PERAKAUNAN - NOTA KITARAN PERAKAUNAN ASAS


NOTA KITARAN PERAKAUNAN ASAS

MAKSUD SISTEM CATATAN BERGU

Sistem catatan bergu merujuk kepada satu sistem yang diwujudkan untuk merekodkan urus niaga secara berterusan dan sistematik di mana setiap urus niaga yang berlaku dicatat dua kali, satu di bahagian debit dan satu lagi di bahagian kredit dengan jumlah yang sama. 

Dari segi persembahan akaun bentuk "T", debit merujuk catatan pada sebelah kiri akaun, manakala kredit merujuk catatan pada sebelah kanan akaun seperti yang berikut:

Akaun XXX

Butiran

RM

Butiran

RM

(Debit)

 

(Kredit)

 

KESAN CATATAN BERGU 

Jenis Akaun

Debit

Kredit

Aset

Bertambah

Berkurang

Liabiliti

Berkurang

Bertambah

Ekuiti Pemilik (Modal)

Berkurang

Bertambah

Hasil

Berkurang

Bertambah

Belanja

Bertambah

Berkurang

PERSAMAAN PERAKAUNAN

Lanjutan daripada sistem catatan bergu ini, wujud persamaan perakaunan yang dapat dirumuskan seperti yang berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Di dalam setiap urus niaga yang berlaku, dua catatan (berpasangan) akan berlaku.

CONTOH PERSAMAAN PERAKAUNAN:

Seorang peniaga memulakan perniagaannya dengan memasukkan wang tunai sebagai modal sebanyak RM 50,00. Kesannya pada persamaan perakaunan adalah:

RM 50,000 (Wang Tunai) = RM 50,000 (Modal)

Jika analisis catatan bergu dilakukan, maka penerangan ke atas adalah:

Akaun wang tunai (aset) bergu dengan akaun modal (ekuiti pemilik).

Aset telah bertambah, maka catatan debit telah berlaku.

Ekuiti pemilik telah bertambah, maka catatan kredit telah berlaku.

MAKSUD DAN CONTOH ASET

Aset merujuk kepada sumber yang dimiliki seorang individu atau sebuah perniagaan yang biasanya terdiri daripada tunai dan barang yang bernilai seperti harta tanah, kenderaan, perabot, peralatan, inventori barang niaga, dan pelaburan dalam bentuk saham.  

MAKSUD DAN CONTOH LIABILITI

Liabiliti merujuk kepada obligasi, tanggungan, atau tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak luar terhadap perniagaan. Contoh liabiliti adalah akaun belum bayar atau pemiutang, pinjaman bank, dan perbelanjaan perniagaan yang belum dibayar.

MAKSUD DAN CONTOH EKUITI PEMILIK

Ekuiti pemilik merujuk kepada baki nilai aset yang diperoleh selepas menyelesaikan semua tuntutan atau liabiliti. Baki aset yang diperoleh adalah milikan yang dipunyai oleh pemilik perniagaan. Ekuiti pemilik dapat dipecahkan kepada beberapa komponen lain seperti ditunjukkan oleh rumus yang berikut:

Ekuiti pemilik = Modal - Ambilan + Hasil - Belanja

Aset = Liabiliti + (Ekuiti Pemilik - Ambilan + Hasil - Belanja)

Apabila hasil ditolak dengan belanja, ia akan bersamaan dengan untung.

Aset = Liabiliti + (Ekuiti Pemilik + Untung - Ambilan)

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

Penyata Pendapatan Komprehensif yang terdiri daripada Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi. Ini menunjukkan jualan bersih, kos jualan, hasil diterima, dan belanja dibayar.

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN / KUNCI KIRA-KIRA

Penyata Kedudukan Kewangan adalah satu penyata yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik pada satu titik masa tertentu.

LATIHAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

Pada 1 Januari 2019, Natalie Wong telah menubuhkan Agensi Pelancongan N.Wong. Transaksi-transaksi berikut telah berlaku dalam bulan Januari:

(a) Melaburkan RM 30,000 tunai dalam Bank A atas nama Agensi Pelancongan N.Wong.

(b) Membayar tunai RM 600 untuk sewa pejabat bagi bulan Mei.

(c) Membeli peralatan pejabat RM 3,750 secara tunai.

(d) Melibatkan belanja pengiklanan sebanyak RM 450 secara akaun.

(e) Membayar RM 900 untuk bekalan pejabat secara tunai.

(f) Memperoleh RM 13,500 untuk perkhidmatan yang telah diberi: 

Tunai RM 1,500 diterima daripada pelanggan dan baki sebanyak RM 12,000 dibilkan kepada pelanggan secara akaun.

(g) Mengambil tunai RM 300 untuk kegunaan sendiri.

(h) Membayar si pemiutang untuk belanja pengiklanan seperti di (d).

(i) Gaji kakitangan dibayar secara tunai RM 1,800. 

(j) Menerima RM 12,000 tunai daripada pelanggan yang telah dibilkan dalam transaksi (f).

Dikehendaki:

A) Sediakan analisis berjadual untuk transaksi-transaksi di atas dengan menggunakan tajuk lajur seperti berikut:

- Tunai.

- Akaun belum terima.

- Bekalan.

- Peralatan pejabat.

- Akaun belum bayar.

- Modal.

B) Daripada analisis lajur modal Agensi Pelancongan N.Wong, kirakan pendapatan (atau rugi) bersih bagi bulan Januari.

SKEMA JAWAPAN LATIHAN PERSAMAAN PERAKAUNAN:

A) Persamaan Perakaunan bagi bulan Januari 2019:

Persamaan Perakaunan

 

Aset

 

Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tunai

Akaun belum terima

Bekalan

Peralatan pejabat

=

Akaun belum bayar

Ekuiti pemilik

 

RM

RM

RM

RM

 

RM

RM

(a)

30,000

 

 

 

 

 

30,000

(b)

(600)

 

 

 

 

 

(600)

(c)

(3,750)

 

 

3,750

 

 

 

(d)

 

 

 

 

 

450

(450)

(e)

(900)

 

900

 

 

 

 

(f)

1,500

12,000

 

 

 

 

13,500

(g)

(300)

 

 

 

 

 

(300)

(h)

(450)

 

 

 

 

(450)

 

(i)

(1,800)

 

 

 

 

 

(1,800)

(j)

12,000

(12,000)

 

 

 

 

 

 

35,700

0

900

3,750

=

0

40,350

 

40,350

=

40,350

B) Pendapatan bersih bagi bulan Januari 2019:

Pendapatan Bersih = RM 13,500 - RM 600 - RM 450 - RM 1,800

Pendapatan Bersih = RM 10,650

ALIRAN DALAM KITARAN PERAKAUNAN

MAKSUD KITARAN PERAKAUNAN

Kitaran Perakaunan merujuk kepada rangkaian aktiviti yang terlibat bagi menyediakan penyata kewangan dari dokumen yang dikumpulkan. 

Ringkasan kitaran perakaunan seperti yang ditunjukkan di bawah:

1) Kenal pasti urus niaga.

2) Buku catatan pertama atau Jurnal Am.

3) Pengeposan ke Lejar.

4) Penyediaan Imbangan Duga.

5) Catatan pelarasan.

6) Imbangan Duga Terlaras.

7) Penyediaan Penyata Pendapatan.

8) Catatan penutup.

PEREKODAN URUS NIAGA

JURNAL PENERIMAAN TUNAI:

Jurnal Penerimaan Tunai merekod semua urus niaga yang berkaitan dengan penerimaan tunai. Biasanya mempunyai ruangan debit untuk tunai dan diskaun jualan, manakala ruangan kredit adalah akaun belum terima (penghutang), jualan, dan pelbagai akaun. 

JURNAL PEMBAYARAN TUNAI:

Jurnal Pembayaran Tunai merekodkan urus niaga pembayaran tunai. Biasanya mempunyai ruangan kredit untuk tunai dan diskaun belian, manakala ruangan tunai adalah akaun belum bayar (pemiutang), belian, dan pelbagai akaun.

DOKUMEN SUMBER

Ringkasan jenis dan aliran dokumen sumber yang berikut:

Urus Niaga

Dokumen

Jurnal

Debit

Kredit

Belian tunai

Bil tunai

Pembayaran tunai

Belian

Bank / Tunai

Belian kredit

Invois belian

Belian

Belian

Akaun belum bayar

Jualan tunai

Bil tunai

Penerimaan tunai

Bank / Tunai

Jualan

Jualan kredit

Inovis jualan

Jualan

 

Jualan

Pulangan belian

Nota debit

Pulangan belian

Akaun belum bayar

Pulangan belian

Pulangan jualan

Nota kredit

Pulangan jualan

Pulangan jualan

Akaun belum terima

Kutipan akaun belum terima

Resit

Penerimaan tunai

Bank / Tunai

Akaun belum terima

Bayaran akaun belum bayar

Baucar pembayaran

Pembayaran tunai

Akaun belum bayar

Bank / Tunai

Terima hasil sewa

Resit

Penerimaan tunai

Bank / Tunai

Sewa diterima

Bayaran belanja gaji

Baucar pembayaran

Pembayaran tunai

Belanja gaji

Bank / Tunai

Belian perabot secara tunai

Bil tunai

Pembayaran tunai

Perabot

Bank / Tunai

Belian mesin secara kredit

Inovis

Jurnal am

Mesin

Akaun belum bayar

Kemasukan modal tunai

Resit

Penerimaan tunai

Bank / Tunai

Modal

Kemasukan modal aset

Memo

Jurnal am

Aset

Modal

Ambilan tunai

Baucar pembayaran

Pembayaran tunai

Ambilan

Bank / Tunai

Ambilan barang niaga

Memo

Jurnal am

Ambilan

Belian

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  


此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1