SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 8


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah. [4 markah]

(i) Memilih keterangan di kandang orang salah.

Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh Pendakwa.

(ii) Memilih memberi keterangan bersumpah.

Keterangannya boleh dicabar oleh pendakwa raya dengan cara soal balas dan lain-lain.

(iii) Memilih untuk berdiam diri.

Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tadak ada syak wasangka yang munasabah.

SOALAN 2:

Nyatakan empat kepentingan amalan tadbir urus baik dalam pembangunan negara. [4 markah]

a) Mengekalkan profesionalisme dan tadbir urus dalam perkhidmatan.

b) Memenuhi jangkaan pelanggan dan pihak berkepentingan.

c) Kemajuan dan kemakmuran ekonomi meningkat.

d) Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.

e) Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

f) Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap pentadbiran awam (akauntabiliti).

g) Mengurangkan atau Menjimatkan kos perbelanjaan negara.

h) Meningkatkan daya saing negara.

i) Memberi keyakinan kepada pelabur asing.

SOALAN 3:

Nyatakan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]

(i) Hak kebebasan bercakap.

Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.

(ii) Hak kebebasan beragama.

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

SOALAN 4:

Nyatakan tiga kategori pengundi tidak hadir. [3 markah]

(A) Anggota tentera dan pasangan.

(B) Anggota polis dan pasangan.

(C) Pelajar di luar negara dan pasangannya.

SOALAN 5:

Jelaskan dua kaedah pindaan Perlembagaan dilakukan. [4 markah]

(a) Persetujuan majoriti 2/3 oleh ahli Majlis Parlimen.

- Bentuk sumpah dan ikrar.

- Pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara.

- Peruntukan tambahan kewarganegaraan.

- Persempadanan kawasan pilihan raya.

- Perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Senarai Perundangan.

- Perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang melibatkan:

* Pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

* Tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih.

(b) Persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

- Kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain.

- Hak-hak dan kedaulatan raja-raja.

- Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.

- Hal ehwal Islam.

- Kedudukan bahasa kebangsaan.

- Keistimewaan Parlimen.

- Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia.

(c) Sokongan majoriti mudah ahli Parlimen.

- Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas.

(d) Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak.

- Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia.

- Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

- Soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

- Kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak.

- Hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak.

SOALAN 6:

Jelaskan dua jenis rang undang-undang yang boleh digubal oleh Dewan Rakyat. [4 markah]

I) Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.

Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja.

II) Rang Undang-Undang Hibrid.

Dibentangkan oleh ahli-ahli Parlimen yang difikirkan mempunyai kepentingan tertentu.

SOALAN 7:

Jelaskan empat bidang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan. [4 markah]

- Meluluskan belanjawan Kerajaan Tempatan.

- Melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

- Mengesahkan undang-undang kecil Kerajaan Tempatan.

- Menetapkan taraf, status, dan sempadan Kerajaan Tempatan.

- Menyediakan peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan.

- Meluluskan jawatan baharu yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan.

- Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan Tempatan.

SOALAN 8:

Huraikan dua perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun. [4 markah]

  • Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri manakala badan tidak berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Badan berkanun segala perbelanjaan serta perancangannya dikawal oleh kerajaan pusat manakala badan tidak berkanun dikawal secara tidak langsung.

SOALAN 9:

Berikan tiga tugas seorang Ketua Setiausaha. [3 markah]

- Penasihat utama Perdana Menteri.

- Mengetuai seluruh kakitangan awam dalam negara.

- Ketua Setiausaha Negara menjadi Setiausaha Kabinet.

- Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Kabinet.

- Merancang dan mengawal pelaksanaan program dan dasar.

- Memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.

- Merupakan pegawai perkhidmatan awam tertinggi di Malaysia.

- Menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan.

- Memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjalan lancar.

- Mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara.

- Mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).

- Menyelaraskan pentadbiran badan berkanun dan jabatan serta kementerian.

- Mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

SOALAN 10:

Berdasarkan gambar rajah di bawah, senaraikan empat tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

(a) Kenaikan pangkat.

(b) Kawalan tatatertib.

(c) Pengesahan dalam perkhidmatan.

(d) Pemberian taraf berpencen.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1