PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 24


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?

I.      Penduduk yang berbilang kaum.

II.     Parti politik yang memimpin negara.

III.    Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.

IV.    Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

A. Jemaah Menteri.

B. Keanggotaan Parlimen.

C. Bahasa Kebangsaan.

D. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan.

SOALAN 3:

 

Jenis Kewarganegaraan

 

Pemohon

I.

Masukan

X

u Seorang warganegara India.

u Suaminya seorang warganegara Malaysia.

II.

Pendaftaran

Y

u Bayi dilahirkan di Malaysia.

u Bapanya bertaraf pemastautin tetap Malaysia.

III.

Kuat kuasa undang-undang

Z

u Seorang jurutera warganegara Bangladesh.

u Telah bekerja di Malaysia selama 15 tahun.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis kewarganegaraan dengan pemohon? 

 

X

Y

Z

A.

I

II

III

B.

II

III

I

C.

III

I

II

D.

III

II

I

SOALAN 4:

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan meletakkan jawatan?

A. Dilantik sebagai Senator.

B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah. 

C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri.

D. Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tindak menyokong kepimpinan beliau.

SOALAN 5:

Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?

A. Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat.

B. Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat.

C. Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

D. Rang Undang-Undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat.

SOALAN 6:

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

A. Mendengar petisyen pilihan raya.

B. Menyemak sempadan pilihan raya.

C. Meminda undang-undang pilihan raya.

D. Mendakwa calon yang melanggar peraturan-peraturan pilihan raya.

SOALAN 7:

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?

A. Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari pengundi.

B. Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari pengundi.

C. Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari pengundi.

D. Pesakit yang terlantar di hospital pada hari pengundi.

SOALAN 8:

Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberikan penekanan kepada

I.      proses kerja.

II.     bilangan tenaga kerja.

III.    peraturan pelaksanaan.

IV.    sumber kos pengeluaran.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 9:

Yang manakah yang melambangkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?

A. Proses kerja yang jelas.

B. Peningkatan peruntukan.

C. Peningkatan pembabitan rakyat.

D. Pengurangan saiz tenaga kerja.

SOALAN 10:

Pemberian peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan

A. panjang jalan negeri.

B. hasil pendapatan negeri.

C. bilangan ketua isi rumah.

D. keluasan sesebuah negeri.

SOALAN 11:

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada Pihak Berkuasa Tempatan?

I.      Meluluskan pertukaran hak milik tanah.

II.     Mengeluarkan lesen pemaju perumahan.

III.    Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan.

IV.    Mengenakan kompaun terhadap kesalahan membuang sampah.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

à   Masalah  pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian.

à   Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian yang terlibat.

Penyelarasan ini dibuat oleh

A. Majlis Ekonomi Negara.

B. Majlis Tindakan Negara.

C. Majlis Keselamatan Negara.

D. Majlis Perundingan Negara.

SOALAN 13:

Yang manakah hasil Pihak Berkuasa Tempatan?

A. Cukai jualan.

B. Cukai perkhidmatan.

C. Lesen paparan iklan.

D. Lesen pendaftaran perniagaan.

SOALAN 14:

Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja?

I.      Penggunaan tanah rizab orang Melayu.

II.     Perubahan sempadan antara negeri-negeri.

III.    Amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan.

IV.    Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

SOALAN 15:

Yang manakah kepentingan tadbir urus baik?

A. Menambahkan bilangan tenaga kerja.

B. Memberikan keyakinan kepada pelabur asing.

C. Meningkatkan bilangan sektor awam yang diswastakan.

D. Meluaskan pengaruh kerajaan dalam pelbagai bidang ekonomi.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1