PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 23


这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Yang manakan ciri asas sesebuah negara?

A. Diterajui oleh parti politik tertentu.

B. Ditadbir secara demokrasi berparlimen.

C. Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat.

D. Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik.

SOALAN 2:

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

A. Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak.

B. Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.

C. Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

D. Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihan raya semasa dalam tahanan.

SOALAN 3:

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

I.      Tidak boleh dibuat pindaan.

II.     Asas kepada pembentukan kerajaan.

III.    Merupakan undang-undang tertinggi.

IV.    Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 4:

Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Ordinan.

B. Enakmen.

C. Perundangan Kecil.

D. Doktrin Duluan Kehakiman.

SOALAN 5:

Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

I.      Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan.

II.     Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam.

III.    Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

IV.    Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 6:

Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh

A. Pengundian dijalankan.

B. Penamaan calon pilihan raya.

C. Keputusan pilihan raya diwartakan.

D. Mesyuarat pertama dewan selepas pilihan raya.

SOALAN 7:

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?

I.      Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya.

II.     Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya.

III.    Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi.

IV.    Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 8:

f Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Baru ekonomi.

f Mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan oleh universiti dan institusi penyelidikan.

Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan

A. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP).

B. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

C. Unit Perancang Ekonomi (EPU).

D. Unit Inovasi Khas (UNIK).

SOALAN 9:

Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?

A. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara.

B. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja.

C. Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa.

D. Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan.

SOALAN 10:

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip

I.      Integriti.

II.     Prosedur.

III.    Budi bicara.

IV.    Akauntabiliti.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 11:

Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I.      Perancangan bandar dan desa.

II.     Pertanian dan perhutanan.

III.    Kutipan zakat dan fitrah.

IV.    Kesihatan awam.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 12:

Yang manakah yang benar tentang kuasa Setiausaha Negara?

A. Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara.

B. Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

C. Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri.

D. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara.

SOALAN 13:

I  Cukai taksiran harta.

I  Lesen pusat hiburan.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah

A. Pihak Berkuasa Tempatan.

B. Lembaga Hasil Dalam Negeri.

C. Perbadanan Pembangunan Bandar.

D. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

SOALAN 14:

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

I.      Penentuan jenis mata wang.

II.     Penangkapan ikan di sungai.

III.    Pengeluaran lesen pembalakan.

IV.    Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 15:

«    Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan.

«    Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

A. Jabatan Audit Negara.

B. Bank Negara Malaysia.

C. Perbendaharaan Malaysia.

D. Jabatan Akauntan Negara.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1