PERAKAUNAN - NOTA INVENTORI DAN SISTEM INVENTORI


NOTA INVENTORI 

MAKSUD DAN HURAIAN INVENTORI

Inventori merujuk kepada aset yang dibeli untuk dijual semula. Pengurusan inventori yang baik adalah perlu supaya sesuatu perniagaan berada dalam keadaan pegangan inventori yang seimbang. Ini kerana jika inventori yang dipegang itu berlebihan, ia akan menyebabkan berlaku kerugian dalam bentuk lapuk, ketinggalan zaman dan kerosakkan. Jika inventori yang tidak cukup, perniagaan mungkin akan kehilangan pelanggan kerana permintaan mereka tidak dipenuhi. Jenis inventori, iaitu bahan mentah, kerja dalam proses, barang siap atau barang niaga, dan bekalan. Bagi industri pengeluaran, inventori tidak sahaja terdiri daripada item yang sedia untuk dijual, tetapi tersedia untuk diproses bagi dibuat barangan. Ini dikenali sebagai inventori bahan mentah. Jika ia belum diproses sepenuhnya, ia dikenali sebagai inventori kerja dalam proses.

SISTEM PEREKODAN INVENTORI

Perbandingan sistem inventori berkala dengan sistem inventori berterusan.

A) SISTEM INVENTORI BERKALA

Sistem inventori berkala menentukan inventori akhir berdasarkan kepada pengiraan secara fizikal pada akhir jangka masa perakaunan. Sistem ini tidak memerlukan penyimpanan rekod mengenai pembelian atau penjualan setiap unit inventori secara terperinci. 

B) SISTEM INVENTORI BERTERUSAN

Sistem inventori berterusan adalah satu sistem penilaian inventori akhir dengan merekodkan setiap unit inventori yang dibeli dan dijual secara terperinci dalam kad lejar inventori. Kos inventori akhir dan kos barang dijual dapat diketahui secara langsung dari akaun tanpa mengira inventori secara fizikal. 

Pengiraan fizikal masih lagi perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini kerana apa yang tercatat di dalam rekod tidak semestinya sama dengan unit inventori yang ada dalam simpanan. Keadaan ini terjadi mungkin kerana kesilapan mencatat, kerosakan, keusangan, dan seumpamanya berlaku ke atas inventori.

CATATAN PEREKODAN INVENTORI DI DALAM JURNAL 

Sistem Inventori Berkala

Sistem Inventori Berterusan

(a)   Belian barang niaga secara tunai atau kredit.

Dt: Belian

Kt: Akaun belum bayar / Tunai

Dt: Inventori

    Kt: Akaun belum bayar / Tunai

(b)   Pulangan barang niaga kepada pembekal secara kredit.

Dt: Akaun belum bayar

    Kt: Pulangan belian

Dt: Akaun belum bayar

    Kt: Inventori

(c)   Jualan barang niaga secara tunai atau kredit.

Dt: Akaun belum terima / Tunai

Kt: Jualan

 

Dt: Akaun belum terima / Tunai

    Kt: Jualan

Dt: Kos jualan / Kos barang dijual

    Kt: Inventori

(d)   Pulangan barang niaga daripada pelanggan secara tunai atau kredit.

Dt: Pulangan jualan

    Kt: Akaun belum terima / Tunai

 

Dt: Pulangan jualan

    Kt: Akaun belum terima / Tunai

Dt: Inventori

    Kt: Kos jualan / Kos barang dijual

Catatan pada akhir tempoh untuk kemas kini inventori.

Dt: Akaun perdagangan (Inventori awal)

    Kt: Inventori

Dt: Inventori (Inventori akhir)

    Kt: Akaun Perdagangan

Tiada catatan diperlukan bagi inventori dan kos jualan sudah pun kemas kini.

KAEDAH PENILAIAN INVENTORI

(I) KAEDAH MASUK DULU KELUAR DULU (MDKD)

Kaedah masuk dulu keluar dulu ini mengeluarkan atau menjual inventori yang dibeli terlebih dahulu. Kos barang dijual terdiri daripada kos belian inventori yang dibuat pada awal tempoh. Kos inventori akhir terdiri daripada kos belian inventori yang dibuat pada akhir tempoh.

(II) KAEDAH MASUK KEMUDIAN KELUAR DULU (MKKD)

Kaedah masuk kemudian keluar dulu mengeluarkan atau menjual inventori yang dibeli kemudian. Kos barang dijual terdiri daripada kos belian inventori yang dibuat terkini iaitu pada nilai semasa. Kos inventori akhir terdiri daripada kos belian inventori yang dibuat pada awal tempoh adalah barang yang paling awal.

(III) KAEDAH PURATA WAJARAN

Barang niaga yang boleh dijual dianggap sebagai barangan homogenis. Kaedah tersebut mewajarkan kos per unit sebagai kos purata seunit dalam sesuatu tempoh. Unit inventori yang dijual dan inventori akhir ditentukan berasaskan kos purata seunit yang berikut:

Kos Purata Wajaran Seunit

= Jumlah Kos Inventori Boleh Dijual / Jumlah Unit Inventori Boleh Dijual

Cara penentuan kos inventori akhir yang seperti yang berikut:

Kos Inventori Akhir = Unit Inventori Akhir x Kos Purata Wajaran Seunit

CONTOH

Berikut adalah maklumat Perniagaan Izwan pada bulan Januari 2015.

Tarikh

Belian (unit)

Kos seunit (RM)

Jualan (unit)

Baki awal

10

100

-

Jan 1

-

-

5

      2

20

120

-

      3

-

-

10

      9

-

-

10

      12

30

150

-

      14

-

-

20

      20

-

-

10

      25

12

160

-

Harga jualan seunit barang niaga adalah RM 250 dan belanja operasi adalah sebanyak RM 2,000.

Dikehendaki:

(a) Hitungkan kos inventori akhir dengan kaedah MDKD, MKKD, dan Purata Wajaran dengan

 (i) Sistem inventori berkala. [5 markah]

 (ii) Sistem inventori berterusan. [5 markah]

(b) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif bagi bulan berakhir 31 Januari 2015. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN

(a)   (i) Sistem inventori berkala.

Tentukan unit inventori akhir = Unit boleh dijual – Unit jualan

Kos inventori akhir = Unit inventori akhir x Kos seunit

Kaedah MDKD

Kaedah MKKD

Kaedah Purata Wajaran

12 x RM 160 = RM 1,920

10 x RM 100 = RM 1,000

Kos purata seunit

= KBDJ / Unit boleh dijual

5 x RM 150 = RM 750

7 x RM 120 = RM 840

RM 9,820 / 72 = RM 136.39

Kos Inventori Akhir

= RM 2,670

Kos Inventori Akhir

= RM 1,840

Kos Inventori Akhir

= 17 x RM 136.39

= RM 2,318.63

 

Kos barang dijual (KBDJ)

=

Kos inventori awal

+

Kos belian

10 x RM 100

=

1,000

20 x RM 120

=

2,400

30 x RM 150

=

4,500

12 x RM 160

=

1,920

72

=

9,820

 

Tarikh

Belian (unit)

Kos seunit (RM)

Jualan (unit)

Baki awal

10

100

-

Jan 1

-

-

5

      2

20

120

-

      3

-

-

10

      9

-

-

10

      12

30

150

-

      14

-

-

20

      20

-

-

10

      25

12

160

-

Perbezaan = 17

72

 

55

Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD)

Tarikh

Inventori masuk (RM)

Inventori keluar (RM)

Baki (RM)

Unit

Kos seunit

RM

Unit

Kos seunit

RM

Unit

Kos seunit

RM

Baki awal

10

100

1,000

 

 

 

10

100

1,000

Jan 1

 

 

 

5

100

500

5

100

500

      2

20

120

2,400

 

 

 

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

20

120

2,400

      3

 

 

 

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

5

120

600

15

120

1,800

      9

 

 

 

10

120

1,200

5

120

600

      12

30

150

4,500

 

 

 

5

120

600

 

 

 

 

 

 

 

30

150

4,500

      14

 

 

 

5

120

600

 

 

 

 

 

 

 

15

150

2,250

15

150

2,250

     20

 

 

 

10

150

1,500

5

150

750

      25

12

160

1,920

 

 

 

5

150

750

 

 

 

 

 

 

 

12

160

1,920

 

Kos Belian

9,820

KBDJ

7,150

Kos Inv. Akhir

2,670

Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD)

Tarikh

Inventori masuk (RM)

Inventori keluar (RM)

Baki (RM)

Unit

Kos seunit

RM

Unit

Kos seunit

RM

Unit

Kos seunit

RM

Baki awal

10

100

1,000

 

 

 

10

100

1,000

Jan 1

 

 

 

5

100

500

5

100

500

      2

20

120

2,400

 

 

 

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

20

120

2,400

      3

 

 

 

10

120

1,200

10

120

1,200

 

 

 

 

 

 

 

5

100

500

      9

 

 

 

10

120

1,200

5

100

500

      12

30

150

4,500

 

 

 

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

30

150

4,500

      14

 

 

 

20

150

3,000

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

10

150

1,500

     20

 

 

 

10

150

1,500

5

100

500

      25

12

160

1,920

 

 

 

5

100

500

 

 

 

 

 

 

 

12

160

1,920

 

Kos Belian

9,820

KBDJ

7,400

Kos Inv. Akhir

2,420

(a)   (ii) Sistem inventori berterusan.

Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD)

Tarikh

Unit Jualan

Kos Barang Dijual (RM)

Kos Inventori Akhir (RM)

Jan 2

5

5 x RM 100 = RM 500

-

      3

10

5 x RM 100 = RM 500

5 x RM 120 = RM 600

-

      9

10

10 x RM 120 = RM 1,200

-

      14

20

5 x RM 120 = RM 600

15 x RM 150 = RM 2,250

-

      20

10

25

10 x RM 150 = RM 1,500

5 x RM 150 = RM 750

12 x RM 160 = RM 1,920

Jumlah

RM 7,150

RM 2,670

 Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD)

Tarikh

Unit Jualan

Kos Barang Dijual (RM)

Kos Inventori Akhir (RM)

Jan 2

5

5 x RM 120 = RM 600

5 x RM 100 = RM 500

      3

10

10 x RM 120 = RM 1,200

-

      9

10

10 x RM 120 = RM 1,200

-

      14

20

20 x RM 150 = RM 3,000

-

      20

10

10 x RM 150 = RM 1,500

12 x RM 160 = RM 1,920

Jumlah

RM 7,400

RM 2,420

Sistem Inventori Berterusan Kaedah Purata Wajaran

Tarikh

Inventori masuk (RM)

Inventori keluar (RM)

Baki (RM)

Baki awal

10 x RM 100 = 1,000

 

1,000

Jan 1

 

5 x RM 100 = 500

1,000 – 500 / 5 = 100

      2

20 x RM 120 = 2,400

 

2,400 + 500 / 25 = 116

      6

 

10 x RM 116 = 1,160

116

      9

 

10 x RM 116 = 1,160

116

      12

30 x RM 150 = 4,500

 

145.14

      14

 

20 x RM 145.14 = 2,902.80

145.15

      20

 

 

145.15

      25

12 x RM 160 = 1,920

 

155.63

 

Jumlah

RM 7,174.30

RM 2,645.71

(b)   Sistem Inventori Berkala.

Perniagaan Izwan

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi bulan berakhir 31 Januari 2015

Butiran

MDKD

MKKD

Purata Wajaran

RM

RM

RM

RM

RM

RM

Jualan (55 x RM 250)

 

13,750

 

13,750

 

13,750

Inventori awal (10 x RM 100)

1,000

 

1,000

 

1,000

 

Belian

8,820

 

8,820

 

8,820

 

 

9,820

 

9,820

 

9,820

 

Tolak: Inventori akhir

2,670

 

1,840

 

2,318.63

 

Kos barang dijual

 

7,150

 

7,980

 

7,501.37

Untung kasar

 

6,600

 

5,770

 

6,248.63

Tolak: Belanja operasi

 

2,000

 

2,000

 

2,000

Untung bersih

 

4,600

 

3,770

 

4,248.63

(b)   Sistem Inventori Berterusan.

Perniagaan Izwan

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi bulan berakhir 31 Januari 2015

Butiran

MDKD

MKKD

Purata Wajaran

RM

RM

RM

Jualan

13,750

13,750

13,750

Tolak: Kos jualan

7,150

7,400

7,174.30

Untung kasar

6,600

6,350

6,575.70

Tolak: Belanja operasi

2,000

2,000

2,000

Untung bersih

4,600

4,350

4,575.70

SISTEM INVENTORI 

KAEDAH PENILAIAN INVENTORI BERASASKAN TERENDAH ANTARA KOS ATAU PASARAN ATAU NILAI REALIS BERSIH (TAKAP)

Inventori dinilaikan pada kos atau nilai pasaran yang mana lebih rendah. Kaedah Penilaian Inventori Berasaskan Terendah Antara Kos atau Pasaran (TAKAP) mematuhi prinsip konservatisme yang bermaksud berhati-hati di mana semua belanja atau rugi yang mungkin berlaku perlu diambil kira manakala hasil atau untung diiktiraf apabila ia telah realis.

Nilai pasaran yang digunakan terdiri daripada: 

  • harga jualan iaitu harga yang ditetapkan untuk menjual sejenis inventori dalam pasaran.
  • nilai boleh realis merujuk kepada harga jualan tolak semua kos untuk menyiapkan dan menjualkan inventori berkenaan.
  • nilai penggantian semasa iaitu kos yang perlu dibayar untuk menggantikan inventori yang kini dipegang. 

CONTOH

Perniagaan Meng Meng menjual pakaian wanita. Berikut adalah butiran yang berkaitan dengan inventori pada 30 Jun 2015:

Butiran

Kuantiti

Kos (RM)

Nilai Pasaran (RM)

Baju T : Saiz S

500 helai

10 per helai

15 per helai

Baju T : Saiz M

200 helai

12 per helai

10 per helai

Kasut : Saiz 5

880 pasang

60 per pasang

55 per pasang

Kasut : Saiz 6

1,050 pasang

80 per pasang

100 per pasang

Hitung kos inventori pada 30 Jun 2015 berasaskan kaedah

(i) Item.

(ii) Kumpulan atau Kategori.

(iii) Aregat atau Jumlah.

SKEMA JAWAPAN

Inventori

Kos

Nilai Pasaran

Penilaian Inventori Berasaskan Kaedah

 

 

RM

 

RM

Item

RM

Kumpulan

RM

Agregat

RM

Baju T : Saiz S

5,000

7,500

5,000

 

 

Baju T : Saiz M

2,400

2,000

2,000

 

 

 

7,400

9,500

 

7,400

 

Kasut : Saiz 5

4,800

4,400

4,400

 

 

Kasut : Saiz 6

4,000

5,000

4,000

 

 

 

8,800

9,400

 

8,800

 

Jumlah

16,200

18,900

 

 

16,200

Nilai Inventori pada 30 Jun 2015

15,400

16,200

16,200

Analisis kesan penilaian inventori terhadap untung:

MDKD

MKKD

Inventori akhir tinggi.

Inventori akhir rendah.

Kos barang dijual rendah.

Kos barang dijual tinggi.

Untung kasar tinggi.

Untung kasar rendah.

Untung bersih tinggi.

Untung bersih rendah.

Kebaikan terpenting dengan menggunakan kaedah MDKD adalah semasa inflasi. Ini kerana kos inventori akhir adalah yang paling hampir kepada kos semasa, dan ianya mematuhi prinsip pemadanan.

SOALAN

Yang berikut adalah maklumat inventori Syarikat Chan Berhad pada 31 Disember 2019. Syarikat ini mengamalkan kaedah penilaian yang terendah antara kos atau nilai boleh realis bersih dalam menentukan kos barang dijual.

Item

Kuantiti

(unit)

Kos Seunit

(RM)

Harga Pasaran Seunit

(RM)

Komponen Z:

 

 

 

Eris

420

3.50

3.20

Neptune

240

3.80

3.90

Komponen Y:

 

 

 

Uranus

540

2.50

2.30

Zuhal

480

3.00

3.50

Dikehendaki:

Hitung inventori akhir dengan menggunakan kaedah terendah antara kos atau nilai boleh realis berasaskan:

(i) Item inventori.

(ii) Kategori inventori.

(iii) Jumlah inventori.

SKEMA JAWAPAN

Syarikat Chan Berhad

Inventori

Kos

Nilai Pasaran

Penilaian Inventori Berasaskan Kaedah

 

 

RM

 

RM

Item

RM

Kumpulan

RM

Agregat

RM

Komponen Z:

 

 

 

 

 

Eris

1,470

1,344

1,344

 

 

Neptune

912

936

912

 

 

 

2,382

2,280

 

2,280

 

Komponen Y:

 

 

 

 

 

Uranus

1,350

1,242

1,242

 

 

Zuhal

1,440

1,680

1,440

 

 

 

2,790

2,922

 

2,790

 

Jumlah

5,172

5,202

 

 

5,172

Nilai Inventori pada 31 Disember 2019

4,938

5,070

5,172

下载 PDF:

NOTA PERAKAUNAN SEMESTER 1 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!  

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1