PERAKAUNAN - NOTA PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


NOTA PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 

PRINSIP PERAKAUNAN

Bermaksud garis panduan atau peraturan piawai yang diterima umum dalam pemprosesan dan persembahan data perakaunan. Tujuannya merupakan memastikan laporan kewangan dibuat secara jujur dan adil. 

CIRI-CIRI AKAUNTAN SEBAGAI PEMIMPIN 

(a) Akauntabiliti (bertanggungjawab).

(b) Integriti (jujur).

(c) Kredibiliti (adil dan objektif).

KOD ETIKA PROFESION PERAKAUNAN

A) Integriti.

B) Objektiviti.

C) Kerahsiaan.

D) Kompentensi.

E) Profesionalisme.

BADAN-BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA

(A) Badan Kawal Selia

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

- MIA bertindak sebagai pendaftar akauntan (menentukan kelayakan menjadi ahli).

- Bertanggungjawab mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan di Malaysia.

- Ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967.

(B) Badan Penggubal Piawaian

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

- MASB menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.

- MASB menyemak dan membaiki piawaian perakaunan di Malaysia.

- MASB bertindak sebagai penasihat kepada akauntan.

- Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.

- Menentukan keperluan minimum dan garis panduan penyediaan laporan kewangan.

(C) Badan Profesional

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), Persatuan Akauntan Bertauliah Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA)

- MICPA menyediakan latihan dan peperiksaan.

- ACCA mendedahkan tentang undang-undang amalan perakaunan.

- CIMA melahirkan akautan profesional yang mahir mengurus perniagaan.

SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA

Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3,500 SM. Catatan tersebut dibuat dalam bentuk kepingan tanah liat.

Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir.

Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dan dipopularkan oleh Luca Pacioli pada akad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang. Beliau diberi gelaran Bapa Perakaunan kerana beliau merupakan orang pertama yang menyebarkan ilmu pengetahuan tentang Sistem Catatan Bergu menerusi buku Matematiknya.

Selepas Revolusi Perindustrian di England pada akad ke-17 dan 18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat.

Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.

PENYATA KEWANGAN

(i) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Tajuk: Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir ...

Tujuan Penyediaan adalah untuk menentukan prestasi perniagaan sama ada keuntungan dan kerugian untuk sesuatu tempoh.

Komponennya adalah kos jualan, jualan bersih, hasil diterima, dan belanja dibayar.

(ii) Penyata Kedudukan Kewangan.

Tajuk: Penyata Kedudukan Kewangan ...

Tujuan Penyediaan adalah untuk menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan.

Komponennya adalah aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik.

CIRI-CIRI KUALITATIF PENYATA KEWANGAN

Ciri-ciri kualitatif asas:

(a) Kerelevanan.

(b) Perwakilan benar.

Ciri-ciri kualitatif tertingkat:

(a) Pemasaan.

(b) Kebolehsahan.

(c) Kebolehfahaman.

(d) Kebolehbandingan.

KEPENTINGAN PENYATA KEWANGAN KEPADA PENGGUNA

Pengguna Dalaman:

- Pemilik mengetahui prestasi perniagaan.

- Pihak pengurusan merancang dan membuat keputusan perniagaan.

- Pekerja menggabungkan faktor-faktor pengeluaran bagi mengeluarkan produk atau perkhidmatan.

Pengguna Luaran:

- Pihak bank meluluskan pinjaman bank.

- Pembekal menilai kemampuan perniagaan untuk menjelaskan hutang.

- LHDN atau Pihak kerajaan mentaksir cukai keuntungan perniagaan.

- Pelabur atau Pemegang saham mengetahui prestasi perniagaan untuk membuat keputusan pelaburan.

PENYEDIA PENYATA KEWANGAN

A) Pihak luar (akauntan bertauliah dari luar).

B) Pemilik perniagaan.

C) Pekerja sendiri.

ANDAIAN PERAKAUNAN

Andaian Perakaunan

Maksud / Huraian

Entiti berasingan.

Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak yang berasingan. Merekodkan transaksi perniagaan dan tidak merekodkan transaksi peribadi.

Usaha berterusan.

Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan untuk jangka masa yang tidak terbatas dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.

Wang sebagai ukuran.

Hanya item yang boleh dinilaikan dalam bentuk wang direkodkan dalam buku akaun.

Tempoh perakaunan.

Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap untuk mengukur prestasi perniagaan.

PRINSIP PERAKAUNAN

Prinsip Perakaunan

Maksud / Huraian

Pengiktirafan hasil dan belanja.

Semua hasil mesti dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. Keuntungan tidak ditentukan oleh penerimaan dan pembayaran tunai.

Prinsip kos.

Urus niaga direkodkan berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa telah berubah.

Ketekalan.

Item perakaunan yang serupa direkodkan dengan kaedah yang sama (konsisten) pada setiap tempoh perakaunan.

BATASAN PERAKAUNAN

Batasan perakaunan merujuk kepada kos manfaat daripada penyediaan penyata kewangan. Kos manfaat bermaksud kos penyediaan maklumat mestilah tidak melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna penyata kewangan. Hal ini dapat memastikan pendapatan yang optimum dan kos yang minimum untuk menjana untung bersih yang lebih tinggi.

ENTITI PERNIAGAAN

Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai tujuan yang sama. Dalam perakaunan terdapat empat jenis organisasi.

a) Milikan tunggal.

b) Perkongsian.

c) Syarikat Berhad.

d) Koperasi.

Aspek

Milikan Tunggal

Perkongsian

Syarikat Berhad

Koperasi

Pemilikan

Dimiliki oleh seorang pemilik.

Perkongsian biasa yang dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pekongsi.

Syarikat Sendirian Berhad yang terdiri daripada 2 hingga 50 orang pemegang saham.

50 hingga tiada had maksimum jumlah anggota.

Perkongsian profesional yang dimiliki oleh 2 hingga 50 orang pekongsi.

Syarikat Awam atau Umum yang terdiri daripada 2 hingga tiada had maksimum jumlah pemegang saham.

Sumber modal

Disumbangkan oleh pemilik perniagaan.

Disumbangkan oleh para pekongsi.

Modal dikumpul daripada pemegang saham melalui terbitan saham dan langganan saham.

Modal dikumpul daripada anggota melalui penerimaan fi masuk dan jualan saham.

Tanggungan liabiliti

Menanggung liabiliti tidak terhad, iaitu harta benda peribadi pemilik atau pekongsi akan digunakan untuk menjelaskan hutang jika perniagaan tidak berkemampuan membayar hutang semasa pembubaran.

Menanggung liabiliti terhad setakat sumbangan modal yang dilaburkan.

Undang-undang

Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan.

Berdaftar di bawah Akta Perkongsian 1961.

Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965.

Berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Keuntungan dan Kerugian

Untung dinikmati sepenuhnya oleh pemilik manakala rugi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.

Untung atau rugi akan diagihkan kepada para pekongsi mengikut syarat pembahagian untung atau rugi yang dipersetujui.

Keuntungan diagihkan kepada para pemegang saham dalam bentuk dividen.

Diagihkan kepada anggota koperasi dalam bentuk dividen.

Pengurusan perniagaan

Diuruskan oleh pemilik dan dibantu oleh ahli keluarga atau saudara.

Diuruskan oleh pekongsi yang aktif.

Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengaruh yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Diuruskan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Faktor pemilihan

Modal permulaan rendah dan pemilik bebas membuat keputusan perniagaan.

Pekongsi dapat menggabung modal dan kepakaran. Risiko kerugian ditanggung bersama.

Berupaya untuk mengumpul modal yang lebih besar. Tanggungan liabiliti terhad.

Diurus oleh dikendalikan oleh anggota yang mempunyai objektif yang sama. Berupaya mengumpul modal yang besar.

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1