SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 9
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Undang-undang
pelaburan asing. |
Bentuk
sumpah dan ikrar. |
Persempadanan
kawasan pilihan raya. |
Tujuan
menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih. |
Kepentingan
sah kaum-kaum lain. |
Pelaksanaan
triti, perjanjian, atau konvensyen antara persekutuan dengan negara lain. |
Senaraikan empat perkara yang boleh dipinda di bawah cara pindaan Perlembagaan Persekutuan Majoriti Mudah Ahli Parlimen hadir
(a) Bentuk sumpah dan ikrar.
(b) Persempadanan kawasan pilihan raya.
(c) Tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih.
(d) Pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara persekutuan dengan negara lain.
SOALAN 2:
Huraikan dua langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam. [4 markah]
i) Menambah baik sistem atau prosedur kerja.
Mengenal pasti dan meminda peraturan dan undang-undang yang menghalang kelancaran sistem pentadbiran.
ii) Menambah baik piawaian perkhidmatan.
Menggubal Piagam Pelanggan untuk menambah baik sistem penyampaian.
iii) Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyampaian perkhidmatan.
iv) Menyediakan saluran aduan awam.
Menyediakan saluran aduan awam agar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sektor awam boleh melaporkan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).
v) Meningkatkan integriti.
Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan terhadap tugas yang dijalankan oleh kakitangan awam.
vi) Mewujudkan kerjasama awam dan swasta.
Kerjasama awam dan swasta perlu ditingkatkan sejajar dengan Dasar Penswastaan.
SOALAN 3:
Jelaskan dua perbezaan antara Majlis Perbandaran dengan Majlis Daerah. [4 markah]
(i) Dari segi jumlah penduduk.
Majlis Perbandaran mengurus penduduk melebihi 150,000 orang penduduk manakala Majlis Daerah mengurus kurang daripada 150,000 orang penduduk.
(ii) Dari segi jumlah kutipan hasil.
Jumlah kutipan hasil Majlis Perbandaran adalah melebihi RM 20 juta setahun manakala jumlah kutipan hasil Majlis Daerah adalah kurang daripada RM 20 juta setahun.
SOALAN 4:
Senaraikan tiga perkara yang tidak boleh dipersoalkan menurut Perlembagaan Persekutuan. [3 markah]
A) Kerakyatan atau Kewarganegaraan.
B) Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
C) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
D) Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
SOALAN 5:
Nyatakan dua perbezaan antara Sultan dan Yang di-Pertua Negeri. [4 markah]
- Sultan ditabal berdasarkan pewarisan takhta manakala Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
- Sultan tidak boleh dipecat manakala Yang di-Pertua Negeri boleh dipecat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan persetujuan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
- Sultan adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri tidak mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing.
- Sultan hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja manakala Yang di-Pertua Negeri boleh didakwa di mahkamah awam.
- Sultan boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) manakala Yang di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
SOALAN 6:
Nyatakan tiga jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat. [3 markah]
a) Jawatankuasa Dewan.
b) Jawatankuasa Pemilih.
c) Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
SOALAN 7:
Huraikan dua langkah kerajaan untuk memperkasakan modal insan yang lebih berketrampilan dan berkualiti tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. [4 markah]
(I) Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti.
Pihak kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti.
(II) Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah.
Pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion pengurusan ke peringkat yang lebih tinggi.
SOALAN 8:
Nyatakan empat situasi yang menyebabkan seseorang warganegara tidak layak menjadi calon pilihan raya. [4 markah]
a. Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan.
b. Denda RM 2,000 dan ke atas oleh mahkamah.
c. Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.
d. Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'.
e. Telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang 1 tahun.
f. Telah memperoleh kewarganegaraan atau kerakyatan asing.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!