PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 18


我来更新啦~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Negara demokrasi berparlimen merujuk kepada ciri-ciri

I.      Ahli Kabinet dilantik dari kalangan ahli dua majlis Parlimen.

II.     Ketua kerajaan boleh 'diturunkan' melalui undi tidak percaya.

III.    Ketua negara menjadi lambang dan menjalankan kuasa pemerintahan.

IV.    Doktrin pengasingan kuasa diamalkan untuk mengelakkan salah guna kuasa.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Antara pernyataan berikut, yang manakah menyebabkan penamaan sebagai calon Dewan Undangan Negeri ditolak semasa hari penamaan calon?

A.    Tidak mendaftar sebagai pemilih.

B.     Wang pertaruhan diraja oleh parti politik tertentu.

C.    Alamat dalam borang pencalonan menunjukkan calon bermastautin di negeri yang tidak sama dengan kawasan yang ditandingi.

D.    Pencadang menggunakan alamat tempat tinggal yang tidak sama dengan bakal calon tetapi masih dalam kawasan yang ditandingi.

SOALAN 3:

Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan kepada badan perundangan?

A.    Tempoh lima tahun penggal Parlimen bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen.

B.     Suruhanjaya Pilihan Raya berhak membatalkan keputusan calon yang memenangi pilihan raya secara tipu muslihat.

C.    Proses pilihan raya boleh diadakan secara berasingan antara kawasan Parlimen dengan kawasan Dewan Undangan Negeri.

D.    Jika Encik X dilantik sebagai Senator, tempoh memegang jawatan adalah tidak lebih 2 penggal iaitu 8 tahun sama ada secara berterusan atau sebaliknya.

SOALAN 4:

Yang manakah merupakan ahli ex-officio Dewan Undangan Negeri Melaka?

A. Mufti Negeri.

B. Pegawai Kewangan Negeri.

C. Setiausaha Kerajaan Negeri.

D. Penasihat Undang-Undang Negeri.

SOALAN 5:

Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan fungsi Majlis Raja-Raja?

I.      Memberi nasihat mengenai pelantikan Ketua Audit Negara.

II.     Mengarahkan Kabinet mengubah dasar-dasar kerajaan yang menimbulkan bantahan rakyat.

III.    Memberi persetujuan kepada cadangan perubahan sempadan negeri di Semenanjung Malaysia.

IV.    Memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penganugerahan pingat-pingat kebesaran negara.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 6:

Antara amalan berikut, yang manakah yang perlu dipatuhi untuk memastikan tadbir urus yang baik?

I.      Ketelusan.

II.     Akauntabiliti.

III.   Pengekalan prestasi.

IV.    Mematuhi undang-undang.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 7:

Antara mesyuarat berikut, yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I.      Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

II.     Mesyuarat Majlis Perancangan Negara.

III.    Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Kementerian.

IV.    Mesyuarat Menteri-Menteri Besar atau Ketua Menteri.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 8:

@ Jackie dilahirkan di Pulau Pinang pada 25 September 1960.

@ Bapanya warganegara Poland manakala ibunya rakyat Thailand.

Antara yang berikut, yang manakah mengenai taraf kewarganegaraan Jackie?

A. Bukan warganegara.

B. Warganegara secara masukan.

C. Warganegara secara pendaftaran.

D. Warganegara secara kuat kuasa undang-undang.

SOALAN 9:

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan?

 

Senarai Persekutuan

Senarai Negeri

Senarai Bersama

A.

Kajian, Siasatan, dan Penyelidikan.

Muzium.

Kebudayaan dan Sukan.

B.

Hari Kelepasan Am.

Perkhidmatan Bomba.

Perikanan Laut Dalam.

C.

Pemeliharaan Warisan.

Menangkap ikan di sungai.

Keselamatan Sosial.

D.

Kebajikan Masyarakat.

Tanah.

Kebajikan Orang Asli.

SOALAN 10:

Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri?

A. Ketua Perkhidmatan Awam.

B. Menjalankan kuasa eksekutif di peringkat negeri.

C. Mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

D. Ahli Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

SOALAN 11:

Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk

I.      Menjelaskan kelemahan dalam perbelanjaan.

II.     Menyiapkan laporan tentang akaun perbelanjaan.

III.    Menerima dan mengutip caruman daripada majikan.

IV.    Mengubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada Suruhanjaya?

A. Ahli Majlis Parlimen boleh menjadi ahli Suruhanjaya.

B. Saraan anggota Suruhanjaya ditetapkan oleh Perlembagaan.

C. Ahli-ahlinya boleh dipecat hanya melalui syor oleh satu tribunal penyiasatan.

D. Boleh memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

SOALAN 13:

Antara yang berikut, yang manakah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dalam membuat peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan?

I.      Jumlah hasil yang diperolehi.

II.     Keluasan kawasan Kerajaan Tempatan.

III.    Panjang jalan raya dalam kawasan Kerajaan Tempatan.

IV.    Jumlah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 14:

Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas negeri Sabah?

A. Melantik majistret bagi mahkamah sivil di negeri tersebut.

B. Melantik Yang di-Pertua Negeri dengan syor dari Perdana Menteri.

C. Membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah disyorkan oleh Ketua Menteri.

D. Menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

SOALAN 15:

%  Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian.

%  Mengabungkan kepakaran terbaik dari sektor awam dan sektor swasta.

%  Menyokong penyampaian Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Pernyataan di atas merujuk kepada agensi

A. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP).

B. Unit Kerjasama Sektor Awam Swasta (UKAS).

C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1