PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 16


我更新了~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah benar tentang Malaysia sebagai negara berdaulat?

A. Mempunyai sempadan negara yang luas.

B. Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar.

C. Mempunyai Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

D. Mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat melalui piliha raya.

SOALAN 2:

Yang manakah berikut tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa?

I.      Mengelakkan pertindihan kuasa.

II.     Mengelakkan pembahagian kuasa.

III.    Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

IV.    Mengelakkan pemerintahan campuran.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Yang manakah benar tentang demokrasi berparlimen di Malaysia?

A. Setiap rakyat layak mengundi dalam pilihan raya.

B. Mereka yang menang dalam pilihan raya akan menjadi menteri.

C. Parti yang menang majoriti dalam pilihan raya akan memilih Perdana Menteri.

D. Calon pilihan raya boleh bertanding untuk kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

SOALAN 4:

Yang manakah benar tentang peruntukan agama bagi Persekutuan?

I.      Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam di Malaysia.

II.     Ketua Negeri menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

III.    Agama-agama lain bebas diamalkan walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan.

IV.    Majlis Raja-Raja mesti dirujuk untuk membuat keputusan tentang apa-apa amalan dan upacara agama bagi seluruh Persekutuan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 5:

Yang manakah antara perkara berikut termasuk dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri?

I.      Mengeluarkan permit pekerja asing.

II.     Menjaga keselamatan perairan negara.

III.    Menjalankan operasi menyelamat kebakaran.

IV.    Mendaftarkan kelahiran dan kematian individu.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 6:

Yang manakah berikut sekatan terhadap Yang di-Pertuan Agong?

A. Menjalankan tugas raja di negeri baginda sendiri.

B. Menjadi ketua agama Islam bagi negerinya sendiri.

C. Melantik Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.

D. Menjalankan dan meluluskan pindaan Perlembagaan negeri baginda.

SOALAN 7:

Yang manakah menyebabkan seseorang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya?

I.      Bekas banduan.

II.     Pelatih pusat serenti.

III.    Petugas pilihan raya.

IV.    Tidak mendaftar sebagai pemilih.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

Yang manakah benar tentang peringkat pentadbiran dalam negeri di Sarawak?

A. Residen, Daerah, Daerah Kecil, dan Kampung.

B. Residen, Daerah, Mukim, dan Kampung.

C. Daerah, Mukim, dan Kampung.

D. Daerah dan Kampung.

SOALAN 9:

Yang manakah padanan yang benar tentang agensi pusat dan fungsinya?

 

Agensi Pusat

Fungsi

A.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Mengelola dan mentadbir Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

B.

Unit Perancang Ekonomi

Menggubal dasar dan melaksana garis panduan pelaburan asing.

C.

Unit Penyelarasann Pelaksanaan

Meningkatkan kecekapan dalam kalangan kakitangan kerajaan.

D.

Perbendaharaan

Menggubal skim gaji kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

SOALAN 10:

Jenis kes                        : Sivil.

Nilai Tuntutan               : RM 80,000.00

Kes                                : Tuntutan kemalangan kenderaan bermotor.

Berdasarkan pernyataan di atas, kes tersebut dibicarakan di

A. Mahkamah Tinggi.

B. Mahkamah Sesyen.

C. Mahkamah Majistret.

D. Mahkamah Tuntutan Kecil.

SOALAN 11:

Yang manakah berikut merupakan suruhanjaya yang ditubuhkan melalui peruntukan

I.      Suruhanjaya Pilihan Raya.

II.     Suruhanjaya Perkhidmatan.

III.    Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

IV.    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Dalam urusan pembinaan hospital, yang manakah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri?

A. Menyediakan bekalan air bersih.

B. Menyediakan peruntukan kewangan.

C. Meluluskan pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan.

D. Meluluskan permohonan membekalkan tenaga elektrik.

SOALAN 13:

Yang manakah badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang dibentuk mengikut ketetapan Perlembagaan?

I.      Majlis Air Negara.

II.     Majlis Kewangan Negara.

III.    Majlis Keselamatan Negara.

IV.    Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 14:

Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan

I.      panjang jalan raya.

II.     bilangan penduduk.

III.    jumlah hasil yang diperoleh.

IV.    hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 15:

Tadbir urus terbaik memberi tumpuan kepada aspek

I.      prestasi.

II.     integriti.

III.    mengutamakan pelanggan.

IV.    pematuhan undang-undang.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1