SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 1 / PENGGAL 1 - 20


今天分享的是 Sem 1 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。

字体是的才是答案哦~

请看:

SOALAN 1:

Namakan dua jenis Jawatankuasa X dalam bidang pentadbiran kerajaan Persekutuan. [2 markah]

a.)_ Jawatankuasa ad-hoc.

b.)_ Jawatankuasa tetap Kabinet.

SOALAN 2:

Berdasarkan gambar rajah di atas, senaraikan empat tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. [4 markah]

a_ Kenaikan pangkat.

b_ Kawalan tatatertib.

c_ Pemberian taraf berpencen.

d_ Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

SOALAN 3:

Encik Z telah ditahan dalam satu serbuan polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes jenayah.

Berdasarkan situasi di atas, nyatakan empat hak Encik X menurut peruntukan Kebebasan Diri dalam Perlembagaan Persekutuan. [4 markah]

(a) Encik X berhak untuk berdiam diri.

(b) Encik X mesti berhak diberitahu sebab dia ditahan.

(c) Encik X dibenarkan berunding dengan peguamnya.

(d) Encik X boleh memohon writ Habeas Corpus jika penahannya tidak sah.

(e) Encik X tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam tanpa kebenaran majistret.

SOALAN 4:

Nyatakan empat sumber di atas. [4 markah]

A) Cukai harta tanah.

B) Cukai pendapatan.

C) Duti import atau eksport.

D) Duti eksais dan lain-lain.

SOALAN 5:

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi namun Perlembagaan Persekutuan masih boleh dipinda.

Jelaskan tiga cara pindaan Perlembagaan dibuat. [3 markah]

- Mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen.

- Mendapat pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen.

- Mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenaan Majlis Raja-Raja.

- Mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenaan Yang di-Pertua Negeri Sabah atau Sarawak.

SOALAN 6:

Gambar rajah di atas, pilih empat keadaan yang menyebabkan seseorang tidak layak menjadi calon pilihan raya. [4 markah]

a.) Muflis tidak terlepas.

b.) Tidak sempurna akal.

c.) Memperoleh kewarganegaraan asing.

d.) Mengisi salah maklumat dalam Borang Penamaan Calon.

SOALAN 7:

Encik X:

·         Berumur 20 tahun.

·         Dilahirkan pada 20 Februari 1956.

Senaraikan tiga syarat lain yang melayakkan Encik X menjadi warganegara Malaysia secara pendaftaran. [3 markah]

A_ Berkelakuan baik.

B_ Berniat bermastautin di Malaysia secara tetap.

C_ Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu.

D_ Telah menetap di Malaysia selama 7 tahun sebelum tarikh permohonan.

SOALAN 8:

Encik Hairi mendapati kadar lantik henti di syarikatnya agak membimbangkan. Setelah melakukan siasatan dalaman, beliau mendapati salah satu punca permasalahan tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan.

Bincangkan dua ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh Encik Hairi bagi memastikan masalah di syarikatnya dapat diatasi. [4 markah]

i. Mengutamakan kecemerlangan.

Berkomitmen tinggi terhadap kecemerlangan.

Sentiasa bersedia melakukan dengan cemerlang.

ii. Pemikiran yang kritis dan kreatif.

Bijak dan berkebolehan membuat perhitungan.

Bersikap proaktif.

Memiliki kreativiti sendiri dalam menyelesaikan masalah.

iii. Tahap moraliti yang tinggi.

Memiliki disiplin diri yang tinggi.

Mengutamakan keadilan, kesabaran, dan ketahanan diri tinggi.

iv. Harga prestasi kerja yang baik.

Prestasi kerja baik menjamin pencapaian matlamat dan hasrat organisasi.

Sentiasa memberi pujian dan penghargaan.

v. Ketelusan.

Membuat keputusan dan tindakan berdasarkan Standard Prosedur Kerja (SOP).

Telus terhadap tindakan yang dilakukan.

Sikap jujur ​​dan liberal itu penting.

vi. Bersikap terbuka. 

Dapat menerima teguran, kritikan, kegagalan, dan cadangan dengan baik.

Amalkan sikap terbuka terima dan dengar pandangan orang lain.

vii. Hubungan interpersonal yang baik.

Hubungan interpersonal antara pemimpin dengan pengikut penting.

Menjalin hubungan yang baik dengan pekerja.

Prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pekerja.

Bersikap sedia membantu.

viii. Akauntabiliti.

Memikul tanggungjawab dengan amanah.

Memahami dan berani mengambil risiko akibat tindakan.

 Menggalakkan kebaikan dalam organisasi.

SOALAN 9:

# Kebajikan orang asli.

# Ubat dan kesihatan awam.

# Buruh dan keselamatan sosial.

# Kawalan terhadap musuh tanaman.

SOALAN 10:

Kerajaan Persekutuan membelanjakan sebahagian besar kewangan untuk pembangunan negara.

Jelaskan dua sumber berkenaan. [4 markah]

(i) Hasil cukai.

Cukai langsung: Cukai secara terus ke atas pendapatan atau kekayaan mengikut akta yang diluluskan.

Contohnya: Cukai pendapatan dan duti setem.

Cukai tidak langsung: Cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu apabila membeli barang atau perkhidmatan.

Contohnya: Cukai jalan dan cukai perkhidmatan.

(ii) Hasil bukan cukai.

Hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat. Sebagai contoh, lesan, denda atau hukuman, bayaran pendaftaran, dan premit. 

(iii) Terimaan bukan hasil.

Kutipan yang bukan berasaskan mana-mana akta atau perundangan. Misalnya, pulangan balik perbelanjaan, bayaran balik, pemberian dan caruman.

(iv) Hasil wilayah persekutuan.

Hasil yang diterima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tamsilnya, cukai tahan, duti hiburan, lesen, dan premit.

(v) Dividen dan royalti.

Dividen yang diagihkan oleh Petronas atau syarikat milik kerajaan Persekutuan (GLC) dan royalti petroleum serta bayaran tunai gas yang dijual oleh kerajaan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1