PERAKAUNAN - NOTA ASET


NOTA ASET

STRUKTUR ASET

Aset yang terdiri daripada:

CONTOH ASET SEMASA:

(a) Tunai.

(b) Sekuriti boleh pasar.

(c) Tunai belum terima.

(d) Inventori.

(e) Aset semasa lain.

TAKRIFAN TUNAI DAN SETARA TUNAI

Tunai merujuk kepada aset semasa yang paling cair. Sebarang instrument deposit yang diterima daripada institusi kewangan. Aset yang dapat ditukar dalam bentuk tunai dalam jangka masa pendek. Sebagai contoh, tunai di tangan, tunai di bank, kad kredit, cek kembara, kiriman wang, dan wang pos.

KAWALAN ATAS PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN TUNAI

a) Prosedur penggunaan dokumen.

b) Kawalan fizikal, mekanikal, dan elektronik.

c) Merekodkan semua penerimaan tunai dengan segera.

d) Menetapkan pekerja tertentu bagi mengendalikan tunai.

e) Mengehadkan bilangan pekerja yang boleh memegang tunai.

f) Menyimpan semua penerimaan di dalam bank dengan segera.

g) Mengadakan audit dalaman yang kerap terhadap rekod dan baki tunai.

h) Mengasingkan fungsi pengesahan, penyimpanan rekod, dan penjaga tunai.

i) Menggunakan kemudahan bank dan menyimpan tunai di tangan pada tahap minimum.

KAWALAN DALAMAN UNTUK PENERIMAAN TUNAI

Prinsip

Contoh

Penetapan tugas.

Hanya juruwang boleh menerima tunai.

Pengasingan tugas.

Individu berbeza menerima, merekod, dan memegang tunai.

Prosedur pendokumen.

Mempunyai pita mesin daftar tunai, slip depositm dan lain-lain sebagai bukti.

Kawalan fizikal.

Simpan tunai dalam peti besi dan bank.

Pengesahan bebas.

Penyelia mengira jumlah tunai setiap hari. Bendahari membandingkan jumlah tunai diterima dengan slip deposit bank.

Pusingan tugas.

Menukar ganti tugas antara kakitangan yang menerima tunai, merekod tunai, dan memegang tunai.

KAWALAN DALAMAN UNTUK PEMBAYARAN TUNAI

Prinsip

Contoh

Penentangan tugas.

Hanya kakitangan yang sah sahaja layak menandatangani cek.

Pengasingan tugas.

Individu yang berlainan untuk melulus dan membuat bayaran.

Prosedur pendokumen.

Cek perlu berpranombor dan diguna mengikut urutan. Perlu mempunyai baucar dan inovis untuk setiap cek pembayaran. Tanda dengan cap “Sudah Bayar” pada setiap inovis dan baucar yang sudah dibuat pembayaran.

Kawalan fizikal.

Cek kosong perlu disimpan dalam peti simpanan.

Pengesahan bebas.

Perbandingan perlu dibuat antara cek dengan inovis. Penyata Penyesuaian Bank perlu dibuat setiap bulan.

Pusingan tugas.

Menukar ganti tugas antara kakitangan yang membuat bayaran dan merekod urus niaga tersebut.

BUKU TUNAI RUNCIT

Buku Tunai Runcit merujuk kepada lejar yang merekodkan perbelanjaan yang melibatkan pembayaran dalam amaun yang kecil dan kerap berlaku, serta tidak sesuai atau tidak praktikal dibayar dengan cek.

Buku Tunai Runcit disediakan mengikut sistem panjar runcit (imprest system) di mana juruwang akan memperoleh bayaran balik sebanyak mana yang telah dibelanjakan bagi tempoh tertentu.

Bukti yang paling jelas adalah belian setem, bayaran pos, tuntutan perjalanan pekerja, dan belanja lain yang nilainya kecil dan tidak sesuai menggunakan cek.

FORMAT BUKU TUNAI RUNCIT

 Perniagaan XXX

Buku Tunai Runcit

Tarikh

Butiran

Fol.

No. Baucar

Penerimaan (Debit)

Pembayaran (Kredit)

Analisis Bayaran

Alat Tulis

Pengangkutan

Pos

Belanja Am

Pelbagai

 

 

 

 

RM

RM

RM

RM

RM

RM

RM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BUKU TUNAI

Buku Tunai yang mengabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank untuk mengurangkan catatan dalam Lejar Am.

Sekiranya, perniagaan merekodkan Akaun Tunai dan Akaun Bank secara berasingan, maka Buku Tunai tidak perlu disediakan.

Buku Tunai adalah Buku Catatan Pertama yang boleh terdiri daripada dua lajur (tanpa lajur diskaun) atau tiga lejar (dengan lajur diskaun).

BUKU TUNAI TIGA LAJUR

Lajur tunai dan bank perlu diimbangkan pada akhir suatu tempoh untuk menentukan baki akhir tunai di tangan.

Lajur diskaun tidak perlu diimbangkan tetapi dijumlahkan sahaja dan jumlah diskaun ini akan diposkan ke lejar dalam Akaun Diskaun berkenaan.

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1