PERAKAUNAN - NOTA HARTA TANAH, LOJI, DAN PERALATAN


NOTA 
HARTA TANAH, LOJI, DAN PERALATAN

TAKRIF DAN HURAIAN HARTA TANAH, LOJI, DAN PERALATAN

Harta yang dipegang oleh sesebuah perniagaan untuk digunakan dalam pengeluaran barangan atau perkkhidmatan. Ini juga dikenali sebagai aset tetap. Harta tanah, loji, dan peralatan merujuk kepada aset yang dibeli untuk tujuan digunakan dan bukannya untuk dijual kepada pelanggan.

CIRI-CIRI HARTA TANAH, LOJI, DAN PERALATAN

|  Dibeli bukan bertujuan untuk dijual semula.

|  Tidak mudah ditukar kepada wang tunai atau dicairkan.

|  Tempoh penggunaan melebihi satu tempoh perakaunan dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

JENIS ASET YANG DIKELASKAN DALAM KOMPONEN ASET TETAP

(a)   Kapal.

(b)   Mesin.

(c)   Premis.

(d)   Kenderaan.

(e)   Tanah dan bangunan.

PENGURUSAN ASET TETAP MELIBATKAN PENJAGAAN KE ATAS ASET TETAP

  • Nilai aset tetap semasa ianya direkodkan adalah berdasarkan kos sejarah.
  • Kos pembaikan atau penyelenggaraan tidak dianggap sebagai kos aset tetap dan dikenali sebagai perbelanjaan hasil.
  • Peranan pengurusan aset tetap merangkumi aktiviti termasuk merekodkan belian, pelupusan, dan pengiraan susut nilai aset tetap.
  • Kos aset tetap adalah amaun yang dibayar semasa pembelian aset tetap serta kos yang terlibat bagi membolehkan aset tersebut berada dalam keadaan boleh digunakan, dikenali sebagai perbelanjaan modal.

(1)   PENENTUAN KOS TANAH

 CONTOH

Syarikat Antah Berantah Berhad mengeluarkan nota belum bayar RM 250,000 dan membayar RM 150,000 untuk membeli sebidang tanah bagi mendirikan bangunan perniagaannya.

Selain itu, syarikat itu juga membayar RM 6,500 cukai harta tanah tertunggak RM 8,500 cukai jualan, RM 4,500 kos meruntuhkan bangunan lama yang sedia ada di atas tanah berkenaan, RM 2,000 yuran soal selidik, RM 5,000 kos pindah milik, RM 185,000 untuk membina tempat letak kereta, dan RM 70,000 untuk membina pagar sekeliling kawasan premis.

 Berapakah jumlah kos tanah yang perlu dibayar oleh Syarikat Antah Berantah Berhad?

Pengiraan kos tanah:

RM

Harga belian tanah (250,000 + 150,000)

400,000

Cukai harta tanah tertunggak

6,500

Cukai jualan

8,500

Kos meruntuh bangunan lama

4,500

Yuran soal selidik

2,000

Kos pindah milik

5,000

Jumlah kos tanah

426,500

Nota:

Kos membina tempat letak kereta, membina pagar kawasan premis tidak diambil kira dalam kos tanah kerana ia merupakan kos pembangunan tanah.

Catatan Jurnal untuk merekod pembelian tanah di atas ialah:

Syarikat Antah Berantah Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

 

Tanah

Nota belum bayar

Bank

(merekodkan pembelian secara kredit)

426,500

 

250,000

176,500

 

 (2)   PENENTUAN KOS BANGUNAN

Kos bangunan terdiri daripada bangunan yang dibina sendiri atau bangunan yang sedia ada semasa dibeli sama ada bangunan lama atau bangunan yang baru siap. Kos untuk bangunan yang dibina sendiri adalah terdiri daripada yuran arkitek, yuran jurutera, premit bangunan, kos pembinaan, komisen broker, dan kos-kos lain seperti kos insurans, kos faedah atas pinjaman, dan sebagainya. Kos bangunan yang telah siap terbina adalah harga belian, komisen broker, yuran guaman, dan duti setem, yuran jurunilai hartanah, kos pembaikan atas bangunan yang sedia ada, dan kos pengubahsuaian bangunan yang sedia ada.

Kos pembangunan tanah adalah kos yang diperlukan untuk mengubah lot tanah kepada keadaan yang digunakan untuk tujuan:

! Kos memagar kawasan dan menyediakan lampu jalan.

! Kos menanam pokok hiasan di sekitar kawasan perniagaan.

! Kos membina ruang letak kereta seperti kos untuk menurap tempat kereta.

CONTOH PENGIRAAN KOS TANAH, KOS BANGUNAN, DAN KOS PEMBANGUNAN TANAH

Pada 1 Januari 2014, AMY Berhad membeli sebidang tanah bersama dengan sebuah bangunan daripada Syarikat SEARCH Berhad. Bangunan lama ini akan diruntuhkan dan bangunan baru akan dibina di atas tanah yang sama. Bangunan baru dijangka siap pada 31 Oktober 2014.

Kos yang terlibat adalah seperti yang berikut:

 

RM

Kos tanah

75,000

Kos bangunan (lama)

25,000

Kos meruntuhkan bangunan

5,000

Yuran arkitek

12,500

Yuran guaman untuk tukar hak milik tanah

2,500

Kos pembinaan bangunan baru

275,000

Perolehan daripada jualan bahan terpakai bangunan lama

7,500

Kos membina pagar dan menyediakan lampu

10,000

Dikehendaki:

Hitung kos tanah, kos bangunan, dan kos pembangunan tanah. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN

Kos tanah

Jenis kos

RM

RM

Kos tanah

 

75,000

Kos bangunan (lama)

 

25,000

Kos meruntuhkan bangunan

5,000

 

Yuran guaman untuk tukar hak milik tanah

2,500

 

Perolehan daripada jualan bahan buangan

(7,500)

 

Jumlah kos tanah

 

100,000

 Kos pembangunan tanah

Jenis kos

RM

Kos membina pagar dan fasiliti asas tanah

10,000

Jumlah kos pembangunan tanah

10,000

 Kos bangunan

Jenis kos

RM

Yuran arkitek

12,500

Kos pembinaan bangunan baru

275,000

Jumlah kos bangunan

287,500

(3) PENENTUAN KOS PERALATAN TERMASUK MESIN, PERALATAN PEJABAT, PERABOT PEJABAT, DAN KENDERAAN

CONTOH PERHITUNGAN JUMLAH KOS BELIAN MESIN

Pada 1 Januari 2014, Syarikat Antah Berantah Berhad membeli sebuah mesin untuk pengeluaran produk dengan harga RM 500,000. Wang tunai sebanyak RM 100,000 telah dibayar bagi pembelian mesin ini, manakala bakinya dijelaskan melalui nota belum bayar dengan kadar faedah 5% setahun yang matang pada 30 Jun 2014. Belanja lain yang terlibat adalah kos pengangkutan RM 30,000, insurans penghantaran RM 20,000, cukai jualan RM 15,000 dan kos pemasangan dan ujian RM 5,000 yang telah dibayar dengan cek.

SKEMA JAWAPAN

Butiran

RM

RM

Harga belian mesin

 

500,000

Kos lain:

 

 

    Pengangkutan

30,000

 

    Insurans penghantaran

20,000

 

    Cukai jualan

15,000

 

    Kos pemasangan dan ujian

5,000

70,000

Jumlah kos mesin

 

570,000

Catatan Jurnal untuk membeli mesin tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat Antah Berantah Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2014

Jan 1

 

Mesin

Nota belum bayar

Bank

(merekodkan belian mesin)

 

570,000

 

 

170,000

400,000

 

CONTOH PERHITUNGAN JUMLAH KOS BELIAN KENDERAAN

Pada 1 Januari 2014, Syarikat Antah Berantah Berhad membeli sebuah kenderaan untuk mengangkut barang makanan segera dengan harga RM 50,000.

Cek bernilai RM 50,000 telah dikeluarkan bagi pembelian kenderaan ini. Belanja lain yang terlibat dengan pembelian kenderaan ini telah dibayar dengan tunai adalah cukai jualan RM 2,500, kos mengecat logo syarikat ialah RM 2,000, cukai jalan RM 150, dan insurans kenderaan RM 1,500.

SKEMA JAWAPAN

Butiran

RM

RM

Harga belian kenderaan

 

50,000

Kos lain:

 

 

    Cukai jualan

2,500

 

    Kos mengecat logo

2,000

4,500

Jumlah kos kenderaan

 

54,500

Nota:

Belanja bagi cukai jalan dan insurans kenderaan adalah belanja operasi biasa perniagaan, iaitu belanja hasil manakala kos kenderaan dikenali sebagai belanja modal.

Catatan Jurnal untuk membeli kenderaan tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat Antah Berantah Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

2014

Jan 1

 

Kenderaan

Belanja cukai jalan

Belanja insurans

Tunai

Bank

(merekodkan belian mesin)

 

54,500

150

1,500

 

 

 

 

6,150

50,000

 

MAKSUD DAN HURAIAN PEMBELIAN BERKUMPULAN

Pembelian berkumpulan menunjukkan sesebuah perniagaan membeli beberapa aset tetap dalam satu masa yang sama. Bayaran dibuat secara keseluruhan, iaitu satu bayaran untuk semua aset tetap berkumpulan yang telah dibeli.

CONTOH PEMBELIAN BERKUMPULAN

Syarikat Alicafe Berhad membeli sebidang tanah dan sebuah bangunan daripada Syarikat Gandingan Dinamik Berhad. Harga yang dibayar untuk aset tersebut adalah RM1,250,000. Seorang jurunilai bertauliah telah memberi nilai aset tersebut mengikut harga pasaran sebagai RM 300,000 untuk bangunan dan RM 1,450,000 untuk tanah.

SKEMA JAWAPAN

Langkah pertama yang perlu diambil, ialah pengiraan nisbah nilai tanah dan bangunan mengikut nilai pasaran, iaitu RM 300,000 + RM 1,450,000 = RM 1,750,000.

Pengiraan nisbah nilai aset:

Aset Tetap

Nilai Pasaran (RM)

Kos (RM)

Tanah

1,450,000

1,035,714

Bangunan

300,000

214,286

Jumlah

1,750,000

1,250,000

Penentuan Kos

Tanah: (1,450,000 / 1,750,000) x 1,250,000

Bangunan: (300,000 / 1,750,000) x 1,250,000

Syarikat Alicafe Berhad

Jurnal Am

Tarikh

Butiran

Debit

RM

Kredit

RM

 

Tanah

Bangunan

Bank

(merekod pembelian tanah dan bangunan)

1,035,714

214,286

 

 

1,250,000

SOALAN 1

Pada awal tahun perakaunan, iaitu Ogos 2015, Syarikat Melati Sdn. Bhd. telah membeli sebuah mesin untuk kegunaan kilangnya. Harga asal mesin tersebut ialah RM 8,999 tetapi syarikat berjaya mendapatkan potongan harga sebanyak RM 499. Walau bagaimanapun, pembekal telah mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 400, dan tambahan RM 100 untuk kos penghantaran. Untuk pemasangan mesin tersebut, satu kabel khas bernilai RM 220 diperlukan untuk membolehkan mesin berfungsi dengan sempurna.

Pada bulan September, seorang pekerja telah dihantar untuk menghadiri kursus bagi mengendalikan mesin itu dengan kos RM 2,000. Belanja penyelenggaraan selama dua tahun dibayar oleh syarikat kepada pembekal sebanyak RM 1,100. Syarikat juga membayar RM 1,800 untuk insurans mesin bagi tempoh tiga tahun. Jangka hayat adalah dianggarkan selama 10 tahun dengan nilai sisa RM 600.

Dikehendaki:

Hitung bagi Syarikat Melati Sdn. Bhd.,

(i) kos belian mesin.

(ii) jumlah belanja yang perlu diiktiraf bagi tahun perakaunan semasa.

SKEMA JAWAPAN

SKEMA JAWAPAN SOALAN 1

(i) kos belian mesin.

Pengiraan kos belian mesin

RM

RM

Harga asal mesin

 

8,999

Tolak: Potongan harga

 

499

 

 

8,500

Kos lain:

 

 

    Belanja kursus bagi mengendalikan mesin

2,000

 

    Kos pemasangan

400

 

    Kos penghantaran

100

 

    Belanja kabel khas

220

2,720

Kos belian mesin

 

11,220

(ii) jumlah belanja yang perlu diiktiraf bagi tahun perakaunan semasa.

Butiran

RM

Belanja penyelenggaraan (1,100 / 2)

550

Belanja insurans mesin (1,800 / 3)

600

Belanja susut nilai mesin [(11,220 - 600) / 10]

1,062

Jumlah kos belanja

2,212

SOALAN 2

Syarikat membeli sebidang tanah dengan membayar RM 80,000 secara tunai sebagai bayaran muka dan menandatangani satu nota belum bayar bernilai RM 75,000 untuk baki harga tanah berkenaan.

Di samping itu, syarikat juga membayar kos tukar hak milik sebanyak RM 600. Tanah diratakan dan sebuah bangunan yang sedia ada di atasnya dirobohkan, belanja bagi aktiviti ini ialah sebanyak RM 2,750.

Syarikat juga membangunkan sebuah bangunan di atas tanah itu dengan kos RM 300,000. Kos untuk memagar kawasan itu sebanyak RM 10,000 dan papan tanda di pintu masuk kawasan sebanyak RM 1,500. Syarikat juga membayar RM 3,400 untuk lampu di sekitar kawasan.

Dikehendaki:

Hitungkan kos bagi setiap item berikut:

(i) kos tanah.

(ii) kos bangunan.

(iii) kos pembangunan tanah.

SKEMA JAWAPAN SOALAN 2

(i) kos tanah.

Butiran

RM

RM

Harga belian tanah (80,000 + 75,000)

 

155,000

Tambah: Kos tukar hak milik

600

 

               Belanja aktiviti

2,750

3,350

Jumlah kos tanah

 

158,350

(ii) kos bangunan.

Butiran

RM

Kos bangunan

300,000

Jumlah kos bangunan

300,000

(iii) kos pembangunan tanah.

Butiran

RM

Kos untuk memagar kawasan

10,000

Kos papan tanda di pintu masuk kawasan

1,500

Kos lampu di sekitar kawasan

3,400

Jumlah kos pembangunan tanah

14,900

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1