SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 12
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Nyatakan tiga tindakan yang diambil untuk memperkukuh integriti perkhidmatan awam. [3 markah]
a) Memberi kerjasama kepada mana-mana pihak.
b) Mematuhi kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni.
c) Mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menggugat integriti dan imejj pegawai awam.
SOALAN 2:
Senaraikan tiga perkara yang tidak boleh dipersoalkan menurut Perlembagaan Persekutuan. [3 markah]
* Kerakyatan atau Kewarganegaraan.
* Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
* Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
* Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
SOALAN 3:
Jelaskan dua jenis Rang Undang-Undang yang diterima pakai di Malaysia. [4 markah]
i) Rang Undang-Undang Awam atau Kerajaan.
Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan Dasar Awam, Negara, dan Rakyat.
ii) Rang Undang-Undang Persendirian.
Melibatkan sekumpulan orang, badan, atau pertubuhan (melibatkan orang yang terhad sahaja).
iii) Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.
Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Perundangan selain daripada seseorang menteri.
iv) Rang Undang-Undang Hibrid.
Undang-undang campuran antara Dasar Kerajaan dan kepentingan pihak tertentu yang pada pandangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu didahulukan.
SOALAN 4:
Senaraikan empat kuasa Kerajaan Negeri terhadap Pihak Berkuasa Tempatan. [4 markah]
a. Melantik ahli Majlis.
b. Mengesahkan undang-undang kecil.
c. Meluluskan anggaran belanjawan atau bajet.
d. Meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan.
SOALAN 5:
Huraikan dua jenis Pilihan Raya di Malaysia. [4 markah]
I) Pilihan Raya Umum.
Diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.
II) Pilihan Raya Kecil.
Diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan, atau pembatalan keputusan pilihan raya.
SOALAN 6:
Jelaskan dua kesan negatif tadbir urus yang lemah melibatkan agensi-agensi awam. [4 markah]
a) Menjejaskan produktiviti atau kecekapan kerja sektor awam.
Kualiti penyampaian atau prestasi perkhidmatan awam menjadi tidak baik.
b) Wujud sikap atau budaya kerja negatif dalam kalangan penjawat awam.
Kurang pemantauan berkesan daripada pihak pengurusan atasan atau ketua jabatan.
c) Menimbulkan rungutan atau aduan atau ketidakpuasan hati daripada komuniti atau masyarakat umum.
Karenah birokrasi dan layanan kurang mesra menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat.
d) Menjejaskan keyakinan atau kepercayaan komuniti.
Kegagalan agensi awam memenuhi jangkaan atau ekspektasi pihak-pihak berkepentingan atau pemegang taruh.
e) Menjejaskan pembangunan negara.
Menjejaskan keterlibatan, sumbangan, dan peranan sektor awam terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
f) Menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) atau pelabur asing.
Pelabur asing kurang yakin terhadap kualiti penyampaian sektor awam.
g) Mewujudkan pemborosan dan pembaziran dana awam.
Ketirisan dan penyelewengan dalam perolehan aset awam.
h) Menjejaskan imej baik perkhidmatan awam atau negara.
Skandal kewangan melibatkan penyelewengan dana awam menjejaskan reputasi, kredibiliti, dan nama baik negara di persada dunia.
i) Menjejaskan kemantapan dan keutuhan pentadbiran sektor awam.
Pentadbiran agensi awam tidak terurus dengan baik, efektif, dan sistematik.
j) Mewujudkan ketirisan dan penyelewengan.
Amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam di agensi awam semakin tidak terkawal.
SOALAN 7:
Jelaskan dua jawatankuasa yang terdapat di Dewan Negara. [4 markah]
i.) Jawatankuasa Pemilih.
Memilih anggota-anggota bagi jawatankuasa yang lain.
ii.) Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat.
Meneliti beberapa pindaan kepada peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.
iii.) Jawatankuasa Dewan.
Meneliti perkara yang berkaitan dengan keselesaan dan kemudahan ahli-ahli dewan.
iv.) Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Meneliti dan menjaga kuasa serta hak kepentingan dewan serta disiplin ahli-ahli dewan.
SOALAN 8:
Senaraikan dua jenis Suruhanjaya Perkhidmatan. [2 markah]
A_ Majlis Angkatan Tentera.
B_ Suruhanjaya Pasukan Polis.
C_ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D_ Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
E_ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!