PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 25
SOALAN 1:
Yang manakah yang menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
I. Sistem pentadbiran yang telus.
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing.
III. Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara.
IV. Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?
|
Senarai Negeri |
Senarai Bersama |
A. |
Penyu |
Kebajikan masyarakat |
B. |
Perikanan |
Penjaja beredar |
C. |
Perparitan |
Perpustakaan |
D. |
Kesihatan |
Perumahan |
SOALAN 3:
9 Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan
lelaki warganegara Malaysia. 9 Beliau menetap di Malaysia selama 2 tahun sebelum
tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. |
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A. Masukan.
B. Pendaftaran.
C. Percantuman wilayah.
D. Kuat kuasa undang-undang.
SOALAN 4:
“Pihak pentadbiran
mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat
undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses
pentadbiran” |
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. pemusatan kuasa.
B. pengasingan kuasa.
C. penyelarasan kuasa.
D. pembahagian kuasa.
SOALAN 5:
|
Pernyataan |
I. |
Diluluskan
oleh badan perundangan Persekutuan. |
II. |
Peraturan
dan kaedah dibuat oleh Menteri atau Pihak Berkuasa Tempatan. |
III. |
Diluluskan
oleh badan perundangan negeri Sabah dan Sarawak. |
|
Jenis Perundangan |
X |
Akta. |
Y |
Ordinan. |
Z |
Perundangan Subsidiari. |
Yang manakah padanan yang betul antara pernyataan dengan jenis perundangannya?
|
X |
Y |
Z |
A. |
III |
I |
II |
B. |
II |
I |
III |
C. |
I |
II |
III |
D. |
I |
III |
II |
SOALAN 6:
Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?
A. Lantikannya oleh Perdana Menteri.
B. Saraannya di bawah peruntukan Parlimen.
C. Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri.
D. Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara.
SOALAN 7:
Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh
A. writ pilihan raya dikeluarkan.
B. keputusan pilihan raya diwartakan.
C. persidangan pertama Dewan Undangan Negeri.
D. Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan.
SOALAN 8:
T Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan. T Mengongsi maklumat yang jelas dengan pihak yang berkepentingan. |
Maklumat di atas merupakan tadbir urus negara berteraskan prinsip
A. integriti.
B. ketelusan.
C. akauntabiliti.
D. pengamanahan.
SOALAN 9:
Negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia |
Sabah |
Sarawak |
Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri |
Kabinet Negeri |
Y |
Merujuk kepada jadual di atas, Y ialah
A. Majlis Negeri.
B. Kerajaan Negeri.
C. Majlis Tertinggi.
D. Jawatankuasa Negeri.
SOALAN 10:
Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh
A. Dewan Undangan Negeri.
B. Jawatankuasa Tindakan Negeri.
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
D. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
SOALAN 11:
Z Memastikan dasar kerajaan seperti Program Transformasi
Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan mencapai matlamat. Z Menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara. |
Pernyataan di atas merujuk kepada beberapa fungsi
A. Unit Inovasi Khas.
B. Unit Perancang Ekonomi.
C. Unit Penyelarasan Pelaksanaan.
D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
SOALAN 12:
|
Agensi Pusat |
P |
Unit
Penyelarasan Pelaksanaan |
Q |
Unit
Inovasi Khas |
R |
Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan |
|
Peranan |
I. |
Meningkatkan
daya saing Malaysia. |
II. |
Memangkin
perubahan dalam penyampaian sektor awam. |
III. |
Menilai
dasar dan pelaksanaan projek pembangunan. |
Yang manakah padanan yang betul antara agensi pusat dengan peranannya?
|
P |
Q |
R |
A. |
I |
II |
III |
B. |
II |
I |
III |
C. |
II |
III |
I |
D. |
III |
I |
II |
SOALAN 13:
Yang manakah tugas Unit Perancang Ekonomi?
A. Menyelaras pembangunan di koridor pertumbuhan.
B. Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau.
C. Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baharu.
D. Melaksanakan projek kerjasama awam swasta melalui Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta.
SOALAN 14:
Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?
I. Memasang kamera litar tertutup.
II. Menswastakan perkhidmatan kaunter.
III. Meningkatkan keselesaan di ruang menunggu.
IV. Memberikan latihan kepada pegawai khidmat pelanggan.
A. I dan III
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
SOALAN 15:
Kesan pengurangan karenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah
A. tahap kepuasan pelanggan meningkat.
B. bilangan pegawai kaunter bertambah.
C. waktu berurusan di kaunter dipendekkan.
D. keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!