PERAKAUNAN - NOTA ASET TAK KETARA


NOTA ASET TAK KETARA

TAKRIF DAN HURAIAN ASET TAK KETARA

f Aset tidak ketara tidak mempunyai kewujudan secara fizikal.

f Kewujudan berasaskan penilaian bukan berasaskan pasaran.

f Nilainya adalah subjektif.

f Nilainya boleh dilunaskan atau dihapus kira.

CONTOH ASET TAK KETARA

(a)   Paten.

(b)   Muhibah.

(c)   Hak cipta.

(d)   Belanja penubuhan.

(e)   Belanja permulaan (mengikut industri).

(f)    Belanja penyelidikan dan pembangunan (R&D).

MAKSUD DAN HURAIAN PATEN

Paten merujuk kepada hak istimewa yang diberikan oleh kerajaan kepada pemilik untuk mengeluarkan dan menjual sesuatu rekaan atau ciptaan atau menggunakan proses pengeluaran tertentu. Mana-mana pengeluar tidak dibenarkan mengguna, menjual, atau mengeluarkan ciptaan sesuatu produk tanpa kebenaran daripada pemilik paten tersebut. Tempoh hak paten yang ditetapkan selama 20 tahun.

MAKSUD DAN HURAIAN MUHIBAH (IHSAN)

Muhibah merujuk kepada potensi sesebuah perniagaan yang diperoleh dengan pembelian perniagaan secara keseluruhan, iaitu aset dan liabiliti dihitung bagi mendapat nilai bersih sesebuah perniagaan.

Faktor-faktor yang menyumbangkan kewujudan muhibah:

T  Pemilikan kuasa monopoli.

T  Lokasi perniagaan yang baik.

T  Reputasi dan nama baik pemilikan.

T  Pemilikan hak paten dan tanda dagangan.

T  Perhubungan baik antara pelanggan, pengurus, dan pekerja. 

MAKSUD DAN HURAIAN HAK CIPTA

Hak cipta merujuk kepada hak istimewa yang dinyatakan dalam undang-undang yang membenarkan pemiliknya menerbitkan, menjual, dan mengawal kerja kesenian, kesusasteraan, atau penulisan. Ini bertujuan memberi perlindungan kepada pemiliknya supaya hasil ciptaan tidak boleh ditiru oleh orang lain daripada pemiliknya. Tempoh hayat hak cipta bagi industri filem, rakaman lagu, dan industri siaran langsung dihadkan kepada 50 tahun. Kos hak cipta boleh dilunaskan atas tempoh terpendek antara hayat bergunanya.

MAKSUD DAN HURAIAN BELANJA PENUBUHAN ATAU PERMULAAN

Belanja penubuhan atau Belanja permulaan merujuk kepada kos yang terlibat semasa syarikat ditubuhkan. Kos penubuhan yang terdiri daripada yuran guaman, yuran pendaftaran, dan bayaran kepada penaja yang mengendalikan penerbitan saham atau bon. Selain itu, kos penubuhan juga terdiri daripada penerbitan prospektus, percetakan memorandum, dan tataurus yang terlibat sewaktu penubuhan syarikat tersebut.

MAKSUD DAN HURAIAN BELANJA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Penyelidikan merujuk kepada satu usaha kajian asli untuk mencari ilmu baru secara saintifik dan pengetahuan teknikal tentang sesuatu produk atau kaedah pemprosesan yang baru. Pembangunan merujuk kepada satu usaha mengaplikasikan kajian penyelidikan baru untuk menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan baru, dan juga menambahkan bahan, produk, sistem, proses dan perkhidmatan sedia ada di pasaran sebelum digunakan bagi memenuhi keperluan pasaran.

PEREKODAN ASET TAK KETARA

MEREKOD PEROLEHAN PATEN     

CONTOH

Pada 1 Januari 2014, Syarikat Zana Berhad telah memperoleh hak paten daripada sebuah syarikat lain pada harga RM 80,000. Paten tersebut dilunaskan atas tempoh 10 tahun.

Syarikat Zana Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Jan 1

 

Paten

Bank

(merekod perolehan paten)

 

80,000

 

 

80,000

Dis 31

Belanja pelunasan paten

Paten

(merekod pelunasan hak paten)

8,000

 

8,000


Syarikat Zana Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2015


RM

Aset tak ketara

 

Paten (80,000 – 8,000)

72,000

MEREKOD BELANJA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN     

CONTOH

Syarikat Fatihah Berhad membelanjakan kos penyelidikan dan pembangunan sebanyak RM 250,000 untuk merekacipta suatu produk baru yang mula dipasarkan pada tahun hadapan.

Syarikat Fatihah Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Belanja penyelidikan dan pembangunan

Bank

(merekod belanja penyelidikan dan pembangunan)

 

250,000

 

 

250,000

Nota:

Jika kos penyelidikan dan kos pembangunan adalah secara berasingan, kos penyelidikan akan direkod sebagai belanja operasi dalam Penyata Pendapatan Komprehensif. Kos pembangunan pula akan direkod sebagai aset tak ketara dengan kriteria yang ditetapkan oleh FRS 138 (para 7).

MEREKOD MUHIBAH

CONTOH

Syarikat Khadijah Berhad telah mengambil alih Rabiatul Berhad pada harga RM 50,000. Jumlah nilai aset bersih pada masa pengambilalihan adalah RM 40,000. Maka, nilai muhibah adalah sebanyak RM 10,000.

Syarikat Khadijah Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Muhibah

Bank

(merekod muhibah)

 

10,000

 

 

10,000

MEREKOD PELUPUSAN ASET TAK KETARA

CONTOH 1

Jika Syarikat Imrap Berhad mempunyai nilai hak paten sebanyak RM 150,000 yang akan dijual kepada Syarikat Hanafi Berhad pada harga RM 200,000. Catatan jurnal urus niaga tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat Imrap Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Bank

Paten

Untung atas jualan paten

(merekod pelupusan paten dan untung atas jualan paten)

 

200,000

 

 

150,000

50,000

 CONTOH 2

Berdasarkan Contoh 1, jika Syarikat Imrap Berhad menjual hak paten pada harga RM 120,000 kepada Syarikat Hanafi Berhad. Catatan jurnal urus niaga tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat Imrap Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2015

Dis 31

 

Bank

Rugi atas jualan paten

Paten

(merekod pelupusan paten dan rugi atas jualan paten)

 

120,000

30,000

 

 

 

150,000

CONTOH 3

Persembahan aset tak ketara dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

Syarikat Imrap Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2015

 

RM

RM

Aset bukan semasa

 

 

Harta tanah, loji, dan peralatan

 

 

Bangunan

200,000

 

Tolak: Susut nilai terkumpul

2,000

198,000

Kenderaan

100,000

 

Tolak: Susut nilai terkumpul

1,000

99,000

 

 

297,000

Aset tak ketara

 

 

Paten (80,000 – 8,000)

72,000

 

Muhibah

10,000

82,000

Pelaburan jangka panjang

 

 

Bon

 

30,000

 

 

409,000

SOALAN

Berikut adalah urus niaga Syarikat Perkilangan Ilham sepanjang tahun 2015.

Tarikh

Perkara

1 Jan

Memperoleh paten bernilai RM 100,000. Paten ini dijangka boleh mendatangkan manfaat ekonomi kepada syarikat selama 10 tahun.

1 Mac

Syarikat telah membelanjakan kos penyelidikan dan pembangunan bagi produk makanan segera yang baru sebanyak RM 75,000.

1 Jul

Syarikat Perkilangan Ilham telah mengambil alih Ihsan Berhad pada harga RM 5 juta. Semua aset bersihh Ihsan Berhad telah dinilai dengan jumlah RM 3 juta. Oleh itu, nilai muhibah adalah RM 2 juta.

31 Dis

Melunaskan paten atas tempoh 10 tahun.

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal bagi urus niaga di atas. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN

Syarikat Perkilangan Ilham

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

Jan 1

Paten

    Bank

(merekod perolehan paten)

100,000

 

100,000

 

Mac 1

Belanja penyelidikan dan pembangunan

Bank

(merekod belanja penyelidikan dan pembangunan)

75,000

 

75,000

Jul 1

Muhibah

Bank

(merekod muhibah)

2,000,000

 

2,000,000

Dis 31

Belanja pelunasan paten

Paten

(merekod belanja pelunasan paten)

10,000

 

10,000

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1