PERAKAUNAN - NOTA AKAUN BELUM TERIMA, NOTA BELUM TERIMA, LAIN-LAIN BELUM TERIMA, AKAUN KAWALAN PENGHUTANG, PERUNTUKAN HUTANG RAGU, DAN HUTANG LAPUK TERPULIH


NOTA AKAUN BELUM TERIMA, NOTA BELUM TERIMA, LAIN-LAIN BELUM TERIMA, AKAUN KAWALAN PENGHUTANG, PERUNTUKAN HUTANG RAGU, DAN HUTANG LAPUK TERPULIH

MAKSUD DAN HURAIAN AKAUN BELUM TERIMA

Akaun belum terima merupakan akaun penghutang. Ini wujud daripada urus niaga barang niaga atau perkhidmatan secara kredit berdasarkan operasi seharian perniagaan. Contohnya, merekodkan urus niaga berikut di dalam buku Syarikat Ozon:

(a) Pada 1 Jun, Syarikat Ozon menjual barang niaga secara akaun kepada Perniagaan Samiha dengan harga RM 7,000, terma jualan 2/10/30.

(b) Pada 8 Jun, Perniagaan Samiha memulangkan barang niaga bernilai RM 1,100 kepada Syarikat Ozon.

(c) Pada 11 Jun, Perniagaan Samiha membayar hutangnya.

Syarikat Ozon
Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

Jun 1

Akaun belum terima: Perniagaan Samiha

Jualan

(merekod jualan kredit)

7,000

 

7,000

Jun 8

Pulangan jualan

Akaun belum terima: Perniagaan Samiha

(merekod pulangan daripada pelanggan)

1,100

 

1,100

 

Jun 11

Tunai / Bank

Diskaun diberi (2/100 x 5,900)

Akaun belum terima: Perniagaan Samiha

(merekod penerimaan hutang dengan diskaun diberi)

5,782

118

 

 

5,900

NOTA BELUM TERIMA

Nota belum terima melibatkan perjanjian menggunakan dokumentasi bagi akaun belum terima. Ini wujud daripada urus niaga jualan barang niaga atau perkhidmatan utama perniagaan, tetapi hutang itu mengambil terma kredit melebihi terma kredit jualan kredit (asal) dengan menggunakan nota janji.

LAIN-LAIN BELUM TERIMA 

Lain-lain belum terima wujud daripada urus niaga bukan operasi perniagaan, ia dikelaskan sebagai akaun belum  terima bukan dagangan.

AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

TIGA KEPENTINGAN AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

(a) Memudahkan mengesan penipuan dan penyelewengan.

(b) Memudahkan pengesanan kesilapan jika Imbangan Duga tidak seimbang.

(c) Memudahkan peghitungan jumlah baki keseluruhan penghutang dalam Lejar Am.

FORMAT AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

Akaun kawalan adalah ringkasan akaun belum terima dari lejar jualan, dan berbaki debit.

Baki debit menunjukkan kawalan penghutang adalah sebahagian daripada butiran aset.

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Tarikh

Butiran

Kredit

RM

2015

Jun 30

 

Baki awal

 

XX

2015

Jun 30

 

Tunai / Bank

 

XX

 

Jualan

XX

 

Diskaun diberi

XX

 

Bank (cek tak layan)

XX

 

Pulangan masuk

XX

 

Diskaun diberi (dibatalkan)

XX

 

Hutang lapuk

XX

 

 

 

 

Kawalan pemiutang

XX

 

 

 

 

Baki akhir

XX

SEBAB-SEBAB  AKAUN KAWALAN PENGHUTANG MEMPUNYAI BAKI KREDIT

A.) Jumlah yang dibayar oleh penghutang melebihi jumlah hutangnya.

B.) Penghutang memulangkan barang niaga setelah hutangnya dijelaskan.

C.) Pembekal memberikan diskaun atau elaun setelah penghutang menjelaskan hutangnya.

CONTOH

Butir-butir berikut diambil daripada buku perakaunan Hakim Enterprise:

 

RM

RM

1 Februari 2019

 

 

Baki debit lejar jualan

6,660

 

Baki kredit lejar jualan

 

180

 

 

 

28 Februari 2019

 

 

Penerimaan daripada penghutang

 

59,654

Jualan tunai

 

1,432

Pulangan masuk

 

1,090

Diskaun diberi

 

654

Hutang lapuk

 

389

Peruntukan hutang ragu

 

400

Baki kredit lejar jualan

 

232

Baki debit lejar jualan

 

666

Dikehendaki:

Sediakan akaun kawalan penghutang. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN

Hakim Enterprise

Akaun Kawalan Penghutang

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Tarikh

Butiran

Kredit

RM

2019

Feb 1

 

Baki b/b

6,600

2019

Feb 1

 

Baki b/b

 

180

 Feb 28

Jualan

55,741

Feb 28

Tunai / Bank

59,654

 

Baki h/b

232

 

Pulangan masuk

1,090

 

 

 

 

Diskaun diberi

654

 

 

 

 

Hutang lapuk

389

 

 

 

 

Baki h/b

666

 

 

62,633

 

 

62,633

PERUNTUKAN HUTANG RAGU (PERUNTUKAN HUTANG LAPUK)

Anggaran hutang perniagaan yang mungkin tidak dapat dikutip berdasarkan pengalaman masa lalu.

CONTOH

Pada 31 Disember 2015, petikan Imbangan Duga Perniagaan Izwan menunjukkan butiran seperti yang berikut:

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

Jualan

 

180,000

Pulangan masuk

1,000

 

Belanja hutang lapuk

5,500

 

Akaun belum terima

35,000

 

Peruntukan hutang ragu

 

7,050

Maklumat Tambahan:

(1) Seorang penghutang yang berjumlah RM 1,000 diisytiharkan muflis.

(2) Jualan kredit ialah 80% daripada jumlah jualan.

(3) Usia penghutang dan analisis jualan RM 35,000 adalah seperti perincian di bawah:

Usia Penghutang

Anggaran Peruntukan Hutang Ragu

Semasa

0%

31-60 hari

5%

61-100 hari

10%

101 hari dan lebih

30%


Usia Penghutang

Jumlah (RM)

Semasa

18,500

38 hari

10,000

56 hari

3,500

97 hari

1,200

103 hari

1,800

(a) Hitung peruntukan hutang ragu 5%

 (i) atas jualan bersih.

 (ii) atas jualan kredit.

 (iii) atas jumlah penghutang bersih.

(b) Hitung peruntukan hutang ragu atas pengusiaan penghutang. 

(c) Sediakan catatan jurnal dan lejar untuk urus niaga (a) dan (b) di atas.

SKEMA JAWAPAN

(a) (i) Peratusan atas jualan bersih.

Peruntukan hutang ragu = (Jualan - Pulangan masuk) x 5%

Peruntukan hutang ragu = ( RM 180,000 - RM 1,000) x 5%

Peruntukan hutang ragu = RM 8,950.00

Perniagaan Izwan

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Hutang lapuk

Akaun belum terima

(merekod hutang telah lapuk)

 

1,000

 

 

1,000

 

 

Belanja hutang ragu

Peruntukan hutang ragu

(merekod peruntukan hutang ragu)

1,900

 

1,900


Perniagaan Izwan

Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Butiran

RM

Butiran

RM

Baki h/b

8,950

Baki b/b

7,050

 

 

Belanja hutang ragu

1,900

 

8,950

 

8,950

 

 

 

 

(ii) Peratusan atas jualan kredit.

Peruntukan hutang ragu 5% atas jualan kredit

Peruntukan hutang ragu = (Jualan - Pulangan masuk) x 80% x 5%

Peruntukan hutang ragu = (RM 180,000 - RM 1,000) x 80% x 5%

Peruntukan hutang ragu = RM 7,160.00

Pertambahan hutang ragu = RM 7,160 - RM 7,050

Pertambahan hutang ragu = RM 110.00

Perniagaan Izwan

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Belanja hutang ragu

Peruntukan hutang ragu

(merekod pertambahan peruntukan hutang ragu)

 

110

 

 

110


Perniagaan Izwan

Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Butiran

RM

Butiran

RM

Baki h/b

7,160

Baki b/b

7,050

 

 

Belanja hutang ragu

110

 

7,160

 

7,160

 

 

 

 

(iii) Peratusan atas jumlah penghutang bersih.

Peruntukan hutang ragu 5% atas jumlah penghutang bersih.

Peruntukan hutang ragu = (Penghutang - Hutang lapuk) x 5%

Peruntukan hutang ragu = (RM 35,000 - RM 1,000) x 5%

Peruntukan hutang ragu = RM 1,700.00

Pengurangan hutang ragu = RM 7,050 - RM 1,700

Pengurangan hutang ragu = RM 5,350.00

Perniagaan Izwan

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Peruntukan hutang ragu

Pengurangan hutang ragu

(merekod pengurangan peruntukan hutang ragu)

 

5,350

 

 

5,350


Perniagaan Izwan

Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Butiran

RM

Butiran

RM

Pengurangan hutang ragu

5,350

Baki b/b

7,050

Baki h/b

1,700

 

 

 

7,050

 

7,050

 

 

 

 

(b) Pengisian Penghutang.

Kadar Peruntukan

0%

5%

10%

30%

Jumlah Penghutang

18,500

10,000 + 3,500

1,200

1,800

Jumlah Palarasan

0

675

120

540

Jumlah Peruntukan Hutang Ragu (RM)

1,335


Perniagaan Izwan

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Peruntukan hutang ragu

Pengurangan hutang ragu

(merekod pengurangan peruntukan hutang ragu)

 

5,715

 

 

5,715


Perniagaan Izwan

Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Butiran

RM

Butiran

RM

Pengurangan hutang ragu

5,715

Baki b/b

7,050

Baki h/b

1,335

 

 

 

7,050

 

7,050

 

 

 

 

HUTANG LAPUK TERPULIH

Perekodan hutang lapuk dan hutang lapuk terpulih dalam jurnal dan lejar.

CONTOH

Pada tahun pertama operasi mereka, Syarikat Sikat Bhd. mempunyai jualan kredit berjumlah RM 30,000. Pada 31 Disember 2015, didapati RM 1,200 daripada akaun belum terima dihapus kira kerana penghutang tidak dapat dikesan. Dengan menggunakan kaedah penghapuskan terus, tunjukkan bagaimana catatan jurnal dibuat bagi merekod urus niaga. Pada 15 April 2012, penghutang yang telah dihapus kira, kembali menyelesaikan hutangnya berjumlah RM 1,200 secara tunai.

SKEMA JAWAPAN

Syarikat Sikat Bhd.

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

Alternatif

Tunai

Hutang lapuk terpulih

(merekod hutang lapuk terpulih)

1,200

 

1,200

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1