PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 22
SOALAN 1:
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I. Mempunyai identitinya tersendiri.
II. Mempunyai penduduk yang tetap.
III. Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan.
IV. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksankan?
A. Majoriti mudah Majlis Parlimen.
B. Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
C. Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
D. Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenaan YDPA dan Majlis Raja-Raja.
SOALAN 3:
Encik Z lahir di
Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin
tetap. |
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A. Kuat kuasa undang-undang.
B. Percantuman wilayah.
C. Pendaftaran.
D. Masukan.
SOALAN 4:
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
A. Khalwat.
B. Mengamalkan ajaran sesat.
C. Tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.
SOALAN 5:
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh Badan Eksekutif setelah
A. diluluskan oleh Majlis Parlimen.
B. disahkan oleh Badan Kehakiman.
C. diwartakan sebagai Warta Kerajaan.
D. diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
SOALAN 6:
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
A. rombakan Kabinet.
B. kematian Setiausaha Dewan Negara.
C. kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri.
D. perletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat.
SOALAN 7:
Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 8:
Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?
I. Proses kerja yang jelas.
II. Tahap keilmuan yang tinggi.
III. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara.
IV. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 9:
A. meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar.
B. menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan.
C. mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja.
D. melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara.
SOALAN 10:
7 Bayaran sewaan kuaters guru. 7 Bayaran denda kerana kesalahan lalu lintas. |
Penerimaan bayaran di atas dikategorikan sebagai
A. hasil bukan cukai.
B. terimaan bukan hasil.
C. bayaran perkhidmatan.
D. hasil Wilayah Persekutuan.
SOALAN 11:
f Menjadi pemangkin perubahan dalam aspek penyampaian di
sektor awam dan swasta. f Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian. |
Tugas di atas dilaksanakan oleh
A. Unit Inovasi Khas.
B. Unit Kerjasama Awam Swasta.
C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.
D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
SOALAN 12:
A. menyeragamkan pentadbiran.
B. menyelaraskan aktiviti ekonomi.
C. memudah cara pelaksanaan projek pembangunan.
D. meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta.
SOALAN 13:
Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya dan bilangan penduduk?
A. Perbendaharaan.
B. Majlis Kewangan Negara.
C. Pihak Berkuasa Tempatan.
D. Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri.
SOALAN 14:
Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui
A. peningkatan bilangan kakitangan.
B. pemudahcaraan proses dan prosedur kerja.
C. pewujudan jabatan dan agensi yang baharu.
D. pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan.
SOALAN 15:
Yang manakah kesan kewujudan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar?
A. Kos operasi kerajaan dikurangkan.
B. Penswastaan perkhidmatan awam diperluas.
C. Waktu urusan di pejabat-pejabat kerajaan dipendekkan.
D. Urusan orang ramai dengan agensi awam dan swasta dipermudah.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!