SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 18


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Nyatakan empat syarat untuk memohon kewarganegaraan secara naturalisasi. [4 markah]

(a) Berkelakuan baik.

(b) Berumur 21 tahun dan ke atas.

(c) Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan.

(d) Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.

(e) Telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya genap 10 tahun dalam tempoh 12 tahun atau tempoh dikehendaki sebelum tarikh pemohonan.

SOALAN 2:

Nyatakan tiga faktor yang menjejaskan daya saing negara. [3 markah]

a- Gaji rendah.

b- Kurang kreatif.

c- Kurang inovatif.

d- Teknologi yang rendah.

e- Kurang ilmu pengetahuan.

f- Sistem penyampaian yang lemah.

g- Kurang tenaga mahir dan separa mahir.

h- Dasar kerajaan kurang berkesan atau mantap.

i- Kegawatan politik atau ketidakstabilan politik dalam dan luar negara.

j- Kegawatan atau Kemelesetan atau Kelembapan atau Kemerosotan ekonomi.

SOALAN 3:

Nyatakan tiga ciri kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). [3 markah]

A.) Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya.

B.) Segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di mahkamah.

C.) Keanggotaan SPR dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh mana-mana pihak.

D.) Ahli-ahlinya bukan pegawai kerajaan dan tidak boleh memegang jawatan lain.

E.) Saraan ahli SPR ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.

F.) Sebarang perubahan atau cadangan peraturan pilihan raya perlu mendapat kelulusan Parlimen.

G.) SPR tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh mana-mana parti politik, badan eksekutif mahupun badan kehakiman.

SOALAN 4:

Berikan tiga tugas seorang Ketua Setiausaha. [3 markah]

a.) mengetuai seluruh kakitangan awam dalam negara.

b.) menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan. 

c.) memastikan dasar kerajaan dapat dilaksana dengan baik.

Merupakan Setiausaha Kabinet.

Penasihat utama Perdana Menteri.

Menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Merancang dan mengawal pelaksanaan program dan dasar. (Sebagai pegawai pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri).

Mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

d.) Memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjala lancar.

Menjadi Setiausaha Kabinet.

Mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).

Mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara.

Menyelaraskan pentadbiran badan berkanun dan jabatan serta kementerian.

SOALAN 5:

Nyatakan tiga situasi yang tidak menyalahi peruntukan Perkara 9, Perlembagaan Persekutuan tentang larangan buang negeri dan kebebasan bergerak. [3 markah]

(A) Hukuman bagi pesalah.

(B) Ancaman kesihatan awam.

(C) Ancaman ketenteraman awam.

(D) Ancaman keselamatan Persekutuan atau Negara.

(E) Sekatan Imigresen terhadap kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

SOALAN 6:

Senaraikan empat ciri calon yang boleh mengisi kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat. [4 markah]

a) Tidak muflis.

b) Sempurna akal fikiran.

c) Warganegara Malaysia.

d) Berumur 18 tahun ke atas.

e) Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan.

f) Tidak pernah didenda RM 2,000.00 tanpa pengampunan. 

g) Tidak pernah dipenjarakan melebihi 12 bulan tanpa pengampunan. 

h) Mesti taat kepada negara dan tidak memperoleh kewarganegaraan asing.

SOALAN 7:

Jelaskan dua kaedah pindaan Perlembagaan dilakukan. [4 markah]

i.) Persetujuan majoriti 2/3 oleh ahli Parlimen.

Bentuk sumpah dan ikrar.

Pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara.

Peruntukan tambahan kewarganegaraan.

Persempadanan kawasan pilihan raya.

Perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Senarai Perundangan.

Perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang melibatkan: 

pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih.

ii.) Persetujuan 2/3 ahli Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain.

Hak-hak dan kedaulatan Raja-Raja.

Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.

Hal ehwal Islam.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Kewarganegaraan.

Keistimewaan Parlimen.

Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia.

iii.) Sokongan majoriti mudah ahli Parlimen.

Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas.

iv.) Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak.

Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia.

Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak.

Hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak.

SOALAN 8:

Senaraikan empat perkara yang menyebabkan seseorang itu perlu membuat akaun bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. [4 markah]

a. Affidavit yang dibuat untuk perbicaraan.

b. Persetujuan dalam penolakan harta pusaka.

c. Menjaga kerahsiaan sebagai ejen tempat mengundi.

d. Kontraktor telah selesai melaksanakan kontrak sesuatu.

e. Mematuhi undang-undang penyimpanan rahsia kerajaan.

f. Tiada rekod sebagai penagih atau penjenayah bagi tujuan melantikan dalam perkhidmatan awam.

g. Kehilangan dokumen penting seperti hak milik tanah, sijil kelahiran, kad pengenalan, dan sebagainya.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1