PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 14
SOALAN 1:
|
Ciri Asas Negara |
Ciri Negara Berdaulat |
I. |
Mempunyai sempadan
yang jelas. |
Mempunyai
identiti yang tersendiri. |
II. |
Mempunyai hubungan
diplomatik dengan negara luar. |
Mempunyai
institusi pemerintahan yang berkesan. |
III. |
Mempunyai penduduk
yang tetap. |
Mentadbir
negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing. |
IV. |
Mempunyai Perlembagaan
sebagai undang-undang tertinggi. |
Berkuasa
membuat sebarang keputusan berkaitan masa depan negara. |
Yang manakah pernyataan yang betul antara ciri asas negara dengan ciri negara berdaulat?
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah benar tentang faktor pembentukan Malaysia?
A. Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak, dan Singapura.
B. Mengelakkan kemasukan pendatang asing tanpa izin.
C. Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, dan Singapura.
D. Memulihkan ekonomi wilayah yang bergabung.
SOALAN 3:
Encik Night berumur
43 tahun dan seorang warga negara Amerika Syarikat. |
Yang manakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Encik Night untuk menjadi warganegara Malaysia?
I. Berkelakuan baik.
II. Berniat untuk menetap di Malaysia.
III. Berkemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
IV. Bermastautin selama 5 tahun di Malaysia sebelum permohonan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 4:
Yang manakah benar tentang ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia?
A. Parlimen berkuasa penuh untuk mengesahkan undang-undang.
B. Kedudukan Ketua Kerajaan ditentukan dengan undian Parlimen.
C. Yang di-Pertuan Agong menjalankan pemerintahan dengan kuasa mutlak.
D. Pembahagian kuasa kepada Parlimen, mahkamah, dan pentadbiran.
SOALAN 5:
Wujud sekatan terhadap kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran dalam kalangan warganegara Malaysia. Sekatan ini bertujuan untuk
I. Menjamin keselamatan negara.
II. Menjaga keharmonian hidup rakyat.
III. Mengelakkan campur tangan rakyat dalam pentadbiran negara.
IV. Menghalang rakyat daripada memberi kritikan terhadap kerajaan yang memerintah.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 6:
Bidang kuasa yang dikongsi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ialah
A. pertahanan awam.
B. perlindungan binatang liar.
C. penyu dan penangkapan ikan di sungai.
D. perhubungan dan pengangkutan.
SOALAN 7:
Yang manakah benar tentang pembubaran Parlimen?
A. Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri dengan perkenaan Yang di-Pertuan Agong.
B. Pembubaran Parlimen menyebabkan Dewan Undangan Negeri terbubar.
C. Pembubaran Parlimen melibatkan semua ahli Majlis Parlimen.
D. Parlimen terbubar apabila genap tempoh 5 tahun.
SOALAN 8:
Yang manakah antara berikut merupakan kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
A. Wasiat.
B. Keganasan rumah tangga.
C. Mengamalkan ajaran sesat.
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.
SOALAN 9:
A. Membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya.
B. Membuat persempadanan baharu kawasan pilihan raya.
C. Menjalankan urusan pendaftaran dan semakan daftar pemilih.
D. Menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa hari pengundian.
SOALAN 10:
Yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan?
A. Mengenakan kompaun terhadap kesalahan berkaitan papan iklan.
B. Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor.
C. Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan.
D. Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis.
SOALAN 11:
Yang manakah benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?
I. Pemecatannya melalui satu tribunal khas.
II. Saraannya ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
III. Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.
IV. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 12:
A. Mengawal penggunaan tanah perlombongan, pertanian, dan perhutanan.
B. Menjalankan rundingan pengambilan tanah untuk Persekutuan.
C. Menyeragamkan dasar-dasar berkaitan tanah.
D. Memutuskan pertikaian tentang nilai tanah.
SOALAN 13:
( Dipengerusikan oleh Perdana Menteri. ( Meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi
dan kewangan serta kebajikan rakyat. |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Majlis Tindakan Ekonomi.
B. Majlis Keselamatan Negara.
C. Majlis Ekonomi Negara.
D. Majlis Tindakan Negara.
SOALAN 14:
Berikut yang manakah menunjukkan akauntabiliti penjawat awam dipatuhi?
I. Perkongsian maklumat dibuat secara telus kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
II. Seseorang pegawai perlu memastikan kerja dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
III. Ketua jabatan bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul akibat keputusan yang telah dibuat.
IV. Seseorang pegawai perlu memberi penerangan yang jelas kepada pelanggan atas salah faham yang timbul di kaunter perkhidmatan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 15:
Yang manakah langkah untuk memperkasakan integriti penjawat awam?
A. Menambahkan jumlah pegawai di kaunter.
B. Melaksanakan kursus dan latihan yang komprehensif.
C. Meningkatkan kemudahan komunikasi penjawat awam.
D. Melantik pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran tinggi.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!