SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 7


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Kebajikan orang asli.

Perparitan dan pengairan.

Ubat dan kesihatan awam.

Kawalan terhadap musuh tanaman.

Buruh dan keselamatan sosial.

Undang-undang syariah dan hukum syarak.

Berikan kuasa-kuasa perundangan Senarai Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]

(a) Kebajikan orang asli.

(b) Buruh dan keselamatan sosial.

(c) Kawalan terhadap musuh tanaman.

(d) Ubat dan kesihatan awam.

SOALAN 2:

Jelaskan dua kesan negatif tadbir urus yang lemah melibatkan agensi-agensi awam. [4 markah]

(a) Mewujudkan pemborosan dan pembaziran dana awam.

Ketirisan dan penyelewengan dalam perolehan aset awam.

(b) Menjejaskan produktiviti atau kecekapan kerja sektor awam.

Kualiti penyampaian perkhidmatan awam menjadi tidak baik.

(c) Wujud sikap atau budaya kerja negatif dalam kalangan penjawat awam.

Kurang pemantauan berkesan daripada pihak pengurusan atasan atau ketua jabatan.

(d) Menimbulkan rungutan atau aduan atau ketidakpuasan hati daripada komuniti atau masyarakat awam.

Karenah birokrasi dan layanan kurang mesra menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat.

(e) Menjejaskan keyakinan atau kepercayaan komuniti.

Kegagalan agensi awam memenuhi jangkaan atau ekspektasi pihak-pihak berkepentingan atau pemegang taruh.

(f) Menjejaskan pembangunan negara.

Menjejaskan keterlibatan, sumbangan dan peranan sektor awam terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

(g) Menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) atau pelabur asing.

Pelabur asing kurang yakin terhadap kualiti penyampaian sektor awam.

(h) Menjejaskan imej baik perkhidmatan awam atau negara.

Skandal kewangan melibatkan penyelewengan dana awam menjejaskan reputasi, kredibiliti, dan nama baik negara di penanda dunia. 

(i) Menjejaskan kemantapan dan keutuhan pentadbiran sektor awam.

Pentadbirann agensi awam tidak terurus dengan baik, efektif, dan sistematik.

(j) Mewujudkan ketirisan dan penyelewengan.

Amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam di agensi awam semakin tidak terkawal.

SOALAN 3:

Jelaskan dua sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan tadbir urus yang baik. [4 markah]

(a) Penggodaman sistem pertahanan.

Mencari maklumat kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.

(b) Gejala sosial.

Pengamalan seks bebas, rempit, budaya lepak, dan minimum keras.

(c) Campur tangan kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

Campur tangan kuasa-kuasa besar di Afghanistan, Iraq, dan Mesir.

(d) Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap seteru mereka.

Melalui Internet, negara maju berupaya membuat pengintipan terhadap negara-negara lain dari segi.

(e) Budaya hedonism.

Remaja mudah terpengaruh dengan budaya berseronok.

(f) Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan.

Ancaman ke atas produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

(g) Penyalahgunaan teknologi.

Membina senjata-senjata moden yang memusnahkan kehidupan manusia (senjata nuklear).

SOALAN 4:

Nyatakan tiga tanggungjawab Ketua Kerajaan Persekutuan. [3 markah]

(a) Menjadi penasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

(b) Melantik atau memecat setiausaha politik.

(c) Membentuk dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

(d) Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik atau dipecat oleh YDPA.

(e) Menggubal membuat keputusan tentang dasar-dasar awam atau kerajaan.

(f) Menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal antarabangsa dan domestik.

(g) Melaksanakan eksekutif yang dipegang oleh YDPA menerusi Kabinetnya. 

(h) Memohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Rakyat.

(i) Menasihati YDPA dalam soal pelantikan dan pemecatan jawatan-jawatan utama tertentu. 

SOALAN 5:

Nyatakan tiga ciri-ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia. [3 markah]

(a) Merdeka.

(b) Berwibawa.

(c) Berkuasa sendiri.

(d) Beridentiti sendiri.

(e) Mempunyai kedaulatan.

(f) Mempunyai Perlembagaan.

(g) Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain.

SOALAN 6:

Nyatakan empat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agung. [4 markah]

  • Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang boleh mendatangkan apa-apa saraan.
  • Tidak boleh mengambil bahagiann dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
  • Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya.
  • Tidak boleh tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja meninggalkan Persekutuan lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatan negara ke sesebuah negara yang lain.
  • Apa-apa prosiding terhadap raja atau prosiding yang dibawa oleh raja atas sifat-sifat peribadinya, maka kes-kes ini hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas.
  • Tidak boleh berfungsi sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri beraja kecuali di negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja.

SOALAN 7:

Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah. [4 markah]

(i) Memilih keterangan di kandang orang salah.

Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh Pendakwa.

(ii) Memilih memberi keterangan bersumpah.

Keterangannya boleh dicabar oleh pendakwa raya dengan cara soal balas dan lain-lain.

(iii) Memilih untuk berdiam diri.

Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tadak ada syak wasangka yang munasabah.

SOALAN 8:

Senaraikan empat Agensi Pusat yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. [4 markah]

(a) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

(b) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

(c) Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

(d) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(e) Unit Perancang Ekonomi (EPU).

(f) Unit Inovasi Khas (UNIK).

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1