SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 11
请看:
SOALAN 1:
Nyatakan empat hak kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]
(a) Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman.
(b) Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak sah.
(c) Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.
(d) Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang.
(e) Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali dengan kebenaran mahkamah atau mendapat perintah tahanan reman.
SOALAN 2:
Jelaskan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]
- Hak kebebasan diri.
Tiada warganegara yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
- Hak terhadap harta.
Seseorang tidak boleh dilucutkan haknya ke atas harta benda melainkan mengikut undang-undang.
- Hak terhadap pendidikan.
Tidak boleh wujud diskriminasi terhadap mana-mana rakyat dalam pendidikan. Rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak boleh dibezakan dari segi agama, kaum, keturunan, dan jantina.
- Hak bersuara atau Hak bercakap, berhimpun, dan berpersatuan.
Boleh bersuara dan mengemukakan pendapat tanpa menyentuh sensitivity perkauman.
- Hak kesamarataan.
Perkara ini juga menghalang apa-apa jenis diskriminasi atas dasar agama, bangsa, keturunan, atau jantina melainkan dibenarkan secara khusus oleh perlembagaan sendiri.
- Hak kebebasan beragama.
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
- Hak bebas daripada keabadian dan kerja paksa.
Tiada mana-mana warganegara pun boleh ditahan sebagai hamba abadi.
- Hak terhadap larangan buangan negeri.
Tidak warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
- Hak kebebasan bergerak.
Tidak warganegara boleh ditahan daripada memasuki Persekutuan.
- Hak perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Tidak warganegara boleh didakwa atas kesalahan yang mana tiada undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang ketika dia ditangkap.
SOALAN 3:
Berikan empat prinsip tadbir urus yang baik. [4 markah]
a.) Beretika.
b.) Integriti.
c.) Ketelusan.
d.) Akauntabiliti.
e.) Efektif dan efisien.
f.) Pengurusan perubahan.
g.) Fokus kepada pelanggan.
h.) Pengamanahan dan pengawasan.
SOALAN 4:
Jelaskan dua impak negatif terhadap keselamatan negara jika fenomena globalisasi tidak terkawal. [4 markah]
i) Campur tangan kuasa besar.
Mendapat bantuan mengguling kerajaan atau memberontak.
ii) Berlaku pengintipan.
Mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap musuh atau negara tertentu.
iii) Berlaku penggodaman sistem pertahanan.
Mencari maklumat atau kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.
iv) Berlaku pembangunan senjata.
Pengganas mendapat latihan atau akses.
v) Memanipulasi hak-hak asasi manusia.
Mendominasi politik dunia.
vi) Menggiatkan jenayah antarabangsa.
Menyukarkan jenayah dibendung atau keganasan.
vii) Pembanjiran maklumat tidak berguna.
Mengancam keharmonian negara.
SOALAN 5:
Nyatakan empat perkara dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak rakyat sebagai warga sivil. [4 markah]
- Kebebasan diri.
- Hak terhadap harta.
- Kebebasan beragama atau bebas beragama.
- Kesamarataan atau Sama ada atau Hak sama rata.
- Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak.
- Hak bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan.
- Keabadian dan kerja paksa dilarang atau Larangan kerja paksa dan keabadian.
- Hak berkenaan Pendidikan atau pelajaran atau Hak Pendidikan atau Hak Pelajaran.
- Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan atau prosiding berulang.
SOALAN 6:
Nyatakan tiga tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (MRR). [3 markah]
a._ Menghadiri mesyuarat MRR.
b._ Mengesahkan semua keputusan MRR.
c._ Menyimpan minit-minit mesyuarat MRR.
d._ Memanggil mesyuarat MRR dari semasa ke semasa.
e._ Mengumumkan keputusan MRR atau tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.
f._ Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat MRR.
SOALAN 7:
Terangkan dua tujuan Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh Parlimen. [2 markah]
- Memberi kuasa kepada Ketua Polis Daerah.
- Membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal aktiviti songsang seperti tunjuk perasaan jalanan.
- Menunjukkan bahawa kerajaan berjiwa rakyat dengan membenarkan mereka yang tidak puas hati untuk meluahkan perasaan secara aman.
SOALAN 8:
Nyatakan tiga kategori pengundi tidak hadir. [3 markah]
* Anggota polis.
* Petugas Pilihan Raya.
* Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
* Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara (termasuk suami atau isteri).
* Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang bertugas (termasuk suami atau isteri).
* Anggota mana-mana perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat sepenuh masa di luar negara (termasuk suami atau isteri).
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!