PERAKAUNAN - NOTA HASIL, BELANJA, DAN PELARASAN PADA AKHIR TEMPOH


NOTA HASIL, BELANJA, DAN PELARASAN PADA AKHIR TEMPOH 

PERBEZAAN ANTARA ASAS AKRUAN DENGAN ASAS TUNAI

Asas Akruan

Asas Tunai

Hasil diiktiraf sebaik sahaja perniagaan menyerahkan barang niaga atau memberikan perkhidmatan kepada pelanggan walaupun tunai belum diterima dan belanja direkod apabila ia telah dilibatkan walaupun pembayaran belum dibuat.

Hasil hanya diiktiraf apabila tunai diterima dan belanja direkod apabila pembayaran telah dibuat.

PERBEZAAN ANTARA HASIL TERPEROLEH DENGAN HASIL DITERIMA

Hasil Terperoleh

Hasil Diterima

Hasil terperoleh adalah hasil perniagaan apabila barang niaga telah diserahkan atau perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan.

Hasil diterima adalah hasil perniagaan apabila penerimaan tunai diterima daripada pelanggan setelah pindah milik barang niaga atau perkhidmatan diberikan.

PERBEZAAN ANTARA PERBELANJAAN TERLIBAT DENGAN PEMBAYARAN

Perbelanjaan Terlibat

Pembayaran

Perbelanjaan terlibat merujuk kepada belanja yang telah berlaku dalam proses mendapatkan hasil perniagaan.

Pembayaran merujuk kepada belanja yang telah dibayar secara tunai.

PERBEZAAN ANTARA PENERIMAAN HASIL DENGAN PENERIMAAN MODAL

Penerimaan Hasil

Penerimaan Modal

Penerimaan hasil adalah pendapatan yang diambil kira dalam penentuan untung bersih dan direkod di penyata pendapatan.

Penerimaan modal adalah pendapatan yang tidak diambil kira dalam penentuan untung bersih dan dipermodalkan sebagai rizab di penyata kedudukan kewangan.

Sebagai contoh, hasil jualan, komisen diterima, dan hasil sewa diterima.

Sebagai contoh, premium atas terbitan saham dan untung penilaian semula aset.

PERBEZAAN ANTARA PERBELANJAAN HASIL DENGAN PERBELANJAAN MODAL

Perbelanjaan Hasil

Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan hasil merujuk kepada belanja yang dikeluarkan dalam tempoh semasa dan manfaatnya bagi tempoh tersebut sahaja dan ia direkod di penyata pendapatan.

Perbelanjaan modal merujuk kepada belanja yang dikeluarkan dalam tempoh semasa dan manfaatnya melebihi satu tempoh perakaunan dan ia direkod di penyata kedudukan kewangan.

Contohnya adalah belanja sewa, belanja gaji pekerja, dan belanja utiliti.

Contohnya adalah belian aset harta tanah loji dan peralatan.

MAKSUD DAN HURAIAN HASIL

HASIL PENDAPATAN:

Hasil pendapatan merujuk kepada apa yang diperolehi oleh sesuatu perniagaan yang biasanya dalam bentuk tunai dari pertukaran barang niaga atau perkhidmatan dengan pelanggan.

TITIK PENGIKTIRAFAN HASIL:

Hasil diperolehi apabila perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan, atau apabila peniaga telah terpisah daripada asetnya sebagai balasan tunai atau akaun belum terima. 

Mengikut tarifan prinsip realisasi, serta berasaskan kepada jenis perniagaan seperti yang berikut:

i) Titik jualan.

Kebiasaan bagi perniagaan pemborongan dan peruncitan yang menjual barang niaga atau memberikan perkhidmatan. Hasil diiktiraf mengikut dokumen seperti inovis, iaitu sebaik sahaja inovis dikeluarkan kepada pelanggan atau akaun belum terima (penghutang).

ii) Titik pengeluaran atau kaedah kesempurnaan pengeluaran.

Digunakan bagi industri pemprosesan yang mengeluarkan keluaran stabil seperi industri perlombongan dan industri petroleum. Hasil diiktiraf sebaik sahaja proses pengeluaran tamat, atau barang niaga sedia untuk dijual.

iii) Titik peratusan siap atau peratusan kesempurnaan.

Mengikut peratus kerja yang telah disiapkan, contoh industri pembinaan. Biasanya, projek memakan masa yang lama, iaitu melebihi tempoh satu tahun, maka hasil diiktiraf mengikut peratus kerja yang telah disiapkan.

iv) Titik kutipan tunai atau kaedah penerimaan tunai.

Urus niaga berlaku terlebih dahulu tetapi tunai yang berkaitan diterima beransur-ansur, maka untung diiktiraf beransur-ansur. Kaedah ini menjadi amalan bagi industri jualan ansuran, kewangan, dan insurans.

ITEM PELARASAN PADA AKHIR TEMPOH PERAKAUNAN

PERBEZAAN ANTARA HASIL TERAKRU DENGAN HASIL TERIMA DAHULU:

Hasil Terakru (Hasil Belum Terima)

Hasil Terima Dahulu (Hasil Belum Terperoleh)

Hasil terakru merujuk kepada hasil pendapatan yang belum diterima walaupun barangan dan perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan.

Hasil terima dahulu merujuk kepada tunai yang diterima bagi barangan atau perkhidmatan yang akan diberikan pada tempoh perakaunan akan datang.

Direkod di penyata kedudukan kewangan di bahagian aset semasa.

Direkod di penyata kedudukan kewangan di bahagian liabiliti semasa.

PERBEZAAN ANTARA BELANJA TERAKRU DENGAN BELANJA BAYAR DAHULU:

Belanja Terakru (Belanja Belum Bayar)

Belanja Bayar Dahulu (Belanja Prabayar)

Belanja terakru merujuk kepada perbelanjaan yang belum dibayar walaupun barangan dan perkhidmatan telah diterima daripada pembekal dalam tempoh semasa.

Belanja bayar dahulu merujuk kepada tunai yang telah dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang akan diterima pada tempoh perakaunan akan datang.

Direkod di penyata kedudukan kewangan di bahagian liabiliti semasa.

Direkod di penyata kedudukan kewangan di bahagian aset semasa.

HASIL DAN BELANJA LAIN

A) Belanja susut nilai.

Belanja susut nilai adalah agihan kos perolehan aset harta tanah, loji, dan peralatan sepanjang tempoh usia guna secara sistematik. Jumlah susut nilai semasa ini akan dicajkan sebagai belanja di penyata pendapatan setiap tempoh. Manakala, susut nilai terkumpul merujuk kepada jumlah belanja susut nilai yang terkumpul mulai dari tarikh perolehan aset.

Catatan Jurnal Am:

Debit: Belanja susut nilai

    Kredit: Susut nilai terkumpul

(merekod belanja susut nilai)

B) Belanja hutang ragu.

Belanja hutang ragu adalah anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip. Asas anggaran dibuat mengikut pengalaman. Peniaga ini bagi mematuhi prinsip konservatisme, iaitu semua belanja mungkin berlaku perlu diambil kira.

Catatan Jurnal Am:

Debit: Belanja hutang ragu

    Kredit: Peruntukan hutang ragu

(merekod belanja hutang ragu)

C) Belanja hutang lapuk.

Belanja hutang lapuk merujuk kepada hutang yang pasti tidak dapat dikutip. Ianya berlaku kerana kemungkinan pelanggan muflis atau tidak dapat dikesan.

Catatan Jurnal Am:

Debit: Belanja hutang lapuk

    Kredit: Akaun belum terima / Penghutang

(merekod belanja hutang lapuk)

D) Hasil hutang lapuk terpulih

Hasil hutang lapuk terpulih merujuk kepada hutang yang dapat dikutip semula setelah ia dihapuskan pada tempoh perakaunan yang lalu, jumlah hutang yang dikutip ini adalah hasil pendapatan semasa bayaran tersebut diterima.

Catatan Jurnal Am:

Debit: Tunai / Bank

    Kredit: Hasil hutang lapuk terpulih

(merekod hasil hutang lapuk terpulih)

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1