SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 10


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

希望大家会喜欢吖!

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

“Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.”

Nyatakan dua alasan untuk menyokong pernyataan di atas. [2 markah]

a. Perlembagaan Persekutuan mengatasi segala undang-undang lain di Malaysia.

b. Semua pihak perlu mematuhi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

c. Pindaan dan kelulusan sebarang undang-undang mesti bersumberkan Perlembagaan Persekutuan.

d. Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber yang menggariskan kuasa pelbagai pihak kerajaan.

e. Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat yang berlawanan.

f. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara atau Yang di-Pertuan Agong perlu betindak mengikut Perlembagaan.

SOALAN 2:

Nyatakan dua bidang kuasa yang hanya ada pada Mahkamah Persekutuan. [2 markah]

- Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi atau rayuan yang terakhir.

- Berkuasa memberi tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan.

- Menyelesaikan pertikaian masalah perundangan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

- Membatalkan undang-undang negeri atau tindakan kerajaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

SOALAN 3:

Nyatakan dua tanggungjawab kolektif anggota Kabinet. [2 markah]

a) Bertanggungjawab secara bersama ke atas Parlimen.

b) Secara bersama mempertahan setiap keputusan Kabinet yang diputuskan secara majoriti.

SOALAN 4:

Nyatakan empat kepentingan Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]

- Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.

- Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

- Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.

- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

SOALAN 5:

Nyatakan dua tujuan penubuhan agensi X di atas. [2 markah]

* Menambah penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi.

* Matlamat pembangunan yang hendak dicapai lebih sesuai dilaksanakan oleh perbadangan awam.

* Membolehkan kerajaan terlibat dalam bidang sosioekonomi yang tidak atau enggan diceburi oleh pihak swasta.

* Membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam kepada golongan yang memerlukannya.

SOALAN 6:

Jelaskan dua ciri pilihan raya umum di Malaysia. [4 markah]

A) Diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun.

Boleh diadakan lebih awal daripada tempoh 5 tahun jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan oleh Raja atau Perdana Menteri lebih awalnya.

B) Melibatkan semua kawasan Parlimen dan kawasan dan di seluruh negeri.

Parlimen dan terbubar secara automatik apabila cukup tempoh 5 tahun.

SOALAN 7:

Nyatakan dua cara pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. [2 markah]

(a) Melibatkan kelulusan majoriti mudah sahaja.

(b) Melibatkan kelulusan 2/3 ahli dua Majlis Parlimen.

(c) Melibatkan kelulusan 2/3 ahli dua Majlis Parlimen dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

(d) Melibatkan kelulusan 2/3 ahli dua Majlis Parlimen dan mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak.

SOALAN 8:

Nyatakan dua hak perlindungan atau keistimewaan yang dinikmati oleh seseorang hakim dalam undang-undang Malaysia. [2 markah]

* Kelakuan hanya boleh dibincang di Parlimen.

* Berkuasa menghukum mereka yang menghina mahkamah.

* Tidak boleh didakwa berkaitan dengan keputusan kehakimannya.

SOALAN 9:

Nyatakan tiga situasi yang menyebabkan seseorang anggota Kabinet hilang jawatannya. [3 markah]

A) Disahkan tidak siuman.

B) Telah didenda melebihi RM 2,000.

C) Memperoleh kewarganegaraan lain.

D) Telah dihukum penjara melebihi setahun.

E) Digugurkan atau dipecat oleh Perdana Menteri. 

F) Diisytiharkan bankrap atau muflis oleh mahkamah.

G) Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya yang ditandingi.

H) Tidak dinamakan semula oleh Perdana Menteri dalam pembentukan Kabinet baru.

I) Telah tamat tempoh sebagai seorang ahli Dewan Negara dan tidak disambung semula.

J) Tidak menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa keizinan.

SOALAN 10:

Senaraikan tiga ciri negara berdaulat. [3 markah]

a) Merdeka.

b) Berkuasa sendiri.

c) Beridentiti sendiri.

SOALAN 11:

Jelaskan dua sekatan terhadap Yang di-Pertuan Agong. [4 markah]

* Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang mempunyai saraan.

* Tidak boleh memberi pengampunan atas diri sendiri permaisuri dan anak-anaknya.

* Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti politik.

* Tidak boleh boleh didakwa di Mahkamah Khas dalam kes sivil atau kes jenayah atau sifat peribadi.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1