EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN SEM 1 / PENGGAL 1 - 8
大家好吖,这一个篇章是关于 Soalan Latihan Semester 1,里面会含有:
(a) 35 题的 Soalan Objektif
(b) 6 题的 Soalan Esei
(c) 2 题的 Soalan Kuantitatif
Soalan Objektif 我会加黑哦,注意噢!
还有,Latihan 的题目数量是根据得到的数据而定哦!
请看:
SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1:
Faktor utama yang membezakan buruh dan usahawan sebagai sumber ekonomi ialah aspek
A. mobiliti.
B. kemahiran.
C. tanggungan risiko.
D. sumbangan terhadap proses pengeluaran.
SOALAN 2:
Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang jenis barang dalam ekonomi?
A. Barang awam biasanya dikeluarkan oleh kerajaan dan tidak mempunyai kos lepas.
B. Barang percuma merupakan barang yang tidak mempunyai harga dan penawarannya tidak terhad.
C. Barang perantaraan merupakan input yang digunakan untuk mengeluarkan barang akhir.
D. Barang ekonomi merupakan barang yang mempunyai penawaran terhad dan melibatkan harga.
SOALAN 3:
Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.
Keluk kemungkinan pengeluaran beralih dari KKP1 ke KKP2 disebabkan
A. kenaikan harga barang perkilangan.
B. peningkatan pendapatan barang pertanian.
C. pengurangan daya pengeluaran barang perkilangan.
D. pengurangan sumber ekonomi dalam sesebuah negara.
SOALAN 4:
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y.
Kombinasi |
A |
B |
C |
D |
E |
Barang X (unit) |
0 |
1 |
2 |
3 |
4 |
Barang Y (unit) |
10 |
9 |
7 |
4 |
0 |
Berapakah kos lepas bagi menambah pengeluaran barang Y daripada 4 unit kepada 9 unit?
A. 1 unit barang X.
B. 2 unit barang X.
C. 3 unit barang X.
D. 5 unit barang X.
SOALAN 5:
Masalah asas ekonomi 'untuk siapa hendak dikeluarkan' merujuk kepada
A. teknik pengeluaran yang sesuai.
B. kuantiti barang yang dikeluarkan.
C. corak agihan pendapatan masyarakat.
D. jenis barang yang hendak dikeluarkan.
SOALAN 6:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi.
Pertambahan pengeluaran getah sebanyak 50 juta tan metrik disebabkan oleh
A. pertambahan faktor pengeluaran dalam ekonomi.
B. kemajuan teknologi pengeluaran bagi getah.
C. peningkatan pendapatan isi rumah.
D. kejatuhan tingkat harga getah.
SOALAN 7:
Rumah yang digunakan sebagai kedai runcit ialah
A. barang perantaraan.
B. barang pengguna.
C. barang modal.
D. barang awam.
SOALAN 8:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawarkan bagi suatu barang di pasaran.
Harga (RM) |
Kuantiti ditawarkan
(unit) |
2.00 |
80 |
4.00 |
100 |
Fungsi penawaran barang tersebut ialah
A. Qs = -60 + 10P
B. Qs = 60 - 10P
C. Qs = 60 + 10P
D. Qs = 80 + 10P
SOALAN 9:
Dalam pasaran suatu barang, harga keseimbangan akan menurun manakala kuantiti keseimbangan akan meningkat jika pengurangan permintaan
A. lebih kecil daripada pertambahan penawaran.
B. lebih kecil daripada pengurangan penawaran.
C. lebih besar daripada pertambahan penawaran.
D. lebih besar daripada pengurangan penawaran.
SOALAN 10:
Peralihan keluk permintaan barang Z ke kiri disebabkan
A. kejatuhan harga barang Z jika barang X dan Z ialah barang penggenap.
B. kejatuhan harga barang Z jika barang X dan Z ialah barang pengganti.
C. kenaikan pendapatan pengguna jika barang Z ialah barang biasa.
D. perubahan cita rasa pengguna yang lebih menyukai barang Z.
SOALAN 11:
Yang manakah tidak benar tentang dasar harga maksimum?
I. Penetapan harga lebih rendah daripada harga pasaran.
II. Penetapan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
III. Mewujudkan lebihan permintaan.
IV. Mewujudkan lebihan penawaran.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 12:
Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang menurun apabila pendapatan pengguna meningkat, maka barang tersebut ialah barang
A. barang biasa.
B. barang mesti.
C. barang mewah.
D. barang bawahan.
SOALAN 13:
Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran padi.
Keluk penawaran padi beralih dari S0S0 ke S1S1 disebabkan
A. kenaikan harga padi.
B. kenaikan upah petani.
C. kejatuhan harga beras.
D. berlaku kemajuan teknologi.
SOALAN 14:
Menurut hukum permintaan, pengguna akan
A. mengurangkan permintaan apabila harga naik.
B. meningkatkan permintaan apabila harga turun.
C. mengurangkan kuantiti diminta apabila harga naik.
D. mengurangkan kuantiti diminta apabila harga turun.
SOALAN 15:
Pada peringkat awal pengeluaran, kos purata jangka panjang berkurang apabila output meningkat.
A. ekonomi bidangan.
B. tak ekonomi bidangan.
C. hukum pulangan bertambah.
D. hukum pulangan berkurangan.
SOALAN 16:
Berapakah tingkat output sebuah firma jika kos purata ialah RM 500.00, kos berubah purata ialah RM 450.00, dan jumlah kos tetap ialah RM 2,000.00?
A. 50 unit.
B. 40 unit.
C. 30 unit.
D. 20 unit.
SOALAN 17:
Gambar rajah di bawah menunjukkan TFC ialah keluk jumlah kos tetap dan TVC ialah keluk jumlah kos berubah.
Kos purata bagi mengeluarkan output 0Q ialah
A. 0Q / EQ
B. EQ / 0Q
C. 2(EQ) / 0Q
D. (0Q)(EQ) / 0Q
SOALAN 18:
Jika kos sut melebihi kos berubah purata semasa output sedang meningkat, ini bermakna
A. kos berubah purata sedang meningkat.
B. kos berubah purata sedang menurun.
C. kos purata sedang meningkat.
D. kos purata sedang menurun.
SOALAN 19:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos sebuah firma.
Output (unit) |
Jumlah kos (RM) |
0 |
10.00 |
1 |
19.00 |
2 |
27.00 |
3 |
34.00 |
4 |
40.00 |
Kos tetap purata dan kos berubah purata pada tingkat output yang keempat ialah
|
Kos tetap purata (RM) |
Kos berubah purata
(RM) |
A. |
10.00 |
2.50 |
B. |
2.50 |
2.50 |
C. |
2.50 |
3.50 |
D. |
2.50 |
7.50 |
SOALAN 20:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran purata bagi sebuah firma.
Keluaran purata lebih tinggi daripada keluaran sut pada titik
A. W
B. X
C. Y
D. Z
SOALAN 21:
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk keluaran purata (AP) dan keluk keluaran sut (MP).
Hukum pulangan berkurangan bermula dari input berubah
A. 0L1.
B. 0L2.
C. 0L3.
D. 0L4.
SOALAN 22:
Keluk permintaan firma persaingan sempurna yang berbentuk anjal sempurna menunjukkan firma
A. tidak boleh mengawal harga dan kuantiti.
B. mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran.
C. sentiasa memperoleh untung normal dalam jangka panjang.
D. boleh mengawal kuantiti keluaran tetapi tidak boleh mempengaruhi harga.
SOALAN 23:
Jika firma persaingan sempurna mengeluarkan output pada tingkat harga yang kurang daripada output yang memaksimumkan untung, maka
A. harga lebih tinggi daripada kos purata.
B. harga lebih tinggi daripada hasil sut.
C. harga lebih tinggi daripada kos sut.
D. kos sut lebih tinggi daripada harga.
SOALAN 24:
Pasaran persaingan tak sempurna tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber pada tingkat output keseimbangan sebab
A. harga melebihi kos sut.
B. kos sut minimum dicapai.
C. kos purata minimum tidak dicapai.
D. input digunakan pada kuantiti maksimum.
SOALAN 25:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti permintaan, harga, dan kos purata sebuah firma.
Kuantiti (unit) |
Harga per unit (RM) |
Kos purata (RM) |
1 |
900 |
750 |
2 |
800 |
625 |
3 |
700 |
500 |
4 |
600 |
450 |
5 |
500 |
430 |
6 |
400 |
425 |
7 |
300 |
450 |
Berapakah kuantiti keseimbangan firma tersebut?
A. 2 unit.
B. 3 unit.
C. 4 unit.
D. 5 unit.
SOALAN 26:
Antara berikut, yang manakah ciri pasaran persaingan bermonopoli yang sama dengan pasaran persaingan sempurna?
A. Kuasa menentukan harga.
B. Kebebasan masuk keluar firma.
C. Kewujudan persaingan bukan harga.
D. Keluaran merupakan pengganti hampir.
SOALAN 27:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran monopoli.
Berapakah lebihan pengguna pada tingkat keseimbangan?
A. RM 40.00
B. RM 100.00
C. RM 200.00
D. RM 400.00
SOALAN 28:
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti keluaran dan jumlah kos sebuah firma persaingan sempurna.
Kuantiti (unit) |
Jumlah kos (RM) |
1 |
10.00 |
2 |
18.00 |
3 |
23.00 |
4 |
29.00 |
5 |
38.00 |
6 |
48.00 |
7 |
63.00 |
Jika harga pasaran ialah RM 10.00, berapakah jumlah untung firma tersebut?
A. RM 50.00
B. RM 48.00
C. RM 12.00
D. RM 10.00
SOALAN 29:
Antara berikut, yang manakah bukan peranan untung?
A. Untung menggalakkan pembaharuan.
B. Untung menggalakkan pelaburan dalam kegiatan ekonomi.
C. Untung menggalakkan jualan maksimum pada harga yang rendah.
D. Untung menggalakkan peruntukan faktor pengeluaran secara cekap.
SOALAN 30:
Yang manakah langkah oleh kesatuan sekerja yang dapat meningkatkan upah dan menambah guna tenaga buruh?
A. Meningkatkan daya keluaran sut buruh.
B. Mengadakan mogok dan pemulauan.
C. Mengehadkan penawaran buruh.
D. Menetapkan upah minimum.
SOALAN 31:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan buruh dan keluk penawaran buruh.
Apakah yang akan berlaku jika kesatuan sekerja menetapkan upah minimum pada upah RM 10.00?
A. Jumlah upah adalah sebanyak RM 15.00.
B. Pengangguran adalah sebanyak 5 ribu orang.
C. Jumlah upah bertambah sebanyak RM 20.00.
D. Perubahan jumlah upah adalah sebanyak RM 20.00.
SOALAN 32:
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran buruh.
Sewa ekonomi buruh ialah
A. QRP.
B. WPR.
C. WTR.
D. 0QRT.
SOALAN 33:
Perbezaan antara kadar upah nominal dengan kadar upah benar ialah
A. kos sara hidup.
B. kadar inflasi.
C. kadar bunga.
D. kos lepas.
SOALAN 34:
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh, upah, dan keluaran sebuah firma.
Kuantiti buruh (orang) |
Jumlah upah (RM) |
Jumlah keluaran (unit) |
1 |
20 |
100 |
2 |
50 |
250 |
3 |
80 |
380 |
4 |
110 |
490 |
5 |
140 |
560 |
Jika keluaran firma tersebut dijual dengan harga 30 sen per unit dan firma ingin memaksimumkan untung, maka kuantiti buruh yang akan diambil bekerja ialah
A. 1 orang.
B. 2 orang.
C. 3 orang.
D. 4 orang.
SOALAN 35:
Kadar bunga benar ialah
A. kadar bunga nominal ditolak kadar inflasi.
B. kadar bunga yang telah ditentukan terhadap pinjaman modal.
C. kadar bunga yang sebenarnya dibayar pada akhir tahun terhadap pinjaman modal.
D. jumlah kadar bunga yang dikenakan terhadap simpanan wang di institusi kewangan.
SOALAN ESEI
SOALAN 1:
(a) Apakah maksud kos lepas? [2 markah]
Kos lepas mengukur jumlah sesuatu barang yang dilepaskan apabila menambah seunit barang lain.
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan konsep kos lepas meningkat. [8 markah]
Kombinasi |
Barang X (unit) |
Barang Y (unit) |
A |
0 |
10 |
B |
1 |
9 |
C |
2 |
7 |
D |
3 |
4 |
E |
4 |
0 |
Apabila pengguna beralih dari kombinasi A ke B, kos lepasnya ialah 1 unit barang Y untuk mendapat tambahan seunit barang X.
Kombinasi A ke B = 10 - 9
Kombinasi A ke B = 1 unit barang Y
Kombinasi B ke C = 9 - 7
Kombinasi B ke C = 2 unit barang Y
Kombinasi C ke D = 7 - 4
Kombinasi C ke D = 3 unit barang Y
Kombinasi D ke E = 4 - 0
Kombinasi D ke E = 4 unit barang Y
Berdasarkan jadual di atas, tambahan seunit barang X menyebabkan pengurangan barang Y dengan jumlah yang meningkat. Jadi, kos lepas meningkat.
SOALAN 2:
(a) Dengan menggunakan rajah, jelaskan perbezaan antara perubahan kuantiti ditawarkann dengan perubahan penawaran. [4 markah]
Perubahan kuantiti ditawarkan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama manakala perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri.
(b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi perubahan penawaran. [6 markah]
Tiga faktor yang mempengaruhi perubahan penawaran:
I) Perubahan harga input.
Apabila harga input naik, kos pengeluaran akan bertambah dan penawaran berkurangan. Sebaliknya, apabila harga input turun, kos pengeluaran akan berkurang dan penawaran bertambah.
II) Dasar kerajaan.
Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, kos pengeluaran yang meningkat menyebabkan penawaran berkurangan. Sebaliknya, jika kerajaan memberi subsidi, kos pengeluaran berkurang, dan penawaran bertambah.
III) Kemajuan teknologi.
Kemajuan teknologi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran. Maka, kos pengeluaran berkurang dan penawaran bertambah.
SOALAN 3:
Andaikan bahawa keluk permintaan tak anjal manakala keluk penawaran anjal uniti. Dengan menggunakan rajah, terangkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar akibat kenaikan cukai jualan. [10 markah]
Keseimbangan asal dicapai di titik e0 apabila keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.
Kenaikan cukai jualan sebanyak T meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan penawaran.
Maka, keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke StSt.
Keseimbangan baharu dicapai di titik e1 apabila keluk StSt bersilang dengan keluk D0D0 pada harga P1 dan kuantiti Q1.
Kesannya, harga naik dari P0 ke P1 dan kuantiti menurun daripada Q0 kepada Q1.
Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah P0P1e1f.
Beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar adalah P0P2fg.
Jadi, beban cukai pengguna P0P1e1f lebih besar daripada beban cukai pengeluar P0P2fg.
SOALAN 4:
(a) Mengapakah sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek berbanding dengan jangka masa panjang? [6 markah]
Dalam jangka masa pendek, terdapat input tetap dan input berubah. Firma dapat meningkatkan pengeluaran dengan menambah input berubah sahaja. Pada masa yang sama, keupayaan input tetap adalah terhad. Maka, sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek.
Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, tidak mempunyai input tetap kerana semua input boleh ditambah. Hanya wujud input berubah sahaja. Oleh itu, sebuah firma dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa panjang dengan menambah input berubah. Bukti yang paling jelas adalah kemajuan teknologi dapat meningkatkan produktiviti atau daya pengeluaran firma dalam jangka masa panjang.
(b) Huraikan dua faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan luaran dalam jangka panjang. [4 markah]
Dua faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan luaran dalam jangka panjang:
(i) Ekonomi penempatan dan pemusatan.
Dengan perkembangan industri secara keseluruhan, firma cenderung bertumpu di sebuah kawasan perindustrian, di mana kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial disediakan oleh kerajaan. Kemudahan sosial seperti hospital, sekolah, institusi kewangan, dan agensi kerajaan akan menyumbang kepada kelancaran operasi pengeluaran firma. Maka, firma yang beroperasi di sesebuah kawasan perindustrian akan mengalami kos purata yang menurun dalam jangka panjang.
(ii) Ekonomi infrastruktur.
Sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap di sebuah kawasan perindustrian turut membantu firma menjimatkan kos pengeluaran dalam jangka panjang. Sebagai contoh, jalan raya yang baik, kemudahan pelabuhan dan stesen kereta api yang berdekatan serta rangkaian perhubungan yang baik melalui teknologi maklumat.
SOALAN 5:
(a) Takrifkan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan. [2 markah]
Kecekapan pengeluaran merujuk kepada keadaan apabila tingkat output dikeluarkan pada kos purata minimum. Kecekapan peruntukan merujuk kepada keadaan apabila tingkat output dikeluarkan pada harga sama dengan kos sut, iaitu P = AR = MC.
(b) Mengapakah firma persaingan sempurna dapat menikmati kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma persaingan bermonopoli? [8 markah]
Kecekapan pengeluaran:
Firma persaingan sempurna dapat mencapai kecekapan pengeluaran sebab output keseimbangan jangka panjang dicapai pada kos purata minimum.
Firma persaingan bermonopoli tidak kecekapan pengeluaran sebab output keseimbangan dicapai pada tingkat kos purata menurun, iaitu kos purata bukan minimum.
Kecekapan peruntukan:
Firma persaingan sempurna dapat mencapai kecekapan peruntukan sebab output keseimbangan dicapai pada tingkat harga sama dengan kos sut.
Firma persaingan bermonopoli tidak kecekapan peruntukan sebab output keseimbangan dicapai pada tingkat harga melebihi kos sut.
SOALAN 6:
Terangkan perbezaan antara:
(a) perolehan pindahan dengan sewa ekonomi. [5 markah]
Perolehan pindahan merujuk kepada bayaran minimum yang perlu dibayar kepada sesuatu faktor pengeluaran untuk mengelakkannya daripada kegunaan pilihan kedua terbaik. Manakala, sewa ekonomi merujuk kepada bayaran yang melebihi apa yang diperlukan untuk mengelakkan sesuatu faktor daripada kegunaan pilihan kedua terbaik, iaitu bayaran yang melebihi perolehan pindahan.
Contohnya:
Sebidang tanah boleh digunakan untuk dua tujuan yang berikut:
(i) Menanam padi dan sewanya sebanyak RM 100.00.
(ii) Menanam jagung dan sewanya sebanyak RM 100.00.
Maka, perolehan pindahan adalah RM 100.00 dan sewa ekonomi adalah RM 50.00 (RM 150.00 - RM 100.00).
(b) sewa ekonomi tulen dengan sewa kuasi. [5 markah]
Sewa ekonomi tulen merujuk kepada jumlah bayaran kepada faktor pengeluaran yang penawarannya tetap atau tak anjal sempurna. Manakala, sewa kuasi merujuk kepada jumlah bayaran kepada faktor pengeluaran yang penawarannya tetap atau tidak anjal sempurna dalam jangka pendek sahaja. Nilainya diperoleh dengan menolak jumlah kos berubah daripada jumlah hasil.
Rumus sewa kuasi = Jumlah hasil (TR) - Jumlah kos berubah (TVC)
Maka, sewa kuasi adalah pendapatan kepada faktor tetap dalam jangka yang pendek.
SOALAN KUANTITATIF
SOALAN 1:
Berikut adalah persamaan penawaran dan permintaan bagi barang X.
P = 50 + 3Q
P = 200 - 2Q
Dengan P = Harga barang X (RM) dan Q = Kuantiti barang X ('000 kg)
(a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2 markah]
Qs = Qd
50 + 3Q = 200 - 2Q
3Q + 2Q = 200 - 50
5Q = 150
Q = 30,000 kg
P = 50 + 3(30)
P = 50 + 90
P = RM 140.00
(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM 20.00 per kg,
(i) berikan persamaan penawaran yang baharu. [1 markah]
B = RM 20.00
Persamaan penawaran yang baharu adalah
Pb = 50 + 3Q - 20
Pb = 30 + 3Q
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan baharu. [2 markah]
Qsb = Qd
30 + 3Q = 200 - 2Q
3Q + 2Q = 200 - 30
5Q = 170
Q = 34,000 kg
P = 30 + 3(34)
P = 30 + 102
P = RM 132.00
(iii) hitung jumlah perbelanjaan kerajaan. [1 markah]
Jumlah perbelanjaan kerajaan = RM 20.00 x 34,000 kg
Jumlah perbelanjaan kerajaan = RM 680,000.00
(iv) nyatakan kesan dasar tersebut terhadap pasaran barang X. [1 markah]
Kesannya, harga barang X menurun daripada RM 140.00 kepada RM 132.00 dan kuantiti barang X meningkat daripada 30,000 kg kepada 34,000 kg.
(c) Lukis keluk penawaran barang X sebelum dan selepas subsidi diberikan dengan menggunakan kertas graf. [3 markah]
SOALAN 2:
Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran bagi sebuah firma persaingan sempurna.
Buruh (orang) |
Jumlah keluaran (unit) |
0 |
0 |
1 |
20 |
2 |
44 |
3 |
66 |
4 |
80 |
5 |
90 |
6 |
96 |
(a) Jika harga keluaran ialah RM 3.00 seunit, hitung
(i) jumlah hasil. [1 markah]
Buruh (orang) |
Jumlah hasil (RM) |
0 |
0 |
1 |
60 |
2 |
132 |
3 |
198 |
4 |
240 |
5 |
270 |
6 |
288 |
(ii) keluaran hasil sut. [1 markah]
Buruh (orang) |
Keluaran hasil sut
(RM) |
0 |
- |
1 |
60 |
2 |
72 |
3 |
66 |
4 |
42 |
5 |
30 |
6 |
18 |
(b) Berapakah jumlah buruh yang digunakan apabila tingkat upah ialah RM 30.00? [2 markah]
Jumlah buruh yang digunakan adalah 5 orang buruh sebab keluaran hasil sut sama dengan kos sut faktor sama dengan upah (MRP = MCF = Upah).
(c) Hitung jumlah untung atau rugi pada tingkat keseimbangan. [2 markah]
Untung atau Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos
Untung atau Rugi = RM 270.00 - (RM 30.00 x 5 unit)
Untung atau Rugi = RM 270.00 - RM 150.00
Untung = RM 120.00
(d) Jika firma menggunakan 3 orang buruh,
(i) hitung untung yang diperoleh firma tersebut. [2 markah]
Untung atau Rugi = RM 198.00 - (RM 30.00 x 3 unit)
Untung atau Rugi = RM 198.00 - RM 90.00
Untung = RM 108.00
(ii) apakah tindakan yang perlu diambil oleh firma untuk memperoleh untung maksimum? [2 markah]
Firma perlu menambah penggunaan buruh sehingga keluaran hasil sut sama dengan kos sut faktor pada 5 orang buruh.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!