PERAKAUNAN - NOTA PELENGKAP KITARAN PERAKAUNAN
NOTA PELENGKAP KITARAN PERAKAUNAN
PEMBETULAN KESILAPAN
Imbangan Duga (ID) disediakan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam buku perakaunan. Namun, Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bebas dari sebarang kesilapan. Terdapat dua jenis kesilapan dalam Imbangan Duga iaitu,
a) Kesilapan yang tidak menjejaskan Imbangan Duga. (Kesilapan tidak ketara)
b) Kesilapan yang menjejaskan Imbangan Duga. (Kesilapan yang ketara)
KESILAPAN YANG TIDAK MENJEJASKAN IMBANGAN DUGA
Kesilapan yang tidak menjejaskan adalah imbangan Duga masih seimbang walaupun wujud kesilapan dalam buku perakaunan. Antara jenis kesilapan tersebut adalah kesilapan ketinggalan catatan asal, kesilapan saling mengimbangi, kesilapan terbalik atau kesilapan songsang, kesilapan prinsip, kesilapan komisen, dan kesilapan amaun.
KESILAPAN KETINGGALAN CATATAN ASAL:
Kesilapan ketinggalan catatan asal berlaku apabila satu urus niaga langsung tidak dicatatkan dalam mana-mana buku. Sebagai contoh, ambilan barang niaga bernilai RM 100.00 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana buku.
KESILAPAN SALING MENGIMBANGI:
Kesilapan saling mengimbangi boleh berlaku sama ada:
a.) Sebelah debit sahaja.
b.) Sebelah kredit sahaja.
c.) Sebelah debit dan kredit.
Contoh kesilapan saling mengimbangi yang lain seperti berikut:
Contoh 1:
Gaji sebanyak RM 1,350.00 telah direkod sebagai RM 1,300.00. Manakala, belanja insurans sebanyak RM 2,000.00 telah direkod sebagai RM 2,300.00.
Contoh 2:
Sewa diterima RM 2,000.00 tertinggal catatan dalam buku manakala jualan RM 20,000.00 telah direkod sebagai RM 22,000.00.
Contoh 3:
Komisen diberi sebanyak RM 250.00 dan komisen diterima sebanyak RM 350.00 masing-masing terlebih catat sebanyak RM 50.00.
KESILAPAN TERBALIK ATAU KESILAPAN SONGSANG:
Kesilapan terbalik atau Kesilapan songsang berlaku apabila catatan bergu telah terbalik walaupun dicatat ke dalam dua akaun yang betul. Contohnya, ambilan tunai RM 60.00 telah didebitkan ke Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun Ambilan.
KESILAPAN PRINSIP:
Kesilapan prinsip berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam jenis akaun yang salah. Misalnya, perbelanjaan modal direkod sebagai perbelanjaan hasil dan sebaliknya. Bukti yang paling jelas adalah belanja membaiki mesin dan peralatan sebanyak RM 100.00 tersilap didebitkan ke dalam Akaun Mesin dan Peralatan. Catatan dalam Akaun Tunai adalah betul.
KESILAPAN KOMISEN:
Kesilapan komisen berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam akaun perseorangan yang salah. Contoh yang lain adalah jualan kepada pelanggan Lisa sebanyak RM 88.00 tersilap catat ke dalam Akaun Lina. Catatan dalam Akaun Jualan adalah betul.
KESILAPAN AMAUN:
Kesilapan amaun berlaku apabila amaun yang salah dicatat di sebelah debit dan juga di sebelah kredit. Tamsilnya, bayar belanja utiliti sebanyak RM 108.00 telah tersilap catat sebagai RM 180.00 dalam Buku Tunai dan Akaun Belanja Utiliti. Catatan bergunya adalah betul.
KESILAPAN YANG MENJEJASKAN IMBANGAN DUGA
Ketidakseimbangan Imbangan Duga disebabkan oleh berlakunya beberapa jenis kesilapan dan ketidakseimbangan dalam Imbangan Duga ini akan menyebabkan wujudnya akaun tergantung.
Antara jenis kesilapan tersebut adalah kesilapan catatan tunggal, kesilapan mencatat amaun atau kesilapan nilai yang didebit berbeza daripada nilai yang dikredit, kesilapan urus niaga dicatat atau direkod dua kali di sebelah yang sama, kesilapan menghitung di salah satu akaun lejar yang dipindahkan ke Imbangan Duga, dan kesilapan menyusun atau pindahkan baki akaun di Imbangan Duga.
KESILAPAN CATATAN TUNGGAL (CATATAN BERGU TIDAK LENGKAP):
Kesilapan catatan tunggal berlaku apabila terdapat ketinggalan catatan debit atau catatan kredit bagi sesuatu urus niaga. Sebagai contoh, ambilan barang niaga RM 250.00 hanya didebitkan dalam Akaun Ambilan sahaja. Tidak mempunyai catatan dibuat dalam Akaun Belian.
KESILAPAN MENCATAT AMAUN ATAU NILAI YANG DIDEBIT BERBEZA DARIPADA NILAI YANG DIKREDIT:
Bukti yang paling jelas merupakan membeli barang niaga daripada Syarikat Kim Lee RM 2,300.00 direkod dengan betul dalam Akaun Syarikat Kim Lee tetapi silap rekod sebagai RM 2,200.00 dalam Akaun Belian.
KESILAPAN URUS NIAGA DICATAT ATAU DIREKOD DUA KALI DI SEBELAH YANG SAMA, IAITU DEBIT ATAU KREDIT SAHAJA:
Tamsilnya, pulangan belian RM 500.00 dicatat di sebelah debit Akaun Belum Bayar dan Akaun Pulangan Belian.
KESILAPAN MENGHITUNG DI SALAH SATU AKAUN LEJAR YANG DIPINDAHKAN KE IMBANGAN DUGA:
Contoh kesilapan menghitung di salah satu akaun lejar yang dipindahkan ke Imbangan Duga yang lain adalah Akaun Belian terlebih catat RM 48.00.
KESILAPAN MENYUSUN ATAU PINDAHKAN BAKI AKAUN DI IMBANGAN DUGA, DI MANA BAKI DEBIT DICATAT SEBELAH KREDIT DAN SEBALIKNYA:
Apabila kesilapan menjejaskan Imbangan Duga, perbezaan dalam Imbangan Duga akhirnya dapat diselaraskan setelah kesilapan ditemui.
Kesilapan perlu dijurnalkan dan Akaun Tergantung dibuka bagi menyelesaikan perbezaan nilai yang berlaku.
Misalnya, Akaun Pulangan Belian RM 2,360.00 telah dipindahkan di sebelah debit dalam Imbangan Duga.
下载 PDF:
NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!