PERAKAUNAN - NOTA ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN
MAKSUD PERAKAUNAN
Perakaunan merangkumi skop yang lebih luas iaitu melibatkan daripada simpan kira, iaitu melibatkan proses menganalisis, mentafsir, dan melaporkan maklumat kewangan kepada pihak berkepentingan.
MAKSUD PRINSIP PERAKAUNAN
Prinsip perakaunan adalah garis panduan atau peraturan piawai yang diterima umum dalam pemprosesan dan persembahan data perakaunan. Tujuan prinsip perakaunan merupakan memastikan laporan kewangan dibuat secara jujur dan adil.
MAKSUD SIMPAN KIRA
Simpan kira merujuk kepada satu kamahiran mengenal pasti, mengelas, dan merekod urus niaga secara bersistem. Simpan kira adalah berdasarkan sistem catatan bergu.
PROSES PERAKAUNAN
1. Mengenal pasti.
2. Merekod.
3. Menganalisis.
4. Mentafsir.
5. Melapor.
6. Merancang.
SKOP PERAKAUNAN KEWANGAN
(a) Mengenal pasti.
Ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat daripada urus niaga untuk direkodkan.
(b) Merekodkan.
Aktiviti mengelaskan dan meringkaskan urus niaga yang telah direkodkan.
(c) Mengkomunikasikan maklumat.
Tujuan utama perakaunan adalah untuk menyediakan maklumat dan mengkomunikasikan maklumat.
BIDANG-BIDANG PERAKAUNAN
(i) Perakaunan Kewangan.
Proses merekod aktiviti ekonomi dan laporan untuk pengguna luaran.
(ii) Perakaunan kos.
Mengenal pasti, mengukur, dan mengawal kos.
(iii) Pengauditan.
Memeriksa dan menyemak akaun.
(iv) Perakaunan pengurusan.
Merancang, mengawal, membuat keputusan, dan mengukur prestasi dalaman perniagaan.
(v) Sistem perakaunan.
Mereka bentuk dan melaksanakan tatacara pengumpulan dan pelaporan data perakaunan.
(vi) Perakaunan sektor awam.
Sistem perakaunan yang diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan.
(vii) Percukaian.
Khidmat nasihat, perancangan cukai, dan taksiran cukai.
(viii) Perakaunan forensik.
Penyiasatan ke atas penipuan, penyelewengan, dan salah laku kewangan.
SEJARAH PERAKAUNAN
Sistem penyimpanan rekod yang dikenali sebagai catatan bergu.
Bahan bertulis yang pertama telah diterbitkan di Itali pada tahun 1494, iaitu buku yang dikarang oleh Luca Pocioli yang dikenali sebagai Bapa Perakaunan.
PENGGUNA PENYATA KEWANGAN
Pengguna Dalaman |
Kepentingan |
Kakitangan organisasi dan
Kesatuan Sekerja |
Maklumat perakaunan tentang
prestasi dan kedudukan kewangan organisasi untuk mengetahui gambaran yang wajar
mengenai bonus mereka. |
Pihak pengurusan |
Menilai keputusan pengurusan
yang lepas, mengawal aktiviti operasi, membuat rancangan, dan keputusan untuk
masa depan. |
Pengguna Luaran |
Kepentingan |
Pelabur sedia ada |
Mengetahui nilai modal yang
dilaburkan serta pulangan dividen. |
Bakal pelabur atau Rakan kongsi |
Mengetahui potensi
perniagaan. |
Pemberi pinjaman atau
Kreditor |
Menilai kebolehan perniagaan
untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman. |
Pemiutang |
Mengetahui kestabilan
perniagaan dan kemampuannya untuk menjelaskan hutang. |
Penganalisis kewangan atau
Perniagaan |
Mengetahui kestabilan
perniagaan dan kemampuan perniagaannya mengukur risiko yang mereka akan
menghadapi dan digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan. |
Agensi Kerajaan, Lembaga
Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Sekuriti, dan Bursa Saham Kuala Lumpur |
Menentukan kepatuhan
perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan dan menentukan jumlah
cukai yang harus dikenakan. |
ETIKA DALAM PROFESION PERAKAUNAN
I. Integriti.
Amanah dan boleh berterus terang.
II. Keobjektifan.
Laporan dan keputusan aktiviti ekonomi disediakan berasaskan bukti.
III. Perlakuan profesional.
Mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan.
IV. Kerahsiaan.
Tidak mendedahkan rahsia syarikat kepada pihak luar dan tidak menggunakan maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.
V. Kompeten profesional dan berhati-hati.
Menjalankan tanggungjawab mengikut keperluan sesuatu tugasan secara berhati-hati dan teliti.
KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN
(a) Akauntan awam.
(b) Akauntan persendirian atau akauntan swasta.
(c) Akauntan agensi kerajaan atau akauntan badan bukan bermotif untung.
PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUM (PPDU)
Prinsip Perakaunan Diterima Umum (PPDU) merujuk kepada piawai dan peraturan yang diguna pakai dalam profesion perakaunan. Tujuan utama merupakan menyediakan maklumat perakaunan yang akan digunakan untuk membuat keputusan ekonomi luaran.
ANDAIAN PERAKAUNAN
Andaian Perakaunan |
Huraian |
Usaha berterusan |
Perniagaan diandaikan mempunyai
hayat yang berterusan bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas. Sebagai
contoh, pemilik sebuah syarikat berhad telah berubah tetapi aktiviti perniagaan
yang diurus oleh lembaga pengarah masih terus berjalan seperti sedia kala. |
Tempoh perakaunan |
Hayat perniagaan perlulah
dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu bagi tujuan mengukur prestasi perniagaan.
Sebagai contoh, 1 tahun, ½ tahun, suku tahun, atau 1 bulan. |
Mata wang yang stabil |
Nilai mata wang dianggap sentiasa
stabil, perubahan harga disebabkan oleh faktor ekonomi tidak diambil kira
dalam jangka pendek yang munasabah. |
PRINSIP PERAKAUNAN
Prinsip Perakaunan |
Huraian |
Catatan bergu |
Urus niaga dicatarkan
sekurang-kurangnya dalam dua akaun yang berlainan dengan jumlah yang sama.
Sebagai contoh, Syarikat BrainStorming membeli sebuah alatan pejabat bernilai
RM 1,000 secara tunai (Debit Akaun Alatan Pejabat dan Kredit Akaun Tunai). |
Kos sejarah |
Urus niaga direkodkan pada
nilai kos asal pada masa diperoleh atau dibeli atau selepas perkhidmatan
diperoleh. Kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa urus niaga berlaku.
Kos dikekalkan dalam rekod perakaunan walaupun nilai pasaran atau nilai aset
telah berubah. |
Wang sebagai ukuran |
Hanya urus niaga yang boleh
dinilai dengan mata wang dicatatkan dalam buku akaun perniagaan. Urus niaga
mesti direkodkan dalam bentuk wang. Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran
dalam urus niaga. |
Entiti berasingan |
Semua aktiviti perniagaan
mestilah diasingkan daripada aktiviti ekomomi pemiliknya. Hanya urus niaga
yang berkaitan dengan perniagaan akan direkodkan dalam buku perakaunan
perniagaan. |
Realisasi / Pengiktirafan hasil |
Hanya mengiktiraf atau merealisasikan
hasilnya dalam tempoh hasil tersebut diperoleh. Hasil akan diiktirafkan
apabila barang niaga atau perkhidmatan telah diserahkan kepada pelanggan. |
Pemadanan / Asas perakaunan akruan |
Hasil yang diperolehh dipadankan
dengan belanja yang dilibatkan dalam tempoh perakaunan yang sama. |
Keobjektifan |
Urus niaga yang direkodkan
perlu disokong oleh bukti-bukti dokumen yang nyata. |
Kematerialan / Materialiti |
Hanya butir-butir yang berkepentingan
relatif kepada keseluruhan perniagaan itu sahaja yang perlu direkodkan. Perbelanjaan
boleh bersifat kebendaan atau bukan kebendaan (immaterial). Amaun aset
yang terlalu kecil dan tidak signifikan kepada kedudukan kewangan perlu
dianggap sebagai belanja hapus kira. |
Ketekalan |
Suatu kaedah dan praktis perakaunan
hendaklah diamalkan secara konsisten dalam tempoh yang berpanjangan. Kaedah
merekodkan perakaunan yang konsisten, sama, atau tetap. Misalnya, mengamalkan
kaedah mengira susut nilai berasaskan kaedah garis lurus secara berterusan
untuk beberapa tempoh perakaunan. |
Konservatisme |
Semua belanja yang mungkin
berlaku perlu diambil kira tetapi hasil hanya direkod apabila ia direalisasikan.
Hanya jangkaan kerugian akan diambil kira, keuntungan tidak boleh dilaporkan
selagi tidak berlaku. |
Pendedahan penuh |
Semua maklumat yang boleh mempengaruhi
pengguna penyata kewangan perlu dilaporkan. Maklumat dalam laporan kewangan didedahkan
dengan jujur dan tepat supaya pengguna laporan dapat membuat keputusan dengan
betul. |
BENTUK PEMILIHAN PERNIAGAAN
Ciri |
Pemilikan Tunggal |
Perkongsian |
Syarikat Sendirian Berhad |
Syarikat Awam Berhad |
Milikan |
Dimiliki oleh seorang peniaga. |
2 hingga 20 orang rakan kongsi bagi
perniagaan biasa. |
2 hingga 50 orang pemegang saham. |
Sekurang-kurangnya 2 orang pemegang
saham dan tiada had maksimum. |
Modal |
Disumbangkan oleh pemilik sendiri. |
Disumbangkan oleh rakan-rakan
kongsi. |
Jualan saham kepada pihak tertentu. |
Jualan saham kepada orang awam. |
Liabiliti |
Liabiliti tidak terhad. |
Liabiliti terhad. |
||
Pengurusan |
Diuruskan oleh dikawal oleh pemiliknya
sendiri dan dibantu oleh ahli keluarga atau pekerja. |
Diuruskan oleh rakan kongsi yang
aktif dan dibantu oleh pekerja. |
Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah
yang dilantik dan pengurusan harian dikendalikan oleh golongan profesion. |
|
Agihan untung rugi |
Semua untung dimiliki atau rugi
ditanggung sendiri oleh pemilik. |
Untung rugi diagih mengikut syarat
yang dipersetujui. |
Diagihkan dalam bentuk dividen. |
|
Cukai |
Dikenakan cukai pendapatan individu. |
Dikenakan cukai keuntungan syarikat. |
JENIS-JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN
A) Perkhidmatan.
B) Pembarangan.
C) Perkilangan.
下载 PDF:
NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!