PERAKAUNAN - NOTA PEMADANAN HASIL DAN BELANJA
NOTA PEMADANAN HASIL DAN BELANJA
Semua item pelarasan pada akhir tempoh di atas perlu diambil kira dalam penyediaan penyata pendapatan dan penyata kedudukan kewangan bagi mematuhi prinsip-prinsip yang diterima umum.
CONTOH
Daripada petikan imbangan duga yang berikut, sediakan catatan jurnal pelarasan pada akhir tempoh.
Imbangan Chalet Permai pada 31 Disember 2015 yang berikut:
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Tunai |
5,600.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik |
|
142,000.00 |
Belanja gaji |
42,000.00 |
|
Faedah pinjaman |
4,000.00 |
|
Pinjaman 6% (diperolehi pada 1
Disember 2015) |
|
100,000.00 |
Insurans |
2,600.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik terdahulu |
|
8,000.00 |
Belanja utiliti |
4,500.00 |
|
Sewa tapak pameran terdahulu |
12,000.00 |
|
(a) Belanja terdahulu / prabayar.
Pada 1 November, Chalet Permai telah membayar tunai RM 3,000.00 belanja promosi bagi tiga bulan bermula pada tahun bayaran dibuat kepada Syarikat Pengiklanan Best. Perkara ini yang belum direkod.
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Belanja promosi |
2,000.00 |
|
Belanja promosi terdahulu |
1,000.00 |
|
Tunai |
|
3,000.00 |
(b) Belanja terakru / belum bayar.
i) Belanja gaji RM 10,000.00 pekerja Chalet Permai bagi bulan Disember hanya dibayar pada awal bulan berikutnya:
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Belanja gaji |
10,000.00 |
|
Gaji belum bayar |
|
10,000.00 |
ii) Pinjaman diperoleh pada 1 Disember 2015, dengan ansuran pinjaman 10 tahun akan mula dibayar pada awal bulan berikut:
Maka di sini terdapat belanja faedah yang belum dibayar oleh Chalet Permai. Ansuran yang belum dibayar tidak perlu direkod kerana ia adalah liabiliti yang tertunggak. Namun begitu, faedah perlu dihitung kerana ia adalah belanja yang telah dilibatkan dalam tempoh semasa.
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Belanja faedah |
500.00 |
|
Faedah belum bayar |
|
500.00 |
(c) Hasil terima dahulu / Hasil belum terperoleh.
i) Merekod sewa belum terperoleh yang telah dicatat apabila ia berlaku.
Bagi imbangan duga di atas, hasil sewa tempahan bilik terdahulu telah diterima bayarannya bagi tahun semasa dan dicatat sebagai liabiliti semasa. Pelarasan perlu dibuat apabila penyewa yang telah membuat bayaran RM 8,000.00 bagi sewa tempahan bilik telah menginap di Chalet Permai pada bulan Disember 2015.
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Hasil sewa tempahan bilik terdahulu |
8,000.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik |
|
8,000.00 |
ii) Merekod sewa belum terperoleh yang belum dicatat apabila ia berlaku. Terimaan tunai berjumlah RM 12,000.00 untuk sewaan bilik tahun 2016, pada Disember 2015 belum diambil kira.
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Tunai / Bank |
12,000.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik terdahulu |
|
12,000.00 |
(d) Hasil sewa terakru / Hasil belum terima.
Pada akhir bulan Disember 2015, pelanggan Chalet Permai, iaitu TelcoD telah menyewa bilik bagi meraikan hari pekerja syarikat. Bil RM 12,000.00 hanya disediakan pada bulan Januari 2016 oleh akauntan Chalet Permai.
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Akaun belum terima / Penghutang - TelcoD |
12,000.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik |
|
12,000.00 |
Setiap pelarasan jurnal yang disediakan perlu mempunyai keterangan bagi menerangkan catatan yang telah dibuat. Setelah pelarasan jurnal disediakan baki angka imbangan duga yang baru akan disediakan bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan perniagaan pada akhir tempoh yang tepat untuk menentukan untung bersih perniagaan.
Setelah pelarasan di atas, disediakan petikan imbangan duga Chalet Permai yang baru adalah seperti yang berikut:
JALAN PENGIRAAN:
1. |
Tunai
|
=
RM 5,600.00 – RM 3,000.00 + RM 12,000.00 =
RM 14,600.00 |
2. |
Hasil
sewa tempahan bilik |
= RM
142,000 + RM 8,000.00 + RM 12,000.00 =
RM 162,000.00 |
3. |
Belanja
gaji |
=
RM 42,000.00 + RM 10,000.00 =
RM 52,000.00 |
4. |
Hasil
sewa tempahan bilik terdahulu |
= RM
8,000.00 – RM 8,000.00 + RM 12,000.00 =
RM 12,000.00 |
5. |
Belanja
faedah pinjaman |
= RM 100,000.00 x 6% = RM 500.00 |
Imbangan Duga Terlaras |
||
Butiran |
Debit |
Kredit |
RM |
RM |
|
Tunai |
14,600.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik |
|
162,000.00 |
Belanja gaji |
52,000.00 |
|
Faedah pinjaman |
4,000.00 |
|
Pinjaman 8% (diperolehi pada
1 Januari 2015) |
|
100,000.00 |
Insurans |
2,600.00 |
|
Hasil sewa tempahan bilik
terdahulu |
|
12,000.00 |
Belanja utiliti |
4,500.00 |
|
Sewa tapak pameran terdahulu |
12,000.00 |
|
Belanja promosi |
2,000.00 |
|
Gaji belum bayar |
|
10,000.00 |
Belanja promosi terdahulu |
1,000.00 |
|
Akaun belum terima TelcoD |
12,000.00 |
|
Faedah pinjaman |
500.00 |
|
Faedah belum bayar |
|
500.00 |
下载 PDF:
NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!