aset:

 

 

Tunai

95,000

80,000

Pelaburan jangka pendek

65,000

45,000

Akaun belum terima

98,000

80,000

Inventori

125,000

135,000

Belanja prabayar

35,000

27,000

Tanah

130,000

130,000

Bangunan dan peralatan (bersih)

180,000

175,000

Jumlah aset

728,000

672,000

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik:

 

 

Nota belum bayar

120,000

120,000

Akaun belum bayar

62,000

46,000

Liabiliti terakru

60,000

40,000

Bon belum bayar, matang pada tahun 2023

150,000

150,000

Saham biasa, nilai par RM 10 sesaham

200,000

200,000

Pendapatan tertahan

136,000

116,000

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik

728,000

672,000

Maklumat Tambahan:

Baki pada 31 Disember 2019 adalah seperti yang berikut:

Akaun belum terima

RM 88,000

Inventori

RM 118,000

Jumlah aset

RM 630,000

Dikehendaki:

Hitung nisbah semasa, untung bersih atas jualan, pusing ganti inventori, dan pulangan atas aset bagi tahun 2021 dan 2020. Beri ulasan bagi setiap nisbah yang dihitung. [18 markah]

SOALAN 3:

Berikut adalah maklumat berkaitan Syarikat AIO Berhad:

Syarikat AIO Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

 

RM

RM

Jualan

 

800,000

Kos barang dijual

 

(550,000)

Pendapatan kasar

 

250,000

Untung jualan pelaburan

 

14,000

 

 

264,000

Belanja-belanja:

 

 

    Belanja jualan

85,200

 

    Belanja pentadbiran

55,000

 

    Belanja susut nilai

19,800

 

    Belanja faedah

10,000

 

    Rugi kemusnahan bangunan

14,000

(184,000)

Pendapatan sebelum cukai

 

80,000

Tolak: Item luar biasa

 

(14,000)

           Belanja cukai

 

(22,400)

Pendapatan bersih

 

43,600

Pendapatan tertahan awal

 

150,000

 

 

193,600

Dividen tunai

 

(30,000)

Pendapatan tertahan akhir

 

163,600


Syarikat AIO Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

ASET

2021

2020

Aset semasa:

RM

RM

    Tunai

-

40,000

    Akaun belum terima

40,000

45,000

    Inventori

52,000

55,000

 

92,000

140,000

Aset bukan semasa:

 

 

    Pelaburan jangka panjang

22,000

108,000

    Tanah

190,000

80,000

    Bangunan

300,000

250,000

    Susut nilai terkumpul bangunan

(144,800)

(170,000)

    Mesin dan peralatan

130,000

105,000

    Susut nilai terkumpul mesin dan peralatan

(55,000)

(40,000)

Jumlah aset

556,200

473,000

LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK

 

 

Liabiliti semasa:

 

 

    Akaun belum bayar

90,000

95,000

    Cukai belum bayar

15,600

8,000

    Dividen belum bayar

5,000

-

 

110,600

103,000

Liabiliti bukan semasa:

 

 

    Bon belum bayar

20,000

20,000

Ekuiti pemilik:

 

 

    Modal saham biasa

262,000

200,000

    Pendapatan tertahan

163,600

150,000

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

556,200

473,000

Urus niaga dan peristiwa sepanjang tahun 2021 adalah seperti berikut:

i) Syarikat membeli tanah berharga RM 110,000 melalui terbitan saham bernilai RM 62,000 dan selebihnya secara tunai.

ii) Pelaburan jangka panjang yang mempunyai kos RM 88,000 telah dijual pada harga RM 102,000. Pelaburan jangka panjang yang dibeli pada tahun 2021 adalah secara tunai.

iii) Sebuah bangunan yang mempunyai kos RM 50,000 dengan nilai buku RM 20,000 telah musnah akibat bencana alam. Syarikat insurans telah membayar pampasan sebanyak RM 6,000 kepada AIO Berhad. Untuk menggantikan bangunan yang musnah, sebuah bangunan baharu telah dibina pada kos RM 100,000. Semua bayaran dibuat secara tunai.

iv) Sebuah mesin baharu berharga RM 25,000 telah dibeli secara tunai.

v) Belanja susut nilai bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut:

Susut nilai - Bangunan 

RM 4,800

Susut nilai - Mesin dan Peralatan

RM 15,000

Jumlah susut nilai

RM 19,800

Dikehendaki:

a) Sediakan penyata aliran tunai kaedah langsung untuk AIO Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. [15 markah]

b) Berikan tiga contoh urus niaga yang tidak memberi kesan kepada aliran tunai. [3 markah]

c) Jelaskan dua perbezaan antara penyata aliran tunai dengan buku tunai. [2 markah]

考试题目和解答思路:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN IPOH METHODIST ACS TAHUN 2021 SEM 3 / PENGGAL 3 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

评论

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1