PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 1 / PENGGAL 1 - 21


我来更新啦~

如标题所见,这篇文章是科目 Pengajian Am 的 Latihan Soalan Objektif,希望大家喜欢噢!

参考的答案我会加黑哦,注意噢!

请看下去:

SOALAN 1:

Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?

I.      Mengawal pergerakan manusia dan barangan.

II.     Memperluas sumber kekayaan negara.

III.    Menguruskan pilihan raya umum.

IV.    Menjamin keselamatan negara.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 2:

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

A. pendaftaran.

B. naturalisasi.

C. percantuman wilayah.

D. kuat kuasa undang-undang.

SOALAN 3:

Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

I.      Kabinet meluluskan undang-undang.

II.     Mahkamah membatalkan undang-undang.

III.    Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.

IV.    Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

SOALAN 4:

Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk

A. membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

B. membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara.

C. mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah.

D. mengawal kualiti badan guaman negara.

SOALAN 5:

Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.

Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

A. Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen.

B. Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.

C. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen.

D. Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam sidang Parlimen.

SOALAN 6:

Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

I.      Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun.

II.     Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan.

III.    Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

IV.    Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 7:

Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut

A. diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan.

B. didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh.

C. dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

D. didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan.

SOALAN 8:

Budaya berteraskan perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam dapat diterapkan melalui

I.      latihan kemahiran secara berterusan.

II.     perkongsian maklumat dan pengetahuan.

III.    pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang.

IV.    pelantikan penjawat awam yang berkelulusan tinggi.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

SOALAN 9:

Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan oleh syarikat kepentingan kerajaan ialah satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip

A. mengutamakan pelanggan.

B. berkesan (efektif).

C. integriti.

D. telus.

SOALAN 10:

Teguran: Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan.

Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?

A. Jabatan Audit Negara.

B. Jabatan Akauntan Negara.

C. Jawatankuasa Akaun Awam.

D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

SOALAN 11:

Pelantikan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan

A. Sultan.

B. Ketua Kerajaan Negeri.

C. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

SOALAN 12:

Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan manusia?

A. Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

B. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

C. Agensi Keselamatan Sempadan.

D. Majlis Keselamatan Negara.

SOALAN 13:

·         Menyelaras tanggungjawab pentadbiran negeri mengikut portfolio.

·         Meluluskan peruntukan geran pelancaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas adalah 

A. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

B. Unit Perancangan Ekonomi Negeri.

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

D. Pejabat Kewangan Negeri.

SOALAN 14:

Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?

A. Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar.

B. Meningkatkan imej perkhidmatan awam.

C. Mencapai misi nasional yang ditetapkan.

D. Merancakkan pembangunan negara.

SOALAN 15:

Bidang pekerjaan yang manakah yang menghadapi cabaran besar dalam meningkatkan keyakinan awam terhadap tadbir urus baik?

A. Kesihatan.

B. Pendidikan.

C. Penguatkuasaan.

D. Pemungutan cukai dan hasil.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 3 / PENGGAL 3