PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 19


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah ciri-ciri sesebuah negara?

I.      Penduduk tetap.

II.     Merdeka.

III.    Sempadan negara yang diiktiraf.

IV.    Berkuasa sendiri.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 2:

Yang manakah benar tentang konsep Perlembagaan Persekutuan?

I.      Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

II.     Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.

III.    Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

IV.    Meningkatkan semangat patriotik.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 3:

Perlembagaan Persekutuan mengandungi kebebasan diri iaitu

A.    Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

B.   Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

C.     Setiap warganegara berhak untuk menghimpun dengan aman tanpa senjata.

D.    Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

SOALAN 4:

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai amalan demokrasi di Malaysia?

A. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu kerajaan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

B.  Parti politik yang memenangi majoriti mudah bilangan kerusi dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk membentuk kerajaan.

C.     Sistem demokrasi berteraskan konsep “kerajaan rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat”.

D.    Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, tidak terdiri daripada anggota parti politik.

SOALAN 5:

Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM 2,000 dan belum menerima pengampunan.

Berdasarkan kenyataan ini, yang manakah benar?

A. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

B. Hilang kelayakan menjadi calon.

C. Tidak boleh terlibat dengan Pilihan Raya Dewan Rakyat.

D. Tidak boleh terlibat dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri.

SOALAN 6:

Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh

A. Majlis Raja-Raja.

B. Jemaah Menteri.

C. Perdana Menteri.

D. Dewan Rakyat.

SOALAN 7:

Berikut adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong kecuali

A. memberi keutamaan kepada permaisuri dalam segala hal.

B. melantik seorang Perdana Menteri.

C. tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

D. meminta diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

SOALAN 8:

Fungsi Kabinet ialah

I.      mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

II.     menggubal dasar kerajaan persekutuan.

III.    menangani sebarang masalah yang melibatkan negara dan rakyat.

IV.    melaksanakan tugas eksekutif.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah benar tentang Setiausaha Parlimen?

I.      Terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.

II.     Saraan ditetapkan oleh Parlimen.

III.    Tidak semestinya Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.

IV.    Saraan ditetapkan oleh Kabinet.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 10:

a Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan lancar.

a Memastikan perbahasan mematuhi peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

a Membuat keputusan dan tafsiran mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

Kriteria berikut adalah peranan jawatan

A. Ketua Whip.

B. Ketua Pembangkang.

C. Ahli Dewan Rakyat.

D. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

SOALAN 11:

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara 

I.      Tiada kuasa membatalkan sebarang Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat.

II.     Boleh memulakan proses Rang Undang-Undang biasa tetapi tidak diamalkan di Malaysia.

III.    Membahaskan titah ucapan Ketua Negeri.

IV.    Bertindak membahaskan dan meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Negeri.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 12:

Antara yang berikut, kaedah manakah yang boleh digunakan untuk menahan seseorang? 

I.          Surat saman mengandungi kesalahan, tarikh, dan waktu untuk hadir ke mahkamah.

II.  Apabila Orang Kena Tuduh (OKT) tidak hadir ke mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan, maka waran tangkap dikeluarkan.

III.    Individu yang ditahan mesti diharapkan kepada Majistret dalam tempoh 24 jam.

IV.    Setiap tertuduh tidak boleh ditahan melebihi 14 hari untuk tujuan siasatan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 13:

Prosedur Lembaga Pengampunan meliputi

I.      Kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri yang beraja atau mempunyai Yang di-Pertua Negeri.

II.     Pertikaian antara negeri dengan negeri dengan persekutuan.

III.    Kesalahan yang dilakukan di wilayah-wilayah persekutuan.

IV.    Membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 14:

Tadbir urus yang baik dapat dilihat melalui prinsip tadbir urus negara iaitu

A. memberi keyakinan kepada rakyat, perkongsian maklumat yang lengkap, tepat, dan jelas.

B. kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran perlu dipertingkatkan.

C. modal insan perlu diurus secara cekap dan berkesan bagi melahirkan tenaga kerja berkualiti.

D. usaha ke arah mengekalkan akauntabiliti dan profesionalisme yang tinggi amat penting.

SOALAN 15:

Yang manakah merupakan kepentingan tadbir urus yang baik?

A. Memantapkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan.

B. Memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

C. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.

D. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1