SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 14
今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
请看:
SOALAN 1:
Huraikan dua langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam. [4 markah]
(i.) Menambah baik sistem atau prosedur kerja.
Mengenal pasti dan meminda peraturan dan undang-undang yang menghalang kelancaran sistem pentadbiran.
(ii.) Menambah baik piawaian perkhidmatan.
Menggubal Piagam Pelanggan untuk menambah baik sistem penyampaian.
(iii.) Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam penyampaian perkhidmatan.
(iv.) Menyediakan saluran aduan awam.
Menyediakan saluran aduan awam agar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sektor awam boleh melaporkan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).
(v.) Meningkatkan integriti.
Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan terhadap tugas yang dijalankan oleh kakitangan awam.
(vi.) Mewujudkan kerjasama awam dan swasta.
Kerjasama awam dan swasta perlu ditingkatkan sejajar dengan Dasar Penswastaan.
SOALAN 2:
Nyatakan empat peranan Ketua Setiausaha Negara dalam badan eksekutif. [4 markah]
a. Setiausaha Kabinet.
b. Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan.
c. Pegawai tadbir utama di Jabatan Perdana Menteri.
d. Pengerusi Mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
e. Penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam pentadbiran.
f. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
SOALAN 3:
Nyatakan dua sumber kewangan Kerajaan Negeri. [2 markah]
(a) Cukai.
(b) Kutipan zakat.
(c) Pinjaman dan royalti Kerajaan Persekutuan.
SOALAN 4:
Nyatakan empat kepentingan tadbir urus baik. [4 markah]
(a) Menarik pelaburan asing.
(b) Menjana potensi modal insan.
(c) Memperkasa daya saing negara.
(d) Meningkatkan kredibiliti kerajaan.
(e) Menerajui transformasi perkhidmatan.
(f) Memenuhi kepuasan pelanggan atau stakeholder.
(g) Mengekalkan profesionalisme dalam perkhidmatan.
SOALAN 5:
Huraikan dua perbezaan anggota Dewan Rakyat dengan anggota Dewan Negara. [4 markah]
i._ Pemilihan keanggotaan.
Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya manakala ahli Dewan Negara terdiri daripada 2 orang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap negeri dan Yang di-Pertuan Agong melantik 44 orang yang banyak berjasa kepada negara.
ii._ Umur kelayakan menjadi anggota.
Ahli Dewan Rakyat mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun manakala ahli Dewan Negara perlu mencapai umur 30 tahun.
iii._ Gelaran anggota.
Anggota Dewan Rakyat dipanggil Wakil Rakyat manakala anggota Dewan Negara digelar senator.
iv._ Tempoh jawatan.
Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat adalah selagi beliau menang dalam pilihan raya di kawasannya manakala tempoh perkhidmatan seseorang senator adalah tiga tahun dan beliau boleh memegang jawatan untuk dua penggal, iaitu maksimum enam tahun. Pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan jawatan senator.
SOALAN 6:
Nyatakan dua kriteria penentuan jumlah peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Tempatan. [2 markah]
a) Luas Kawasan Kerajaan Tempatan.
b) Bilangan penduduk Kerajaan Tempatan.
c) Jumlah hasil kutipan Kerajaan Tempatan.
SOALAN 7:
Nyatakan dua perbezaan antara Sultan dan Yang di-Pertua Negeri. [2 markah]
A.) Sultan ditabal berdasarkan pewarisan takhta manakala Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
B.) Sultan tidak boleh dipecat manakala Yang di-Pertua Negeri boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan persetujuan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
C.) Sultan merupakan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri tidak mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing.
D.) Sultan hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja manakala Yang di-Pertua Negeri boleh didakwa di Mahkamah Awam.
E.) Sultan boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) manakala Yang di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
SOALAN 8:
Nyatakan tiga tujuan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). [3 markah]
A. Menjadi badan keselamatan di peringkat kampung.
B. Menjadi badan pentadbiran kecil di peringkat kampung.
C. Menjadi badan penyelaras dan penggerak di peringkat kampung.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!