SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 15
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Huraikan dua langkah yang perlu dilaksanakan dalam memantapkan sistem penyampaian khidmat awam Malaysia. [4 markah]
A) Membudayakan kreativiti dan inovasi.
Penjawat awam harus berfikir luar dari lingkungan kebiasaan iaitu berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
B) Mementingkan kecekapan bertindak dan membuat keputusan.
Kepantasan bertindak akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan meningkatkan had laju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara.
C) Mengutamakan nilai untuk wang.
Pembaziran, penyelewengan, dan salah urus harus dihapuskan dalam pengurusan kewangan awam - setiap sen yang dibelanjakan seharusnya mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat.
D) Membudayakan nilai integriti.
Transformasi bukan sahaja menuntut perubahan fizikal semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sosial, budaya, intelek, dan juga rohani - fokus turut melibatkan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat.
SOALAN 2:
Senaraikan tiga kategori sumber hasil Kerajaan Persekutuan. [3 markah]
(a) Hasil cukai.
(b) Hasil bukan cukai.
(c) Terimaan bukan hasil.
(d) Hasil Wilayah Persekutuan.
SOALAN 3:
Nyatakan tiga ciri-ciri negara berdaulat yang ada di Malaysia. [3 markah]
- Merdeka.
- Berwibawa.
- Berkuasa sendiri.
- Beridentiti sendiri.
- Mempunyai kedaulatan.
- Mempunyai Perlembagaan.
- Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain.
SOALAN 4:
Terangkan dua kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara yang berdaulat. [4 markah]
A) Mewujudkan satu pentadbiran yang adil.
Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada perjalanan kerajaan yang adil.
B) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan.
C) Menjamin pentadbiran yang teratur.
Perlembagaan menjelaskan tentang adanya pengasingan kuasa dan struktur pentadbiran yang teratur.
D) Menjamin hak rakyat.
Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup aman dan sejahtera.
E) Memupuk perpaduan atau integriti.
Perlembagaan dapat mewujudkan suasana yang boleh menyatupadukan rakyat.
SOALAN 5:
Nyatakan tiga sebab Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. [3 markah]
* Panduan kepada pentadbiran negara.
* Rujukan atau Panduan kepada semua undang-undang.
* Tidak mempunyai institusi yang boleh mengatasi Perlembagaan.
* Undang-undang lain akan terbatal setakat yang bercanggah dengan Perlembagaan.
* Panduan kepada pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong atau Parlimen atau Kehakiman).
SOALAN 6:
Huraikan dua perbezaan antara badan berkanun dan badan tidak berkanun. [4 markah]
i) Penubuhan.
Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Manakala badan tidak berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
ii) Kegiatan atau Aktiviti.
Badan berkanun tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Manakala badan tidak berkanun mempunyai kebebasan yang lebih kerana tidak tertakluk kepada pengawalan kerajaan.
iii) Penjawatan.
Badan berkanun tertakluk kepada kawalan Kerajaan Pusat dalam penjawatan tetapi badan tidak berkanun bebas mengadakan Skim Penjawatan Sendiri.
iv) Mengawal perubahan sempadan.
SOALAN 7:
Nyatakan empat fungsi Unit Perancang Ekonomi (UPE). [4 markah]
A. Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi.
B. Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara.
C. Mengenal pasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi.
C. Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi.
D. Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan.
E. Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang.
F. Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing.
G. Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segi Tiga.
H. Mengurus bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing dan agensi antarabangsa.
I. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN) dan Majlis Ekonomi.
J. Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan penyusunan semula ekuiti korporat.
SOALAN 8:
Namakan empat kategori undang-undang bertulis di Malaysia. [4 markah]
a) Akta.
b) Ordinan.
c) Enakmen.
d) Perlembagaan Negeri.
e) Perlembagaan Persekutuan.
f) Undang-undang subsidiari.
g) Undang-undang kecil atau Perundangan kecil.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!