SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN ESEI PENGAJIAN AM POPULAR 38

大家好,这是 Pengajian Am 的 Contoh Esei Panjang,仅供参考哦!


作文题目:

Walaupun ASEAN dilihat berupaya memupuk keharmonian dalam kalangan negara anggotanya, namun pertubuhan ini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Bincangkan.

尽管东盟被视为致力于促进成员国之间的和谐,但该组织在促进东南亚地区经济发展和维护和平方面面临着各种挑战。 讨论。

PENGENALAN开头:

Pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

这一地区组织仍面临挑战,尤其是发展经济、维护地区和平稳定。

CABARAN MEMAJUKAN EKONOMI 经济发展的挑战:

ISI 1: Persaingan dalam pasaran komoditi 商品市场的竞争

HURAIAN:

Kebanyakan negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah, kelapa, koko, dan minyak sawit yang menjadi komoditi kepada banyak negara anggota ASEAN.

大多数东盟成员国生产相同的农产品,如橡胶、椰子、可可和棕榈油,这些都是许多东盟成员国的商品。

Hal ini disebabkan oleh keadaan cuaca dan iklim yang sama mempengaruhi jenis komoditi yang dikeluarkan.

这是由于相同的天气和气候条件影响所生产的商品类型。

Keadaan ini menjadikan negara-negara anggota berusaha merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa.

这种情况使得成员国试图在国际层面上抢占同一市场。

Apabila wujudnya pasaran bebas dalam kalangan negara anggota, menyebabkan masing-masing akan mementingkan komoditi negara sendiri demi menjana pendapatan negara yang pastinya akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan.

当成员国之间存在自由市场时,就会导致每个国家都专注于自己国家的商品以产生国民收入,这肯定会造成不公正。

Pemimpin negara anggota perlu bijak menangani persaingan ini agar tidak mengeruhkan hubungan negara anggota.

成员国领导人需要明智地处理这场竞争,以免给成员国之间的关系蒙上阴影。

ISI 2: Kemunculan kumpulan atau pertubuhan atau kerjasama atau ikatan atau perjanjian ekonomi serantau atau antarabangsa 区域或国际经济团体或组织、合作、债券或协议的出现

HURAIAN:

Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu.

欧盟(EU)采用共同货币(欧元)关税计划并阻止外国投资进入该国。

Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico (NAFTA) merancang skim tarif yang sama.

美国、加拿大和墨西哥(北美自由贸易协定)也计划实施类似的关税计划。

Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup.

这一经济集团的出现,使得两组国家之间的经济更加封闭。

Hal ini akan menjadi cabaran untuk memasarkan barangan dari negara ASEAN. 

这将对东盟国家的商品销售构成挑战。

ISI 3: Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama 世界市场对关键材料资源的需求减少

HURAIAN:

Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah, getah asli menyebabkan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN kerana negara ASEAN kaya dengan bahan-bahan mentah ini.

世界市场对锡矿石、天然橡胶等关键原材料需求的减少正在影响东盟国家的经济增长,因为东盟国家富含这些原材料。

Keadaan ini menyebabkan negara-negara ASEAN terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor perkilangan dan perkhidmatan.

这种情况引起东盟国家对制造业和服务业生产的重视。

Namun begitu, negara maju mempunyai kelebihan ekonomi dalam segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi.

然而,发达国家在生产成本和技术成熟度方面具有经济优势。

Pengeluaran dan pemasaran produk yang sama menyebabkan persaingan yang sengit bukan sahaja antara negara anggota tetapi juga antara negara anggota dengan negara maju.

同一产品的生产和销售不仅在成员国之间,而且在成员国与发达国家之间造成激烈的竞争。

Sebagai contoh, pengeluaran barangan elektrik, sudah pastinya ramai pengguna akan membeli barangan daripada pengeluaran negara maju yang diperakui lebih bermutu ditambah lagi harganya yang kompetitif.

例如,在电器产品的生产方面,可以肯定的是,许多消费者会购买发达国家生产的产品,这些产品经过认证,质量较高,价格也具有竞争力。

ISI 4: Pergantungan kepada negara maju masih berlarutan 对发达国家的依赖依然存在

HURAIAN:

Negara-Negara ASEAN adalah negara-negara membangun. Hal ini menyebabkan negara banyak bergantung kepada negara-negara maju.

东盟国家都是发展中国家。 这导致该国对发达国家的依赖程度很高。

Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara seperti USA, Eropah, dan Asia Pasifik.

东盟国家依赖美国、欧洲、亚太等海外市场。

Seterusnya, negara ASEAN bergantung kepada teknologi moden dari negara maju seperti Jepun, Korea, dan Rusia untuk sektor perindustrian.

其次,东盟国家的工业部门依赖日本、韩国、俄罗斯等发达国家的现代技术。

Negara ASEAN juga masih memerlukan pelaburan modal asing untuk menggerakkan dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan, dan lain-lain.

东盟国家还需要外国资本投资来动员和发展工业、服务业、旅游业等经济部门。

Sebagai contoh, Syarikat Seagate, Samsung, dan Apple banyak membuka pelaburan syarikat mereka di negara-negara ASEAN.

例如,希捷、三星和苹果公司正在开放其公司在东盟国家的投资。

ISI 5: Negara-Negara ASEAN masih dibebani hutang luar negara 东盟国家仍背负外债

HURAIAN:

Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan ekonomi negara anggota ASEAN.

全球经济危机影响了东盟成员国的经济地位。

Sebagai contoh, negara Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara.

例如,印度尼西亚和泰国等国都背负着外债。

Hal ini berlaku menyebabkan negara-negara ini terpaksa meminjam wang dari IMF (International Monetary Fund).

这种情况的发生导致这些国家不得不向国际货币基金组织借钱。

Kesannya, sehingga sekarang negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang tersebut dan terpaksa mengikut Pelan Pembangunan Ekonomi yang disarankan oleh IMF yang pastinya akan dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali, dan Kanada, kerana mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF.

结果,这些国家至今无力偿还债务,只能遵循国际货币基金组织推荐的经济发展计划,而这一计划肯定会由美国、日本、德国、英国、法国、意大利等富裕国家主导。和加拿大,因为据说他们有权管理国际货币基金组织的资金。

Keadaan ini menyebabkan negara kaya dan negara miskin semakin tersepit dan seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. 

这种情况导致富国和穷国越来越陷入困境,并可能进一步阻碍东南亚国家的经济发展。

CABARAN MENGEKALKAN KEAMANAN 维护和平的挑战:

ISI 6: Persaingan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara atau Campur tangan kuasa besar 大国影响东南亚竞争还是大国干预

HURAIAN:

Penglibatan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui Strategi Pangsi Pasifik.

美国通过“太平洋支点战略”不断加强对亚太地区的参与。

Amerika Syarikat telah bertapak di negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Filipina, dan Thailand.

美国在新加坡、菲律宾、泰国等东南亚国家都有立足点。

Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough yang berlaku antara Filipina dan China yang telah mengundang penglibatan Amerika Syarikat di rantau Asia. Amerika Syarikat telah menggandakan bantuan kepada Filipina bagi meningkatkan keupayaan tentera Filipina untuk menghadapi kuasa China kerana Filipina masih mempunyai perjanjian dengan kuasa besar tersebut.

例如,菲律宾和中国之间的斯卡伯勒岛问题就邀请美国介入亚洲地区。 美国对菲律宾的援助增加了一倍,以提高菲律宾军队面对中国力量的能力,因为菲律宾仍然与这个超级大国有协议。

Selain itu, pada tahun ini, Amerika Syarikat juga telah menempatkan sebuah kapal perang siri terbaru di Singapura.

此外,今年美国还在新加坡驻扎了一系列新军舰。

Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan berlakunya perluasan kuasa besar di Asia Tenggara dan keadaan ini jika tidak ditangani akan mewujudkan konflik ancaman pertembungan kuasa besar yang akan menjejaskan ASEAN.

这些事件表明超级大国在东南亚的扩张,这种情况如果不得到解决,将造成冲突和超级大国冲突的威胁,从而影响东盟。

ISI 7: Konflik tuntutan wilayah 领土主张冲突

HURAIAN:

Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara seperti Pulau Spratly, Pulau Batu Putih, Pulau Sipadan Ligitan, Pulauu Pisang, dan Pulau Ambalat yang menjadi rebutan negara-negara Asia Tenggara.

东南亚周边有很多岛屿,如南沙岛、峇都布提岛、西巴丹岛、利吉丹岛、皮桑岛、安巴拉特岛等,都是东南亚国家争夺的岛屿。

Sebagai contoh, Pulau Pisang antara Malaysia dan Singapura, Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, dan China.

例如马来西亚和新加坡之间的香蕉岛,南沙群岛则涉及马来西亚、菲律宾、越南、文莱和中国。

Negara China semakin agresif menuntut Pulau Spratly dan Paracel tersebut yang dianggap miliknya berdasarkan faktor sejarah dan bukan peruntukan undang-undang antarabangsa. Negara ini telah bertindak menempatkan tenteranya di Kepulauan Spratly.

中国越来越积极地宣称对南沙群岛和西沙群岛拥有主权,中国认为这些群岛是自己的,是基于历史因素,而不是国际法规定。 该国已采取行动在南沙群岛驻军。

Situasi ini akan mewujudkan konflik antara sesama negara-negara Asia Tenggara dan juga negara besar Asia Timur.

这种情况将导致东南亚国家和东亚大国之间发生冲突。

ISI 8: Masalah politik dalaman negara-negara anggota 成员国内部政治问题

HURAIAN:

Keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara boleh tergugat apabila berlakunya politik dalaman negara-negara anggota.

当成员国内部政治发生变化时,东南亚地区的和平与稳定就会受到威胁。

Sebagai contoh, negara Myanmar masih belum mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera. Mereka menyekat kebebasan bersuara tokoh politik wanitanya, Aung San Suu Kyi dengan tidak mengakui kemenangan parti demokrasi tersebut dan mengenakan hukuman pengurangan dalam rumah ke atas beliau.

例如,缅甸国家尚未实行民主,由军政府统治。 他们限制女性政治人物昂山素季的言论自由,不承认民主党的胜利,并对她软禁。

Kerakusan tentera Myanmar amat jelas kelihatan apabila mereka menyerang sekumpulan sami Buddha yang mengadakan demonstrasi jalanan membantah pengurangan subsidi petrol sehingga membebankan rakyat.

缅甸军队袭击了一群举行街头示威抗议削减给人民带来负担的汽油补贴的佛教僧侣,其贪婪显而易见。

Pergolakan di Selatan Thai berlaku disebabkan oleh krisis majoriti etnik Melayu beragama Islam yang menuntut hak mereka. Serangan terbaru di Sungai Golok pada hujung September 2011 meletakkan wilayah Selatan Thai dalam keadaan darurat.

泰国南部的动乱是由占多数的穆斯林马来族要求其权利的危机引起的。 2011年9月底发生的最新一次果洛河袭击事件使泰国南部地区进入紧急状态。

Tragedi ini akan mewujudkan situasi tidak menyenangkan kepada kalangan negara anggota terutama negara jiran.

这场悲剧将给成员国、特别是邻国造成不愉快的局面。

Bukti yang paling jelas adalah terdapat dakwaan Malaysia telah memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan penentang Islam Thai ini.

最明显的证据就是声称马来西亚对这些泰国穆斯林反对派团体给予保护。

ISI 9: Ancaman anasir luar atau puak pelampau atau lanun 外部势力或极端派系或海盗的威胁

HURAIAN:

Ancaman anasir luar juga boleh menggugat keamanan dan kestabilan serantau.

外部因素的威胁也会威胁地区的和平与稳定。

Ancaman sebegini merupakan ancaman yang tidak dapat diduga.

这种威胁是不可预测的威胁。

Sebagai contoh, pencerobohan di Lahad Datu, Timur Sabah oleh pengganas Sulu. Hubungan keturunan dan keagamaan antara keturunan Sulu dan Melayu di Selatan Filipina dengan Sabah menjadi penyebab pencerobohan kawasan di Lahad Datu berlaku. Pentempuran telah berlaku dengan pengorbanan seramai 16 orang polis Malaysia dan kematian berpuluh-puluh orang pihak pengganas.

例如,苏禄恐怖分子入侵东沙巴拿笃。 菲律宾南部与沙巴的苏禄人和马来人后裔之间的世袭和宗教关系是入侵拿笃地区的原因。 战斗已造成16名马来西亚警察牺牲,数十名恐怖分子死亡。

Peristiwa ini telah menggugat kestabilan negara dan hubungan dengan negara Filipina.

这一事件破坏了该国以及与菲律宾的关系的稳​​定。

Masalah lanun.

海盗问题。

Kumpulan Abu Sayyaf. 

阿布沙耶夫集团。

ISI 10: Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) 非法移民问题

HURAIAN:

Kesempitan hidup di negara asal menyebabkan mereka berhijrah ke negara berhampiran secara tidak sah untuk mencari pekerjaan. Sebagai contoh, rakyat Indonesia datang ke Malaysia.

由于原籍国生活的艰辛,他们非法移民到邻近国家寻找工作。 例如,印度尼西亚人来到马来西亚。

Mereka datang melalui agensi-agensi haram dan terpaksa menyusup masuk melalui jalan air. Terdapat dalam kalangan mereka yang menggunakan pas lawatan sosial.

他们通过非法机构进入,并不得不通过水路渗透。 其中也有使用社交访问通行证的人。

Pelbagai masalah yang timbul terhadap negara yang dituju iaitu masalah sosial, pelacuran, dan kutu rayau. Kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menghantar mereka kembali ke negara asal mereka.

目的地国家会出现各种问题,例如社会问题、卖淫和害虫。 政府不得不花费更多资金将他们送回原籍国。

Isu penghantaran semula pendatang asing tanpa izin juga boleh menyebabkan perselisihan antara negara boleh berlaku.

非法移民遣返问题也会引发国家间争端。

Cabaran ini memerlukan kesepakatan antara negara yang terlibat.

这一挑战需要有关国家之间达成一致。

KESIMPULAN结尾:

Kesimpulannya, cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau perlu ditangani untuk kemajuan dan faedah bersama.

总之,需要解决特别是发展经济和维护地区和平与稳定方面的挑战,以实现进步和互利。

Kombinasi Jawapan : 3 + 2 / 2 + 3

Cabaran memajukan ekonomi + Cabaran mengekalkan keamanan

Isi / Idea 在PDF里面,可以点击下面的网址哦!

考试题目和解答思路:

PENGAJIAN AM - ESEI PANJANG - Google Drive

 好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1