PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 15
SOALAN 1:
Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat?A. Mempunyai komuniti tertentu.
B. Mempunyai rakyat yang matang.
C. Mempunyai hubungan dengan negara luar.
D. Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat.
SOALAN 2:
Amalan sistem pentadbiran kerajaan Malaysia adalah berdasarkan
I. Perlembagaan negara.
II. ketertinggian Parlimen.
III. demokrasi berparlimen.
IV. doktrin pengasingan kuasa.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 3:
& Bendera Jalur Gemilang. & Bersahabat dengan semua negara. |
Pernyataan di atas melambangkan Malaysia sebuah negara yang
A. merdeka.
B. beridentiti.
C. berwibawa.
D. berkuasa sendiri.
SOALAN 4:
Yang manakah berkaitan Doktrin Duluan Kehakiman?
A. Keputusan hakim Mahkamah Tinggi tidak boleh dicabar.
B. Keputusan Mahkamah Rendah harus merujuk Mahkamah Khas.
C. Keputusan kehakiman di mahkamah terdahulu dijadikan panduan.
D. Keputusan Mahkamah Persekutuan dijadikan contoh pengendalian kes.
SOALAN 5:
Yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen?
I. Mengendalikan kes rayuan.
II. Membicarakan semua kes jenayah.
III. Memeriksa rekod kes sivil mahkamah yang lebih rendah.
IV. Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 6:
T Anggota Lembaga Pengampunan. T Memiliki keutamaan di mahkamah. |
Pernyataan di atas merujuk kepada jawatan
A. Peguam Negara.
B. Ketua Hakim Negara.
C. Pesuruhjaya Kehakiman.
D. Presiden Mahkamah Rayuan.
SOALAN 7:
À Pindaan kuasa Kerajaan Negeri. À Pindaan berkaitan kedudukan bumiputera. |
Berdasarkan pernyataan di atas, pindaan tersebut boleh dilakukan dengan
A. sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan keizinan Majlis Raja-Raja.
B. sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
C. sokongan 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
D. sokongan 2/3 ahli Parlimen dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri dan keizinan Majlis Raja-Raja.
SOALAN 8:
Dalam pilihan raya
2018, Puan A bertanding dalam kawasan Parlimen Y dan memenangi kerusi
tersebut. |
Yang manakah pernyataan di atas benar tentang Puan A?
I. Beliau boleh menjadi ahli Dewan Negara.
II. Beliau dikenali sebagai ahli Dewan Rakyat.
III. Beliau boleh dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat.
IV. Beliau boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Perdana Menteri.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 9:
Keanggotaan Dewan Negara terdiri daripada
I. ahli-ahli Dewan Rakyat.
II. ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
III. pegawai kanan perkhidmatan awam.
IV. individu yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 10:
Yang manakah badan berkanun berikut terletak di bawah Kementerian Kewangan?
I. CIMB Bank Berhad.
II. Public Bank Berhad.
III. Bank Simpanan Nasional.
IV. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 11:
A Rang Undang-Undang dibahaskan secara menyeluruh oleh
ahli dewan. A Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk menjawab semua
pertanyaan mengenainya. |
Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat penggubalan undang-undang di Parlimen semasa
A. Jawatankuasa.
B. Dewan Negara.
C. Bacaan Kedua.
D. Bacaan Ketiga.
SOALAN 12:
Ahli Kabinet
bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. |
Pernyataan di atas membawa maksud
A. ahli Kabinet bertanggungjawab mematuhi semua arahan Kabinet.
B. ahli Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen.
C. ahli Kabinet bertanggungjawab melaksanakan dasar yang diluluskan dalam Dewan Rakyat.
D. ahli Kabinet bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat di Parlimen.
SOALAN 13:
Semenanjung |
Sabah |
Sarawak |
Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri |
X |
Majlis Tertinggi |
Y |
Dewan Undangan
Negeri |
Majlis Negeri |
Merujuk kepada jadual di atas, X dan Y masing-masing ialah
A. Majlis Negeri dan Dewan Negeri.
B. Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
C. Dewan Undangan Negeri dan Majlis Negeri.
D. Kabinet Negeri dan Dewan Undangan Negeri.
SOALAN 14:
Yang manakah cabaran utama globalisasi dalam tadbir urus baik?
A. Peluang pasaran yang lebih luas.
B. Kos sara hidup yang semakin meningkat.
C. Hubungan diplomatik dengan negara lain.
D. Kadar penembusan maklumat tanpa batasan.
SOALAN 15:
Yang manakah faedah aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus?
A. Meningkatkan kreativiti pentadbiran.
B. Meningkatkan kecekapan sistem penyamapaian awam.
C. Meningkatkan keyakinan terhadap kesahihan maklumat.
D. Meningkatkan kerjasama antara rakyat dengan pihak kerajaan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!