EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 7
大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a) 15 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Pernyataan yang manakah yang benar tentang keanjalan permintaan faktor?
A. Permintaan terhadap pekerjaan lebih anjal kerana mudah diganti.
B. Permintaan terhadap pengurus jualan lebih anjal kerana kepakarannya yang tinggi.
C. Permintaan terhadap pengurus jualan tak anjal kerana tiada masalah mobiliti.
D. Permintaan terhadap pekerja am tak anjal kerana peratusan kos yang diperlukan rendah.
SOALAN 2:
Jika jumlah peguam pada tahun 2006 meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya, apakah kesannya terhadap pasaran peguam?
A. Penawaran bertambah dan upah naik.
B. Penawaran bertambah dan upah turun.
C. Permintaan bertambah dan upah naik.
D. Permintaan bertambah dan upah turun.
SOALAN 3:
Permintaan ke atas sesuatu faktor pengeluaran dikatakan kurang anjal apabila faktor itu
A. mempunyai faktor pengganti.
B. berada dalam keadaan pengeluaran jangka pendek.
C. boleh mengeluarkan barangan keluaran yang anjal.
D. boleh digunakan untuk mengeluarkan pelbagai barang.
SOALAN 4:
Upah wang pada tahun pertama ialah RM 7.00 dan pada tahun kedua ialah RM 10.50.
Jika tahun pertama ialah tahun asas dan indeks harga ialah 105, berapakah upah benar pada tahun kedua?
A. RM 3.50
B. RM 7.00
C. RM 6.67
D. RM 10.00
SOALAN 5:
Yang manakah tindakan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah yang tidak akan menimbulkan pengangguran?
A. Kerajaan menetapkan tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran.
B. Kesatuan sekerja bertindak mengehadkan penawaran buruh di pasaran.
C. Kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan upah.
D. Kesatuan sekerja bertindak meningkatkan daya pengeluaran buruh.
SOALAN 6:
Sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna yang ingin memaksimumkan untung akan menambahkan penggunaan pekerja selagi
A. jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos.
B. keluaran hasil sut lebih kecil daripada upah.
C. keluaran hasil sut lebih besar daripada upah.
D. keluaran hasil sut lebih besar daripada harga output.
SOALAN 7:
Jadual di bawah menunjukkan upah wang untuk tahun pertama, kedua, dan ketiga.
Tahun |
Upah Wang (RM) |
Pertama |
10.50 |
Kedua |
18.00 |
Ketiga |
20.80 |
Jika tahun pertama dianggap sebagai tahun asas dan indeks harga tahun kedua dan ketiga masing-masing ialah 150 dan 160.
Berapakah peratusan kenaikan upah benar pada tahun ketiga berbanding dengan tahun kedua?
A. 6.70%
B. 7.70%
C. 8.30%
D. 10.00%
SOALAN 8:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil sut (MRP), keluk keluaran hasil purata (ARP), dan keluk kos sut faktor (MCF) bagi sebuah firma.
Pada tingkat keseimbangan, jumlah keuntungan firma ini ialah
A. W0W1ST.
B. W0W2UR.
C. W0W1VR.
D. W1W2UV.
SOALAN 9:
Jika pasaran barang dan pasaran faktor berada dalam pasaran persaingan sempurna, keluaran hasil sut diperoleh dengan cara
A. menentukan perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos pengeluaran.
B. mendarabkan kuantiti barang yang dikeluarkan dengan harga.
C. mencampurkan hasil sut daripada faktor berubah yang digunakan.
D. mendarabkan keluaran fizikal sut dengan harga.
SOALAN 10:
Dalam gambar rajah di bawah, MRP ialah keluk keluaran hasil sut, ARP ialah keluk keluaran hasil purata, MCF ialah keluk kos sut faktor, dan ACF ialah keluk kos purata faktor sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
Bilangan buruh yang memaksimumkan keuntungan ialah
A. 2 unit.
B. 4 unit.
C. 8 unit.
D. 10 unit.
SOALAN 11:
Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan menerima gaji sebanyak RM 60,000.00 setahun. Jika beliau memilih pekerjaan lain, gaji tertinggi yang dapat diperolehnya ialah RM 25,000.00 setahun. Ini bermakna bahawa
A. pendapatan pindahannya ialah RM 35,000.00 dan tiada sewa ekonomi.
B. sewa ekonominya ialah RM 35,000.00 dan tiada pendapatan pindahan.
C. pendapatan pindahannya ialah RM 35,000.00 manakala sewa ekonominya ialah RM 25,000.00.
D. sewa ekonominya ialah RM 35,000.00 manakala pendapatan pindahannya ialah RM 25,000.00.
SOALAN 12:
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal bagi barang X.
Bilangan Buruh (unit) |
Jumlah Keluaran
Fizikal Barang X (unit) |
0 |
0 |
1 |
20 |
2 |
35 |
3 |
45 |
4 |
50 |
5 |
52 |
Andaikan harga barang X ditetapkan pada RM 5.00 per unit dan upah buruh ialah RM 25.00 per unit.
Bilangan buruh yang memaksimumkan keuntungan ialah
A. 2 unit.
B. 3 unit.
C. 4 unit.
D. 5 unit.
SOALAN 13:
Bayaran pindahan diperoleh sepenuhnya oleh pemilik tanah apabila
A. permintaan terhadap tanah anjal.
B. penawaran tanah anjal sempurna.
C. permintaan terhadap tanah tak anjal.
D. penawaran tanah tak anjal sempurna.
SOALAN 14:
Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan keluk penawaran buruh bagi sebuah firma.
Jika kesatuan sekerja berjaya menuntut upah minimum, maka jumlah upah
A. bertambah sebanyak RM 45,000.00.
B. bertambah sebanyak RM 50,000.00.
C. bertambah sebanyak RM 100,000.00.
D. bertambah sebanyak RM 150,000.00.
SOALAN 15:
Encik Ali meminjam RM 250,000.00 dengan kadar bunga nominal 9% setahun. Pada masa yang sama, kadar inflasi dalam ekonomi ialah 3%.
Berapakah jumlah bunga benar yang dibayar?
A. RM 30,000.00
B. RM 22,500.00
C. RM 15,000.00
D. RM 7,500.00
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
Semua negara mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas tetapi dengan darjah campur tangan kerajaan yang berbeza. Terangkan tiga sebab campur tangan kerajaan diperlukan. [10 markah]
Tiga sebab campur tangan kerajaan diperlukan dalam sistem ekonomi pasaran bebas:
(A) Menstabilkan ekonomi.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud ketidakstabilan ekonomi seperti inflasi dan kemelesetan ekonomi. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengatasi masalah ekonomi melalui dasar kewangan dan dasar fiskal.
(B) Mengagihkan pendapatan.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud masalah agihan pendapatan yang tidak adil. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengagihkan pendapatan dengan lebih adil melalui sistem pencukaian dan subsidi. Maka, jurang kekayaan antara golongan miskin dengan golongan kaya dapat dirapatkan.
(C) Mengeluarkan barang awam.
Barang awam disediakan oleh pihak kerajaan berdasarkan prinsip tiada pengecualian, iaitu tiada seorang pun dikecualikan daripada menikmati faedah barang tersebut. Campur tangan kerajaan diperlukan untuk mengeluarkan lebih banyak barang awam supaya kebajikan masyarakat dimaksimumkan.
SOALAN 2:
(a) Terangkan perbezaan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2 markah]
Perubahan kuantiti diminta disebabkan perubahan harga barang itu sendiri manakala perubahan permintaan disebabkan faktor selain daripada harga barang itu sendiri seperti faktor pendapatan dan cita rasa pengguna.
(b) Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan terhadap keluk permintaan apabila
(i) harga barang penggenap naik. [4 markah]
Apabila harga penggenap naik, kuantiti diminta barang penggenap menurun. Maka, permintaan terhadap barang tersebut turut berkurangan. Keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. Pada tingkat harga yang sama, iaitu pada P0, kuantiti diminta menurun daripada Q0 kepada Q1.
(ii) pengguna menerima kenaikan pendapatan. [4 markah]
Penerimaan bonus meningkatkan pendapatan pekerja dan kuasa beli mereka bertambah. Maka, permintaan bertambah dan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Pada tingkat harga yang sama, iaitu pada P0, kuantiti diminta meningkat daripada Q0 kepada Q1.
SOALAN 3:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah subsidi? [2 markah]
Maksud faedah subsidi adalah pembayaran wang oleh kerajaan kepada pengguna dan pengeluar.
(b) Huraikan faedah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar dalam keadaan permintaan beranjal manakala penawaran tak anjal. [8 markah]
Keseimbangan asal dicapai di titik e0 apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
Dengan pemberian subsidi sebanyak B, kos pengeluaran menurun dan penawaran bertambah.
Maka, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke SbSb.
Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila keluk SbSb bersilang dengan keluk D0D0 pada harga P1 dan kuantiti Q1.
Kesannya, harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti meningkat daripada Q0 kepada Q1.
Faedah subsidi yang dinikmati pengguna adalah P0P1e1f.
Faedah subsidi yang dinikmati pengeluar adalah P0P2gf.
Oleh itu, faedah subsidi pengguna P0P1e1f lebih kecil daripada faedah subsidi pengeluar P0P2gf.
SOALAN 4:
Bezakan antara
(a) jangka masa pendek dengan jangka masa panjang. [3 markah]
Jangka masa pendek merujuk kepada proses pengeluaran yang melibatkan input tetap dan input berubah. Contohnya merupakan modal sebagai input berubah.
Jangka masa panjang merujuk kepada proses pengeluaran yang melibatkan input berubah sahaja. Sebagai contoh, modal dan buruh sebagai input berubah.
(b) kos eksplisit dengan kos implisit. [3 markah]
Kos eksplisit merujuk kepada kos atau perbelanjaan sebenar yang ditanggung oleh firma terhadap output yang digunakan dalam proses pengeluaran. Sebagai contoh, kos bahan mentah.
Kos implisit merujuk kepada perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh firma terhadap input milik firma. Sebagai contoh, sewa yang sepatutnya dibayar kepada kilang milik firma.
(c) ekonomi bidangan dengan tak ekonomi bidangan. [4 markah]
Ekonomi bidangan merujuk kepada faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang berkurangan kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri dan perkembangan industri secara keseluruhan.
Tak ekonomi bidangan merujuk kepada masalah atau keburukan yang dihadapi oleh firma yang menyebabkan kos purata jangka panjang bertambah kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri dan perkembangan industri secara keseluruhan.
SOALAN 5:
Terangkan bagaimana kerajaan dapat mengawal monopoli. [10 markah]
Kerajaan dapat mengawal monopoli dengan cara yang berikut:
a) Menetapkan harga sama dengan kos sut (harga optimum sosial).
Keseimbangan asal firma monopoli dicapai di titik e0 apabila keluk MR bersilang dengan keluk MC pada output Q0 dan harga P0.
Firma monopoli menikmati untung lebih normal sebanyak P0P1fg.
Dengan kawalan kerajaan melalui penetapan harga sama dengan kos sut, keseimbangan beralih ke titik e1 apabila keluk AR bersilang dengan keluk MC, iaitu harga optimum sosial pada P2 dan output Q1.
Jadi, tingkat harga turun dari P0 ke P2 dan output meningkat daripada Q0 ke Q1.
b) Menetapkan harga saa dengan kos purata.
Keseimbangan asal firma monopoli dicapai di titik e0 apabila keluk MR bersilang dengan keluk MC pada output Q0 dan harga P0.
Firma monopoli menikmati untung lebih normal sebanyak P0P1fg.
Dengan kawalan kerajaan melalui penetapan harga sama dengan kos purata, keseimbangan beralih ke titik e1 apabila keluk AR bersilang dengan keluk AC pada harga P2 dan output Q1.
Oleh itu, tingkat harga turun dari P0 ke P2 dan output meningkat daripada Q0 kepada Q1.
SOALAN 6:
(a) Apakah tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan? [3 markah]
Tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan:
(i) Tujuan ekonomi.
Menuntut upah yang lebih tinggi melalui perundingan kolektif.
(ii) Tujuan sosial.
Menuntut faedah sampingan dan tempat kerja yang sesuai dan selamat.
(iii) Tujuan politik.
Mempengaruhi dasar kerajaan yang berkaitan dengan kebajikan pekerja.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan dua cara kesatuan sekerja meningkatkan upah untuk ahlinya. [7 markah]
Dua cara kesatuan sekerja meningkatkan upah untuk ahlinya:
i) Meningkatkan produktiviti atau daya pengeluaran buruh.
Keseimbangan asal dicapai di titik e0 apabila keluk S0S0 buruh bersilang dengan keluk D0D0 buruh pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Apabila produktiviti buruh meningkat melalui pengkhususan atau peningkatan kemahiran, keluk permintaan buruh beralih ke kanan, iaitu dari D0D0 ke D1D1.
Keseimbangan baharu dicapai di titik e1 apabila keluk S0S0 buruh bersilang dengan keluk D1D1 buruh pada upah W1 dan kuantiti buruh L1.
Kesannya, upah meningkat dari W0 kepada W1 dan kuantiti buruh meningkat daripada L0 kepada L1.
ii) Mengehadkan penawaran buruh.
Keseimbangan asal dicapai di titik e0 apabila keluk S0S0 buruh bersilang dengan keluk D0D0 buruh pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Apabila penawaran buruh berkurangan melalui syarat kelayakan yang ketat dan tempoh latihan yang panjang, keluk penawaran buruh beralih ke kiri, iaitu dari S0S0 ke S1S1.
Keseimbangan baharu dicapai di titik e1 apabila keluk S1S1 buruh bersilang dengan keluk D0D0 buruh pada upah W1 dan kuantiti buruh L1.
Kesannya, upah meningkat dari W0 kepada W1 tetapi kuantiti buruh menurun daripada L0 kepada L1.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut:
C = 500 + 15Q
Dengan C = Jumlah kos (RM) dan Q = Kuantiti keluaran (unit).
Pada keluaran 100 unit dan harga keluaran RM 16.00 seunit,
(a) Berapakah kos tetap, kos berubah, dan jumlah kos? [3 markah]
Kos tetap = RM 500.00
Kos berubah = 15Q
Kos berubah = 15 (100)
Kos berubah = RM 1,500.00
Jumlah kos = RM 500.00 + RM 1,500.00
Jumlah kos = RM 2,000.00
(b) Berapakah keuntungan firma ini? [2 markah]
Untung atau Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos
Untung atau Rugi = (RM 16.00 x 100 unit) - RM 2,000.00
Untung atau Rugi = RM 1,600.00 - RM 2,000.00
Rugi = RM -400.00
Maka, firma mengalami kerugian sebanyak RM 400.00.
(c) Adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa? [2 markah]
Ya, firma masih boleh meneruskan operasinya sebab jumlah hasil RM 1,600.00 dapat membiayai kesemua kos berubah RM 1,500.00 dan sebahagian kos tetap RM 100.00. Jadi, kerugian firma adalah lebih rendah dengan meneruskan operasi. Sebaliknya, firma perlu menanggung kerugian yang lebih tinggi jika memberhentikan operasinya, iaitu bersamaan kos tetap sebanyak RM 500.00.
(d) Berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya firma mendapat pulang modal? [3 markah]
Pulang modal adalah keadaan apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos.
Jumlah hasil = Jumlah kos = RM 2,000.00
Maka,
Harga keluaran baharu = RM 2,000.00 / 100 unit
Harga keluaran baharu = RM 20.00
Oleh itu,
Peratus kenaikan harga = (RM 20.00 - RM 16.00) / RM 16.00 x 100%
Peratus kenaikan harga = 25%
SOALAN 2:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk bagi kos sut (MC), kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), hasil sut (MR), dan hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan bermonopoli.
(a) Berdasarkan gambar rajah di atas,
(i) berapakah output dan harga keseimbangan? [2 markah]
Output keseimbangan adalah 50 unit.
Harga keseimbangan adalah RM 60.00.
(ii) hitung jumlah kos berubah dan kos tetap pada tingkat output keseimbangan. [3 markah]
Jumlah kos berubah = AVC x Q
Jumlah kos berubah = RM 30.00 x 50 unit
Jumlah kos berubah = RM 1,500.00
Jumlah kos tetap = (AC - AVC) x Q
Jumlah kos tetap = (RM 50.00 - RM 30.00) x 50 unit
Jumlah kos tetap = RM 20.00 x 50 unit
Jumlah kos tetap = RM 1,000.00
(iii) hitung jumlah kos (TC) dan jumlah hasil (TR) pada tingkat output keseimbangan. [2 markah]
Jumlah kos = AC x Q
Jumlah kos = RM 50.00 x 50 unit
Jumlah kos = RM 2,500.00
Jumlah hasil = AR x Q
Jumlah hasil = RM 60.00 x 50 unit
Jumlah hasil = RM 3,000.00
(iv) hitung jumlah keuntungan atau kerugian pada tingkat output keseimbangan. [1 markah]
Untung atau Rugi = TR - TC
Untung atau Rugi = RM 3,000.00 - RM 2,500.00
Untung atau Rugi = RM 500.00
(b) Apakah jenis keuntungan firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka panjang? Berikan alasan anda. [2 markah]
Jenis keuntungan firma pasaran persaingan bermonopoli adalah untung normal. Disebabkan ciri kebebasan masuk dan keluar firma dalam pasaran persaingan bermonopoli.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!